awak klik saya happy =)

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

menjaga hati

assalamualaikum
selamat petang.


kita boleh menjaga mata dengan menundukkan pandangan
menjaga lidah dengan tidak berkata-kata perkara yang buruk
tapi lain kesnya dengan hati.
hati susah nak dijaga dipelihara
hati umpama pantai yang sentiasa dilanda ombak dan badai.
boleh berubah dalam masa yang singkat.
hati tak nampak luarannya tapi hati boleh menampakkan dalaman kita.
pepatah orang dulu-dulu selalu menyebut
"dari mata turun ke hati"
dari mata timbul perasaan sayang,rindu.aishhh.
kadang-kadang kita tak tahu bila perasaan tu datang
pejam celik pejam celik da jatuh sayang.aii parah jiwa merana hati.
memang inilah fitrah manusia,
sayang tu datang tanpa diundang pergi tanpa dipaksa.
kalau da sayang,semua indah belaka.
tapi Allah tahu segalanya.
selagi kita tak luahkan selagi tu tak salah barangkali.
semua persoalan tentangnya tersimpan kemas dalam hati.
tak terluah langsung umpama tersimpan dalam peti rahsia.
semoga ini yang terbaik.
selagi boleh simpan kita simpan.
InsyaAllah kalau itu jodoh yang Allah da tentukan untuk kita di Luhmahfus,
cepat atau lambat 2 hati ini akan bersatu juga.

salam sayang ;)

Thursday, December 8, 2011

perancangan

assalamualaikum....

semalam: yeah yeah nak balik rumah esok..cuti 3 hari,boleh balik hari isnin..(tersenyum lebar sampai ke telinga ^_________^)

hari ini:
lecturer akaun; ok saya da masukkan assignment baru dalam Connect(web subjek) untuk chapter 9 dan 10.due date next week. projek jgn lupa.due date da dekat.

lecturer design: berdasarkan apa yang kita da bincang hari ni,saya nak awak hantar latihan 6 dan 8 next week.latihan 7 awak boleh cuba balik kat bilik nanti.

lecturer perubatan: next week kita ada kuiz pada hari selasa.jangan lupa laporan projek dan juga presentation HPV.

penyelaras: next week kita ada taklimat teknologi maklumat di library.

pengarah program: prof CESMAX nak jumpa hari selasa.

ok tade la buzy sgt kan minggu depan.tapi nak arrange masa belajar tu yang kelam kabut,tenggelam timbul. baru ingat nak restkan otak sehari dua kat rumah.tapi terpaksa angkut semua kerja bawak balik rumah...=.=!..sabar jela.nak cansel balik macam tak boleh da, banyak sgt alasannye,antaranye :

1. homesick! (rindu family)
2.rindu anak sedara
3.tak lalu da nak ngadap makanan kafe
4.rindu kucing =.=!
5.wit poket da nak kering.

hehehe...da xbole nak ckp xjadi da..lgi satu adik asik tanya je bila nak balik .taw la boring duduk umah sorg2 xde geng nak wat gaduh..huhuhu.balik nanti kita gaduh ok!

so disebabkan perancangan awal untuk balik 3 hari da macam wujud tak wujud je,dengan ini aku da buat keputusan nekad! sebulat suara! sebulat hati untuk ......................................................................................................................................................................... tak balik ukm hari isnin!!!!!!!!!!!!
tapi balik hari ahad...huarggggggg!! sedih gila....

untuk hilangkan kesedihan aku ni,aku pon beli la keropok lekor dan makan sorang2 sambil taip entry kat blog..tengok walaupon aku ni tak sesibuk korang tapi aku masih ada masa untuk post entry ni tahuuu...walaupon aku terpaksa korbankan masa makan aku..sehari sekali je makan nasi..da rest,makan roti kat kuliah,minum milo mase wat assignment, makan jajan mase jumpa lecturer...owhhhmann...

lastly aku muhasabah diri aku sendiri.untuk mengelakkan aku daripada down dan menangis teresak-esak.huhuhu..aku cakap kat diri aku sendiri "inilah perancangan Allah yang terbaik untuk aku".

ok itu saja enrty hari ni...so sapa yang tension,stress bagai boleh la muhasabah diri jugak. ingat bahawa perancangan kita bukan selalu terbaik tetapi perancangan Allah adalah perancangan yang paling baik..

wasalam..

Tuesday, March 29, 2011

examination nervosa !!

assalamualaikum
my dearest friends, readers and followers
how are you peeps?
hopefully everything will be fine okei...

examination nervosa adalah kenervesan bila da dekat time nak exam.
pasni jangan rindu-rinduan yer bila lama tak hupdet blog.
haha
azam sem nie adalah maw study smart , buat yang terbaik , berusaha bersungguh-sungguh dan mahu rajin- rajin jumpa lecturer kalau ada benda yang tak paham. harap-harap Allah memberi kemudahan kepada saya dan rakan-rakan yang lain dalam menempuhi dugaan ini. juga dikuatkan hati untuk sentiasa istiqamah dalam mengerjakan amal makruf nahi munkar.amin.
insyaAllah kalau niat kita baik ,Allah pasti akan tolong.ye dak?

yang penting restu ibu bapa .kalau agak- agak jiwa kacau hati tak tenang, serabut-serabut slalu,balik la rumah sekejap.mungkin mak ayah kita rindu kan kita. sebab tu kita rasa tak tenang. jangan terlampau risau balik rumah nanti tak study.bila mak ayah kita gembira dengan kita, ilmu senang masuk. keredhaan Allah tu terletak pada keredhaan ibu bapanya kan. so gembirakan hati mereka dulu sebelum exam nie.mudah-mudahan pintu rahmat terbuka untuk kita dan memudahkan segala urusan kita.

ok tak maw tension2 yer. exam nanti jangan jawab soklan macam kat bawah ni pulak yer..
teehee ^_^










haha serius lawak tengok gambar ni sume..
ok jumpa lagi next time !!


p/s : doakan yang terbaik okei....

Friday, March 25, 2011

wanita dan air mata



Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.
Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya
Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa?  Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan,  ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.
Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim
Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.
Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas.  Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.
Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya.  Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.
‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. ((Al-Hadith)
Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.
Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.
kredit :paradigma mukmin


p/s : jiwa wanita memang mudah tersentuh....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...