awak klik saya happy =)

Tuesday, February 22, 2011

berGM lebih baik

assalamualaikum

keputusan pilihanraya kampus telah diumumkan malam tadi
dan seperti yang aku jangka gabungan mahasiswa telah menang besar tahun ni
alhamdulillah
setelah berjuang bermati matian akhirnya penantian selama 7 tahun tercapai juga
dengan kemenangan 22 berbalas 15 kerusi.tahniah!!!
universiti lain yang turut sama menenangi kerusi pro- M adalah
UM, UPSI dan juga USIM..
terbaek la!! ^_^

 seperti orang lain aku juga harapkan perubahan baru dalam tampuk kepimpinan UKM
perubahan yang membawa banyak kebaikan.
ye aku yakin mereka boleh pikul tanggungjawab tersebut
dengan berlandaskan jalan yang benar
apa yang aku harapkan adalah:

tiada lagi isu buang kolej
tiada lagi pulang kolej dipagi-pagi subuh
kawalan keluar masuk orang luar
tiada isu ketiadaan air
.
.
.
banyak lagi..
banyak betol yang aku harapkan 
sedangkan mereka juga insan biasa yang mempunyai kekurangan dan kelemahan
ampunkan patik ^_^

apa pun aku tetap menyokong perjuangan mereka hingga ke hujung nyawa..
semoga jalan yang ini adalah jalan yang terbaik untuk kita semua
dan juga jalan yang membawa kepada keredhaanNYA...



adiossss....


p/s: hadiah paling besar dan bermakna untuk incik zul..hapi beday yer ^_^

Monday, February 21, 2011

aku undi sapa?

Assalamualaikum

Rasa macam da lama tinggalkan blog ni tanpa sebarang khabar berita kan. Mintak maaf banyak-banyak yer  incik diary. Sibuk dengan beberapa perkara yang sangat menghantui hidup aku lately ni.hehehe.bajet buzy kalahkan pm la tu…aceceh pigi daaaa cik pajil oiittt..

Actually aku tak ada la buzy mana pon.nak compare dengan korang,korang lagi buzy kot. Pilihan raya kampus da nak dekat so aku dok memikirkan sapakah jelitawan dan kacakwan yang bakal aku undi nanti. Pening juga bila da dekat pilihan raya kampus. Sebelah pihak cakap pung pang pung pang macam ni sebelah lagi pung pang pung pang macam tu.last-last student yang nak undi ni yang pening. Kalau pilih yang tu kang kena buang kolej. Kalau pilih yang ni kang cakap pembangkang.

Banyak juga calon-calon ni yang guna cara kotor. Paling ketara adalah isu ugutan.memang mantap la korang punya strategi.  Yang jadi mangsa adalah junior-junior yang tak taw pape. Kena gertak sikit da menggigil pala lutut. camon la wei kita ada prinsip sendiri ada cara sendiri ada pemikiran sendiri.tak perlu kot nak takut dengan ugutan-ugutan palsu tu. Tak style ler macam tu..
Kalau aku la, nak undi tu biar kita tengok dari semua segi especially kepimpinan dan ketelusan dalam pentadbiran.  Cakap je boleh la. pergi depan kuliah pung pang pung pang sikit da leh tarik orang undi an.
Bukan macam tu la. Kalau da dapat jawatan kat MPP tu buat la kerja seperti yang korang canang-canang dalam manifesto korang tu. ni tak, sebelum pilihanraya bukan main berasap je telinga aku dengar.da abes habuk pon taraa…
Sori yer korang aku bukan la suka sangat nak berpolitik ni.tak minat pon.Cuma nak bagi sikit kata-kata semangat je untuk jelitawan dan kacakwan yang bertanding dalam pilihanraya kampus nanti..harap korang buat yang terbaik untuk masa depan kita bersama yer..

Sapa2 yang manifestonya pasal nak sangat memastikan keselamatan pelajar sila buka mata sebesar-besar alam. Kat kolej aku ni banyak la sangat anak pinak sanak saudara anjing yang dok berjimba kat sini. Da banyak kali da pelajar yang kena kejar dengan anjing. Hari tu pagi2 subuh lagi blok aku dikejutkan dengan nyalakkan anjing dengan suara orang jerit-jerit minta tolong. Kecian sangat pagi2 nak pergi praktikal da kena kejar anjing. Dan tak pasal2 juga pergi kerja bawak batang penyapu.adehhh.nasib baik tak jatuh masuk longkang.ok sila bukak mata besar2 yer.kalo korang menang tapi isu ANJING kat kolej aku ni tak setel lagi, aku cari korang sampai ke lubang cacing. Seriously aku memang da fobia dengan anjing ni since kecik lagi. Nak cerita panjang rasa macam malas pulak.Lain kali jela yer aku cerita.
So kalau korang betul2 la nak laksanakan misi korang tu sila laksanakan amanah yang korang kena pikul tu. Pikul amanah bukan senang tapi kalau da janji kena juga pikul.

Da hujan pun…
vote for me ya !!!!
teehee...

Adiossss..^_^

Sunday, February 20, 2011

projek catapult

Assalamualaikum

Hari ini aku rasa macam rajin sikit kot nak tulis pasal projek aku yang baru je lepas beberapa hari ni.ye r bukan projek besar pon mini projek je ponnnnn..haha
Untuk subjek  statistik industri ni, kiterg tak banyak belajar teori pon.bukan tak belajar langsung tapi lebih pada aktiviti main2 .. first mini projek yang kiterg kena buat adalah projek catapult atau dalam Melayu nya dipanggil manjanik. Bukan manjakani yer  ^_^
Tiap group kena la mereka cipta satu catapult yang boleh memberikan data yang konsisten bila design tu diujikaji.setelah beberapa hari kami ni dok perah keringat nak reka catapult,idea pon datang..jeng jeng jeng!!!terhasil la catapult yang begini…
.
.
ni la budak old skull tu..

yang ni namanye masdoo...
yang ni cinta tiga segi..cool beb..

Nama diberi adalah “old skull”…kuang kuang kuang!!! Tengok je da taw memang recycle gila group kitrg punya.argg ada aku kisah? Tak kisah la wei…..janji kitrg punya result KONSISTEN.tetttt!!!
Dan seterusnya bermula la operasi-operasi pungutan data dijalankan..tuyang aku selalu balik lambat and tak sempat nak update blog semua.ampunkan dinda yer kanda….taahee­ ^_^
Lastly aku hanya sempat merakam gambar bila hari presentation je…yang lain da jadi sejarah yang tak mungkin berulang lagi..pasni boleh nyanyi lagu tomok terus yer..

peace!!!

dengan hero malaya..

model terpilih..

badan pencegah rasuah..

artis-artis gadis melayu
teehee ^_^

sila abaikan budak tomei tiut miut kat hujung tu yer...
bikin semak saje..^_^


p/s: pesanan penaja: biar hodoh luaran tapi cantik dalaman.tapi lagi awesome kalau cantik luar dan dalam…sekian ^_^

Saturday, February 19, 2011

soalan cepu mas!!

..ASSALAMUALAIKUM..

hye kamu,kamu dan kamu yang cantek, kacak, bergaya serta awesome !!

ok ni kali pertama mencuba benda2 ni itu pon setelah ditagging oleh

cik fatin

so dengan semangat yang kecik besor kecik besor aku pon layan kan jela benda ni..

okei soklan sangat la susah dan memerlukan pemahaman yang tinggi

kalah stat ak..teeheeee ^_^

da aku maleh nak babbling panjang2 so kita layn je laju2 an an an...




Ape bende yang paling penting dalam hidup korang

pe eik pikir panjang dulu....hehe

paling penting pulus dengan hanfon cap ayam aku..

xde 2 benda tu idup aku akan jdi miserable + misery..teehee ^_^

Bende terakhir yang korang beli gune duit sendiri?

yang ni aku ingat sangat..

buku bercinta sampai syurga dengan murabbi cinta..

awesome babeh!!!

Dimanakah tempat korang nak melangsungkan perkahwinan dan ape temanya?

kat rumah teman je..senang ramai saudara tolong.

jimat kos lagi..^_^

tema secret garden...haha

Novel/majalah/buku yang terakhir korang bace?

buku travelog cinta abadi

my sis punya..


Berikan nama penuh korang?

NOR FAZILAH BINTI JAMIL

aka 

fazilahpajil ^_^


Antara mak dan ayah,yang mana korang lagi mesra?

my lovely, sweetie super duper mummy..

Namakan orang-orang yang korang betul2 nak jumpe dalam hidup korang?

my future lovely hubby..


i'm ready yaww!!

Adakah korang basuh baju sendiri?

mesin tolong basuhkan...

heh nampak an saya kureng rajin..^_^


Dimanakah tempat yg korang betul2 nak pegi?


Holland wait for me !!


Pilih salah satu-peluk/cium?


x0x0

nak dua2 bole?

bole bole bole..


Beritahu 3 bende tentang Cik Fatin?


cool beb..

awesome

super duper best friend ^_^


5bende yang paling korang sayang?


my red handbag

hanpon cap buaya

lappy cap kapak

novel cap macam2

mr charming aka incik diary



5 lagu yang paling korang suka dengar?


maybe ~ sick puppies

grenade ~bruno mars

insyaAllah ~ maher zain

damba kasih ~inteam

waiting for the end ~ linkin park

5blogger yang nak ditag

cik ain
cik syasya

cik pieyah

cik fyfa

incik nakal




Cerita sikit tentang blogger yang korang tag?

awesome, sweet, comil macho

teehee ^_^


yeah kertas soklan da leh submit

x0x0 !!

Tuesday, February 15, 2011

saya sayang dia!!!

..assalamualaikum..

saya sayang Dia
saya cinta Dia



salam Maulidulrasul ye semua
tahun ni tak dapat lagi nak join perarakan..
rindu zaman sekolah
setiap tahun dapat join.
dapat selawat ramai2..
dengar ceramah walaupon kadang-kadang tersasar jaoh..
adeh rugi rasnye

 ...
...


mesej dari abg:

salam maulidulrasul adik...

5 wasiat Allah kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW

" jangan engkau gantungkan hatimu kepada dunia sesungguhnya 
Aku tidak tidak menjadikan dunia ini untuk engkau "

"jadikan cintamu kepadaKu kerana tempat
kembalimu adalah kepadaKu"

" bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga"

" putuskan harapan dari mahkluk kerana sesungguhnya mereka
itu sedikit pun tiada kuasa ditangan mereka "

" rajinkanlah bersolat tahajjut keran sesungguhnya pertolongan
itu berserta qiamullail "


thanx a lot..kredit to abg aliff


p/s: berkongsi walaupun sedikit..orang lain berlambak2 benda yang dikongsi..rasa macam loser lak..huh!
rindu rumah...langsung xda kaitan dengan entry...

~ sekian ~

Saturday, February 12, 2011

i miss that moment !!!

assalamualaikum
rindu,rindu,rindu nak pergi air terjun!!
ye memang tersangat ingin dan keinginan sangat meronta-ronta dan membuak-buak
nak pergi berkelah kat air terjun..
sob3..
seingat aku la last pergi air terjun masa tahun 2009 or awal 2010 gitu la..
itu pon sebab ada program simulasi ko-k di 
Kg Paya Ranggam, Perak..
sebelum ni ada juga menjejak kaki ke 
Puncak Gunung Ledang masa zaman2 kat matrik dulu dan juga
air terjun kat Labis kalau tak silap...
dah lama tak meniknati kehijauan alam sekitar
dan juga ketenangan kat tempat-tempat macam tu.
jauh dari bandar konkrit, jauh dari pencemaran..
hati meronta2 dah ni..
ok sapa2 yang nak wat trip pergi bercuti ke tempat-tempat yang best2 sila bagi taw ye..
tak kisah la kat hutan ke,kat pulau ke,kat sungai ke
nak itot gakk!!!!

pleaseeee!!! (muke seposen)

nak juga tunjuk gambar2 masa zaman dulu2..
muka memang bajet cumil sentiasa walaupon tak cumill..
heheheeh..


nak gak candid macam tu...bajet cumil betul cik adik ni..
hehehe..


 operasi meredah sungai...
oyeahhh sejuknyer!!



cik pajil dan cik ekin termenung ingatkan orang jauh....
tetttt!!!


selesai operasi menyelamatkan anak ustaz !!!
peace sikit...=)


operasi bermandi-mandian untuk adams saje...
hawa duduk sopan2...


paling tak bole lupe..
selamatkan anak ustaz dari tergelincir..
berat uolz!!

  rehat japp...

 makcik cumil ni lagi..hehe
cantik tak gambar belakang??
santek kan santek kan....
 y ni misi kat gunung ledang...
 peace!!! 
ala2 putri gunung ledang mandi...
perasan makcik ni...
dush3!!


ermmm memori ni terlalu indah untuk dikenang..
walaupon da lama peristiwa ni berlaku tapi rasa macam baru je semalam berlaku..
(ayat sangat skema,harap maaf)

sape2 ada entry pasal percutian korang kat tempat best macam ni link la kat aku yer..
excited nak baca ni...hehe
memang tak sedar diri exam nak dekat da...



adiosss uolz!!!!

merah itu BERAHI !!!

..Assalamualaikum..

tajuk entry macam tak boleh bla kan..
merah  warna kegemaran aku tahun ni..
yer motif adalah untuk jadi seorang yang lebih berahi opss salah-salah nak tulis berani sebenarnya...
hehe..

nak taw kenapa merah?

"merah adalah penawar yang baik untuk menghilangkan kesedihan"

dalam buku healthy home penulis mengatakan bahawa
" red is the most passionte of colours. it stimulate brainware activity and increase heart rate,respiration and blood pressure. most people will find red over stimulating if it used in excess. however, modified tones such as maroon,rose and pink are warm and deeply emptional.a wisp of rosy hues will relax tired muscles and relieve tension.pink is also appetite supplement and is sometimes used in diet therapy."

ni stuff yang aku rasa best sangat kalo dapat yang kaler merah
.
.
.
.

speck MacBook pro 15
apple iphone 4
ahh merah xde pink pon bole lar...
sungguh cantik menawan memikat kalbu uolzz!!!
love it damn much!!!! white and red..
nice babe!!
auchhh awsemmm!!!
ni y bertambah mud nak masak tuk suami ni...
egg chair
nampak sgt2 la selesa..
da bermacam2 lagi!!!
muka tersangat la gembira bila melihat stuff2 berwarna merah
auchhhh terpikat i...

Thursday, February 10, 2011

kenapa???????????

Assalamualaikum..

entry ni menunjukkan mud aku yang tak berapa baik sejak semalam..
i really dunno y this happen..
tersentap dengan kate2 someone and tak nak la mention nama die kat sini..
and today memang depressed sikit dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran..
rasa annoying ngan behaviour someone..
ish macam tak paham je bila aku wat isyarat tak suka.
ingat aku ni orang oku ke apa asyik nak bagi isyarat je kat ko..
paham2 sudah ler der..
tak kan sampai nak bagi wa ngamuk sakan kot..
bagi pelempang nak??haha
baru taw aku garang ke tak..
study meddi macam hampeh gak..
why3!!!!
nape orang lain boleh aku tak boleh?
muhasabah diri sendiri yer...
ye memang aku nak all out kat sini..
kalau all out kat orang kang naye jadinye..
dush3!!!
nak hentak pale kat dinding boleh tak??
sah memang ada masalah mental..

p/s: rasa macam blog ni da macam hambar lak..tanpa gelak tawa si penulis an an an..

ali2 maw cenyum manisy macam ni maaa!!

Wednesday, February 9, 2011

Kenangan terindah banjir

Salam reader…sila senyum dulu sebelum baca entry ni =)

Ok mesti korang pelik kan nape aku cakap kenangan terindah..wahh bajet indah la sangat kan bila banjir.haha.memang indah sangat dan korang yang tak pernah merasa banjir kat umah korang sendiri memang tak kan faham perasaan aku yang sangat teruja ni..acehhhhh!!

Opkos la memang penat bila melalui proses banjir ni. Mula-mula proses hujan lebat2..then rumah jiran tetangga banjir.pastu tunggu giliran rumah kita pulak banjir.sibuk ukur air naik berapa cm setiap jam.proses seterusnya bila keliling rumah da ada air mula la sibuk kemas2 barang.pikir nak pindah ke tak nak bawak barang apa semua tu kena pikir taw.proses tu da lepas,proses banjir rumah kita pulak.yehh!!!! boleh wat swimming pool dalam rumah..itu adalah ayat adik aku yang happy bila banjir..dush2!!!ok tak dapat dinafikan kanak-kanak,remaja,orang dewasa dan juga orang tua memang suka main air.termasuk aku..haha..memang best main air masyuk gler bro!! main sampan, bot pelampung segala bagai lagi.sampai adik aku yang tak suka mandi boleh mandi sampai 3 or 4 kali sehari..membazir air betul.ish3..

Persoalan kat sini kenapa banjir best??tu la aku nak cite.pernah tak kalau hari-hari biasa jiran tetangga datang rumah korang jenguk korang wat apa?jarang-jarang kot.pernah tak kalau hari-hari biasa korang jalan sama-sama dengan orang kampung sampai hujung kampung? Kadang-kadang kot.masa banjir ni la korang dapat melalui saat-saat macam tu.sampai  orang yang korang tak kenal pon sanggup datang menjengah,tolong kemas barang,jalan sesama,borak-borak tentang banyak perkara dan macam2 lagi.pada hal korang tak kenal pon orang tu.bila balik rumah tanya mak korang sape orang tu mesti mak korang jawab, “ala tu kan anak pak cik Leman ko yang tinggal kat sinan sinun tu” korang pon jawab ,”ooooo iye ke?nape hensem beno die tu..”haha..ini la realiti..Allah turunkan ujian tu ada hikmahnya.then sekarang aku da nampak hikmah yang tersembunyi.masa mula-mula memang aku rasa nak nangis bila dengar kg nak banjir.rasa ujian ni berat sangat.padahal dalam kepahitan tu pasti ada kemanisan. Ada pepatah menyatakan Allah beri kita mentari kemudian Allah uji kita dengan hujan ribut petir semua  sebab Allah nak bagi kita pelangi terindah selepas hujan. Sweet kan??

Tak dinafikan memang penat la nak kemas,nak pindah, nak bersihkan semua lumpur banjir tu.tapi kita kena redha.iye redha adalah jalan terbaik untuk kita. Aku pernah melalui saat sukar sebegini 5 tahun yang lepas.tapi masa tu tengah cuti sekolah boleh tolong bersihkan paper yang patot. Tak macam keadaan sekarang.aku hanya mampu tolong kemaskan barang2 yang nak diselamatkan tapi aku tak mampu nak tolong bersihkan. Kekangan belajar menghalang aku untuk berbakti lebih pada mak ayah aku.aku harap ada hikmah disebalik ujian yang kami semua terima ni.untuk kawan2 terima kasih sebab sentiasa mendoakan keselamatan aku.aku sayang kalian ketat-ketat.


p/s :takziah kepada cg zana atas pemergiaan ayahanda tercinta.alfatihah .

Tuesday, February 8, 2011

Kursus kahwin

Setelah seminggu berlalu rasanya ini entry diri aku yang da agak lapuk..haha..dengan ketiadaan internet dan juga keadaan diri yang agak sibuk menyebabkan  kekangan-kekangan terhadap diri sendiri.hehe..okei mesti korang da taw orang pergi kursus kahwin bila da nak kahwin kan..tidak bagi aku..kalau nak ikutkan memang terlalu awal untuk pergi kursus kawin tu tapi da memang rezki aku agaknya memang da takdir pergi dengar ceramah tu dari 29/1/11 – 30/1/11.. agak menarik la juga kursus tu sebab yang datang kebanyakan dari UKM sendiri dan penceramah juga dikalangan ustaz2 yang berpengalaman dari segi rumah tangga. Ramai juga kawan2 seperjuangan dan kenalan yang sertai kursus ni walaupun hujan turun selama dua hari tu.MC pon pandai mainkan peranan dan juga majlis berjalan dengan lancar sekali. Tak rugi rasanya ambil kursus kat UKM sebab boleh pergi dengan harga serendah RM35 je.kalau kat luar tu mesti da berganda-ganda. Kalau pergi kat UKM berbaloi-baloi siap boleh dapat jodoh lagi macam pakej lak..haha..
Co00p2!!tapi bukan aku la yer orang len..hehe..macam entry aku yang lepas aku ada cita pasal bercinta sampai syurga kan..so aku pon nak macam tu gak.maksudnya kalau la lelaki tu nak serius dengan aku kena la merisik terus.merisik je pon bukan nak suh kawin terus kan.tu baru la nampak kesungguhan dia.then aku nak berchenta selapas kahwin baru la ada keberkatan disitu..hehe..
Kalau korang berminat boleh lah baca buku yang aku nak suggest kan ni, ‘murabbi cinta’. Buku ni best gak mengenai kecintaan kita pada Tuhan, pada nabi, pada keluarga. Erm bila baca rasa macam masuk dalam alam rumah tangga lak tapi tak salah kan kalau kita nak belajar awal cara nak manage keluarga bila da kahwin nanti. Ini lagi membantu kita untuk lebih bersedia menghadapi alam rumah tangga.baru la hidup harmoni ,saling hormat menghormati dan sayang menyayangi antara satu sama lain hingga ke syurga  =))
Mesti korang boring baca kan.tak ape lar xnak baca biar aku baca sowng2.heh2..
Okei la hopefully korang dapat serba sedikit input dari entry aku ni walaupon aku taw ianya banyak bebelan daripada info..haha
Gambar kat bawah ni adalah gambar aku beristirehat sebentar kat Alamanda..sempat lagi tu…ish3!!!

Senyum jangan tak senyum…..=)

Saye majuk dengan awak la!!

p/s : ok itu je...nantikan pos banjir dari aku...coming soon !!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...