awak klik saya happy =)

Monday, January 31, 2011

pedulikah kita??

.. Assalamualaikum..

siapa nak blajar or melancong ke Mesir sila angkat tangan!!!
ok sapa yang nak boleh contact saya pasni..
tapi korang tahu tak apa yang jadi pada orang kita kat sana?
korang alert ke pasal benda-benda ni? korang kisah ke or sekadar tidak ambil peduli..
atau korang hanya fikir pasal keselamatan korang je kat sini tanpa hiraukan sahabat-sahabat kita kat sana?
renung-renungkan lah ye maksud tersurat dan tersirat saya disini.
kita selamat di sini tetapi mereka sengsara disana.
apa tindakan kita?
pernah tak kita doakan rakan-rakan kita di sana?
atau kita hanya cakap 'bukan ada sedara mara aku kat sana'
kita semua bersaudara dari asal yang sama dari moyang yang sama.
tak salah kalau kita prihatin dengan nasib mereka semua di sana.tak luak pon harta kita.
tak salah kalau lepas terbaca entry ni kita sama-sama doakan keselamatan mereka, saudara-saudara kita.
agama kita.
mudah-mudahan Allah mendengar doa-doa kita semua.
doa tulus ikhlas dari hati untuk saudara-saudara kita.
semoga mereka semua selamat
dan berada dalam lindungan Allah.
InsyaAllah.

p/s: nak tahu lebih lanjut sila pergi SINI

Sunday, January 30, 2011

fasa baru

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoret sepatah dua kata..
rasanya da sampai masanya untuk saya berubah ke arah yang lebih baik..
untuk diri sendiri untuk keluarga dan juga untuk masyarakat.
InsyaAllah niat kerana Allah..
doakan saya istiqamah ye..
semoga diri ini berguna di masa hadapan
syukur kepada Allah kerana memberi saya peluang sebesar ini
salam

Friday, January 28, 2011

Aku Terima Nikahnya..

...Assalamualaikum...
selamat malam semua!!!
ye memang saya akan bernikah.
tapi bukan sekarang, tunggu masa dan ketika yang sesuai iaitu apabila jodoh 
dah sampai seru...
sekarang masih lagi dalam proses mengenali diri sendiri dan orang sekeliling
dan masih lagi mencuba untuk memahami pengertian Baiti Janati..
InsyaAllah..

sabtu dan ahad ni mencuba untuk lebih mendalami ilmu rumah tangga
dalam kursus kawin yang saya sertai..
moga dapat manfaat daripadanya..

lastly untuk mengenal diri bukan satu proses yang mudah.
kadang-kadang terkeliru juga dalam mentafsir hati dan pemikiran yang saling bercanggah..
mengenal orang lain juga memerlukan ilmu.
bukan main redah je judge orang macam tu macam ni.
sometimes benda ni nampak remeh tapi sebenarnya besar impactnya pada hubungan kita dengan manusia.
saya tidak pandai menulis mahupun meluahkan.
apa yang ada ni adalah peringatan untuk diri sendiri
supaya dapat manfaatkan segala ilmu dan pelajaran yang dikutip dimana-mana.

kalau berminat baca la buku ini
...
...

tajuk memang best..
isi lagi la berganda best + mantap = berkualiti
tak rugi rasanya mengutip secebis ilmu dari buku sebegini.
da baca baru taw nak mengenali seseorang tu senang atau susah
pokok pangkalnya 

" tepuk dada tanya iman "

Thursday, January 27, 2011

" kenapa saya terdetik nak buat blog "

.. Assalamualaikum..
okei saya akan taip laju2 sebab mata da ngantok tapi gagahkan 
juga sebab nak juga baca napa orang buat blog.
contest  ni yang incik terompahcaring anjurkan
motif aku join ??
untuk merapatkan lagi hubungan antara sesame blogger..
cewaahhh

aku buat blog ni adalah untuk suka2 je mase mula2..
nak hilangkan stress belajar dan ingin menerokai dunia luar.
lam2-lama rasa best sangat dapat baca cerita yang orang lain kongsikan bersama
dan aku pon decide nak jadi blogger tegar demi
mencari ilmu dan juga info2 berguna.
itu je nak cakap

sape2 berminat boleh terjah SINI-SINI!!

lastly saya nak tag

1. sugar2kapas
2. syu

" mari berblogger dengan genbira "

Wednesday, January 26, 2011

i'm statistician to be

..Assalamualaikum..

selamat petang semua..hari ni aku nak cerita sikit tentang statistik.iye aku memang 'budak' yang ambil kos statistik kat UKM. niat aku nak cerita pasal statistik ni bukan nak menunjuk-nunjuk yang aku terror bab-bab kira mengira or bangga dengan kos yang aku ambil sekarang ni.tapi niat aku lebih pada nak menjelaskankan apa sebenarnya statistik since orang asyik bertanya je pada aku pasal benda ni dan aku juga nak jelaskan tentang peluang pekerjaan yang bakal aku hadapi in future. 
InsyaAllah.

First sekali korang kena taw bahawa kita belajar adalah kerana ilmu itu milik Allah dan kita sebagai hambaNya kena ikhlas dalam apa juga ujian yang diberikan. kat sini aku bersyukur sangat sebab dapat kos yang betul2 masuk dengan jiwa aku iaitu jiwa numbor..huhu.since dari sekolah rendah lagi aku memang gila suka mengira segala macam num. tapi aku tak suka proving..hehe..

ok itu bab pengenalan je ye..haha.intro je dulu bagi briefing sikit pasal nape aku beriye-iye nak tulis pasal benda ni. seterusnya aku nak cerita pasal ahli statistik pula. ahli statistik ni sebenarnya kerjanya adalah untuk menganalisis dan juga mentafsir data yang telah dikumpulkam.ok contohnya masa kutip banci perumahan penduduk yang diadakan 10 tahun sekali tu. tu la kerja ahli statistik. selain tu data yang da dikumpul tu perlu ditafsir dengan mengkompilasikan laporan, graf dan jadual berdasarkan kaedah statistik yang da ditetapkan.erm yang ni memang agak rumit sebab kena menggunakan banyak perisian komputer macam SPSS,SAS atau MiniTab. ahli stat juga kena familiar dengan konsep dan juga prosedur dalam bidang tertentu. kira macan kena tahu semua benda kat tempat kerja tu.  

tapi sayang seribu kali sayang sebab kat Malaysia ni ahli Statistik, ahli Matematik mahupun Aktuari dipandang sebelah mata je.sedihkan. mungkin negara kita belum cukup membangun  dari segi mentality dan belum sedar lagi betapa pentingnya matematik dalam kehidupan seharian kita.

kalau karang tengok kat negara-negara membangun seperti UK,US,Japan dan lain-lain mereka memandang tinggi pada pekerjaan yang aku cakap ni.siap ada lagi award khas untuk ahli-ahli matematik ni.hebatkan. korang jangan terkejut la kalau aku tunjuk bukti gaji ahli statistik kat luar negara.memang tak tertanding dengan negara kita..tak caya meh terjah
....
....
....


hamik kau...setahun da leh beli Lamborghini..hahaha

neway aku memang berharap la dapat kerja dalam bidang ni suatu hari nanti.
InsyaAllah
and kalau ada rezeki nak juga kerja kat luar negara walaupon Bi aku memang hancuss ..haha
taper berangan-angan dahulu akan menghasilkan semangat yang berkobar- kobar tuk mencapai apa yang kita impikan..
itu adalah trademark aku yer..
hehehe..

last but not least aku harap korang faham serba sedikit dengan apa yang aku tulis ni.hopfully kita dapat apa yang kita impikan selama ini dan sama-sama la kita berdoa yer.
InsyaAllah..

p/s: korang kena doakan aku yer!!!!nak Holland bole?

Tuesday, January 25, 2011

Seven Days Story of Love Dreams

..Assalamualaikum..

counting day 1..2..3....

1..
being my driver..
2..
in my dreams..
3..
thinking of you

4..
5..
6..
7..
finally we meet again..
InsyaAllah..

i hope that it will be true..
happiness,blessing
i hope nothing on you but i hope everything from Allah..
may God hear what i mean from the deep of my heart
nothing to do
nothing to say
what i know is

' love has no reason. love does not come from the mind to know but from the heart to feel '





Sunday, January 23, 2011

Holland Wait For Me..

..Assalamualaikum..
selamat petang semua..

mama ,kakak nak pergi Holland boleh tak?
kakak teringin sangat nak jejakkan kaki kat negara kincir angin dengan bunga tulip tu..
kakak suka bunga,kakak nak sangat tengok tengok bunga2 tulip yang warna-warni tu..
mama nanti bila kakak da kerja kakak nak bawa mama,abah,akak dengan adik2 semua
pergi Holland. Kakak nak semua orang dapat rasa impian kakak.

~ luahan hati seorang dak yang belum nak berapa matang~

sebelum impian tu tercapai jom kita berangan-angan dulu ye dak..
hehehe
aku memang kuat berangan....
.
.
.



Keukenhof Garden




Holland America Cruise Lines


Holland Castles



Hottentots Holland Mountain


.
cantik tak,cantik tak?
hehehehehe...
doakan saye dapat pergi Holland yer...
t saye belanje gambar cun2...

~adiossss =) ~

Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG

..Assalamualaikum..


hari aku sangat la rajin mengodek-godek blog..
yela mesti la semangat sebab esok cuti.yippi!!!!
ok sebenarnya aku tengah join contest yang dianjurkan oleh
incik Ben Ashaari..
sapa nak join klik SINI
memandangkan aku ni baru je dalam dunia blogging tak salah rasanya kalau
aku nak join contest2 macam ni just tuk berkenal-kenalan dengan senior dan juga
mencari sesuatu yang baru ye dak...
so sape2 yang nak join sangat2 dialu-alukan..
^_^
~ peace ~

Monday, January 17, 2011

Apakah makanan pertama yang hangpa masak dalam sejarah hidup hangpa

...Assalamualaikum...
tak jawab dosa jawab sayang!!
ayat cik Maria ni..hehe pinjam sekejap je =)
ok sedang aku kebosanan berblogging tetiba nampak la 
satu entri yang agak menarik perhatian aku
kat blog incik nakal..
tajuk entry ni korang boleh usha sendiri kat blog dia yang best tu...

so aku decide nak join kuiz yang agak susah gila bagi aku yang memang tak berapa pandai nak masak yer.
sila gelakkan aku kuat2..haha
dan jawapannya adalah..
jeng3!!!!

1.B
2.erk?macam sume ada je...
3.A
4.erk?macam tade jawapan je..hik3..
5.B
6.Markerel macam nama ikan sardin..tapi sardin ke???hehe xtaw lor...

wahhhh!!!tengok aku memang tak terro dalam masak memasak nie...
ish3....

untuk syarat terakhir aku kena cerita masakan pertama aku..
seingat aku la benda paling simple gila nak masak adalah
.
.
.
.
taraaa!!!!!
nasi goreng + telur dadar

masakan aku masa aku darjah 6 kalo tak silap..
hehehe....
mase tu memang kena kondem la dengan famili sebab tak taw masak.
tape aku kan kuat semangat so aku gagahkan juga masak nasi goreng tu
walaupon semua orang tak nak pandang masakan aku...
huargggggg!!!!
tapi aku tak sedih pon sebab mak aku cakap sedapp!!!
hehehe (ketawa gedikz)
masa tu baru la aku boleh tersenyum sikit..
mak aku pesan masak ni kena ada seni..
ermmmm macam mana tu eik??
ala baling2 bawang,cili,telor semua dalam kuali seni la tu namanye kan...

adiosssss!!!
^_^

Saturday, January 15, 2011

I got the feeling!!!!

video

...jom nyanyi sama saya...
rasa tension sikit kebelakangan ni
so nak hilangkan serabut kat otak kena pekena lagu sikit
layan~

Sick Puppies- Maybe

Maybe I'm a dreamer
Maybe I'm misunderstood
Maybe you're not seeing the side of me you should
Maybe I'm crazy
(Maybe I'm crazy)
Maybe I'm the only one
(Maybe I'm the only one)
Maybe I'm just out of touch
Maybe I've just had enough

Maybe it's time to change
And leave it all behind
I've never been one to walk alone
I've always been scared to try
So why does it feel so wrong
To reach for something more
To wanna live a better life
What am I waiting for?
'Cause nothing stays the same
Maybe it's time to change

Maybe it's hopeless
(Maybe it's hopeless)
Maybe I should just give up
(Maybe I should just give up)
What if I can't trust myself?
What if I just need some help?

Maybe it's time to change
And leave it all behind
I've never been one to walk alone
I've always been scared to try
So why does it feel so wrong
To reach for something more
To wanna live a better life
What am I waiting for?
'Cause nothing stays the same
Maybe it's time to change

And maybe it's time to change
And leave it all behind
I've never been one to walk alone
I've always been scared to try

And maybe it's time to change
And leave it all behind
I've never been one to walk alone
I've always been scared to try
So why does it feel so wrong
To reach for something more
To wanna live a better life
What am I waiting for?
'Cause nothing stays the same
Maybe it's time to change
'Cause nothing stays the same
Maybe it's time to change

~ADIOSS~
~SAYONARA~
^_^

Friday, January 14, 2011

Cat's ASS Coffee??

...Assalamualaikum...

auchhh lama sudah tidak menjenguk blog ku yang tak seberapa ni kan.al-maklum la life sebagai student ni tak lekang daripada assignment,movie,drama yang perlu diberi perhatian dengan serius.betol tak?
hehe..intro je ni..nak bagi feel sikit sebab da lama tak menaip.jejari pon da makin liat nak tekan keyboard.

ok balik pada topik asal yer.
hari ini dalam sejarah aku akan membuat pendedahan terbuka dan berani mengenai  satu topik iaitu
kopi daripada TAIK @ bahasa sopannye NAJIS..
geli mat geli mat aku nak minum kopi lepas ni. apatah lagi nak cium2 baunye yang korang cakap harum semerbak tu..tak sanggup rasanye da.

kalau korang nak taw sebelum kopi ni diproses,ada sejenis binatang yang akan diberi makan biji kopi yang baru dipetik fresh dari ladang.
taraaaa!!!!!!!

alololo pussy2...ko ingat ko cumil sangat ker????

tengok dengan seleranya dia melahap kopi korang...
binatang ni dinamakan musang kelapa atau dikenali juga sebagai civet .dia ni makan biji kopi yang terbaik saja.yang busuk2 semua dia buang.tak kan makan punya la pujuk macam mana pun.
lepas dia makan binatang ni akan dikurung dalam sangkar supaya dia boleh berehat2 dan memastikan penghadaman yang baik terhadap kopi yang dia da makan awal2 tadi.untuk maklumat korang kopi yang dia makan tu hanya kulit je yang tercerna, tapi biji yang asal tetap tak tercerna dan tak terjejas langsung malah lagi berkualiti pula selepas keluar menjadi najis..
yerrkkk!!!(sila jangan muntah di belog gua yer..)

ok ini adalah hasil selepas proses penghadaman berlaku..
taraaa!!!
wow!!!it's look so yummy baby!!!
hahaha harap korang dapat meneruskan pembacaan yer =)
ok biji kopi yang kat atas tu tadi akan dipungut,dicuci,disangai,ditumbuk untuk dijadikan kopi...
dan hasilnya ialah..
taraaa!!!

yang ni sebelum diproses..


ni la hasilnye...
sodappp noks!!!

selepas menjalani proses2 yang aku sebutkan tadi maka terjadi la kopi luwak iaitu antara kopi yang termahal harganya diDUNIA dan kalau tak silap harganya mencecah USD100 per 450g.baik aku buat shopping lagi best.. so kalo takut sangat terminum kopi cat's ass ni jangan sesekali try kopi jenama luwak or civet or animal coffee.tu semua sama je cara pemprosesannya. dan kebanyakkan kopi ni boleh didapati di 
Indonesia yer..ingat ni pesan makk...jangan minum kopi luwak...
oyeaahhh!!!

p/s: kredit tu incik Zainol,pensyarah Statistik Industri UKM atas info yang diberikan...=)

Monday, January 10, 2011

Malaysia 4th Chocolate Fair 2011

...Assalamualaikum...

ok before baca entry ni mind set da cakap benda ni da lapuk..
tapi nak gak tulis sebab something happen there..
curious x??
hahaha...

macam tajuk yang da tertulis kat atas tu korang pon dapat agak kan mesti aku pergi tengok coklat fair kat Mid Valley tu an...haha..rugi sapa2 yang tak pergi.memeang best sangat coz dapat coklat free.haha.benda free semua orang suka..thanx kat Madi coz sangat sempoi melayan aku tuk cuba semua tester yang ada.



ok nak cerita sikit
masa kat sana jangan cakap la memang banyak umat manusia bertapak.
siap berkelah lagi kot kat depan pentas.tengok chef demo masak coklat agaknye.
then aku yang pendek ni pon sibok terkinjet2 nak tengok gak.
hello tolong sedar diri ko tu pendek yang ada tu semua setinggi2 galah.
ok aku pon fedupp nak tengok.terus masuk dalam exhibition hall tuk same2 merasa tester..
heaven gila muka aku bila nampak coklat banyak2 tu..
macam nak pilih calon suami je gamaknye.
dengan mata yang bersinar2 aku pon pergi dari satu gerai ke gerai yang lain
tuk dapatkan tester percuma..
OMJJJJJ!!!
sedappppppnye coklat ni!!!
rasa macam nak melompat2 je kat situ bahawa aku suka gila dengan coklat...

da rasa semua tester baru la aku wat keputusan nak beli barang sebemban duatuk bawak balik.
nak buat stok kat bilik..
da pikir2 mane yang best aku decide beli 2 jenis coklat.
tiramisu coklat dengan lolipop coklat.
tak caye meh kte terjah bawah
.
.
.
.
.taraaa!!!!

bukan tiramisu ni yer...=)
ok taw gambar ni xsantak pon...incik google y bagi..haha tapi aku punya yang coklat yer..=)
yang ni memang nampak sedap gila tapi xmampu aku nak beli lagi..
sob3..

member bagi..ada mashmellow kat dalam die..
muka heaven gila masa makan..

yang ni  aku rasa je..
xsangka ada gak kay dalam tu ada durian..
i miss durian v da much!!!
kesimpulannya coklat yang aku beli tiada dalam gambar...huarggg..baru nak tayang lebih kat korang..
muahaha..padan muka tu la niat jahat lagi..
neway nak story pasal something happen tu adalah
jeng3!!!
.
.
.
actually jumpa my ex roomate
cik pieyah kat sana..
even UM tu dekat je ngan UKM
tapi kiterg tak pernah lagi jumpa sejak
abes matrik..
sob3(sila jangan tacing)
ok tu je nak cerita...
nak p klas da ni..
papai!!!
adiosssss....

Saturday, January 8, 2011

candid itu cun la!!!

...Assalamualaikum...
yippi2!!!
dengan ini saya mengatakan saya telah ditag oleh cik syaya untuk
menyertai contest ini
awat terlalu gediks nie?
hahaha..
mungkin ini kali pertama saya menyertai contest sejak
berjinak-jinak dengan dunia blogger
tu yang excited nak join...
wink2!!
ok redah saja ada rezeki ada la kan..



cik Dilla yang anjurkan contest ini
and sape2 je boleh join yer..=)
so sesape yang berminat 
boleh lah mencuba..=)

dengan suka hati nya saya telah memilih
.
.
.
.
.
.
.
.

tara!!!!


malas nak cerita banyak sebenarnya..
gambar ni diambil mase saya dan geng2 besar saya pergi 
membeli belah di SOGO
sempena YES!!!
masa ni tersangat la terkejut muka kami kerana
telah disnap curi oleh cik ashikin...
hahaha..
candidi curi upenya..

lastly nak tag
SYU
PIKA
AIN
PIEYAH

tuk same2 memeriahkan contest ini..
calo bebeh!!!

scary roads

assalamualaikum...
ok pagi ni tak nak merepek pape coz pasni ada kelas..
ouchh sangat tak suka bila ada kelas hari sabtu..
cuma nak bagi info sikit je..

sebelum tu nak tanya sikit..
korang pernah tak lalu kat jalan raya yang scary berry?
ok satu jawapan, cameron and genting higland righto?
ya dat scary..

tapi ada jalan yang lagi  menakutkan + seram lagi..
tapi bukan kat Mesia la..
kat obersi...
tak sure kat mana tapi merata la..
nak taw jom kite 
check it out!!!


jalan yang ni nampak macam ular kena palu kan..sapa
yang tak tahan boleh muntah hijau dibuatnya..


nampak menakutkan especially bila waktu malam..
nasihat kepada pengguna sila jangan pandang belakang congkak...


yang ni pula nampak menggayatkan.nak naik bukit pon seksa je..
so jangan bawak muatan berlebihan yer..


yang ni ala2 genting highland gak..berpusing2,berselekoh tajam..


ada juga jalan raya yang macam ni..aku agak kat tengah2 tu mesti empangan...
buat jambatan je kan senang.ye dak?


yang ni lecturer aku pon ada tunjuk gak.salah satu highway kat
Amerika.jalan ni sebenarnya sangat curam dan terletak kat tengah2 gunung.
kalau jatuh pon tak ada sapa taw kan.


yang ni spesis macam tadi juga. tapi versi malam la..
cantek juga kan..


sape2 yang teringin main roller coster tu main kat sini pon boleh..
menjunam pastu naik balik..
syiok mehh...


yang ni pada aku cantek gak la..
cuma seram je nampak macam rumah ahli sihir..
hihihihihi


p/s: kredit tu cik Fatin atas info yang diberikan..=)

Thursday, January 6, 2011

Gadis Bertudung, Shawls Melaram dihentam hebat??

...Assalamualaikum...

Sila buka mata anda besar-besar dan luas-luas yer..gadis bertudung dan bershawl dihentam
oleh blogger yang tengah meningkat naik..
isu ni jadi macam isu goreng pisang panas bebeh...
bukak je blog orang dok cerita pasal bende ni
sapa yang jadi mangsa?
jeng,jeng,jeng.....

cik Fatin Liyana yang cumil tu..

nak taw cerita selanjutnya?
sila klik di incik LensaRosak punya blog..
apa anda punya pendapat??

p/s: pakai tudung saji cun tak?

Wednesday, January 5, 2011

Make Yourself Pretty and Cute with Hello Kitty

Assalamualaikum..
yezzzaa!
whasap2 girl...

Today we are going to introduce you our new product design by Sanrio named Hello Pretty!!!
Haha tuk gurl yang kat luo sane yang suka kan product Hello Kitty ni boleh la tengok2 kat sini ape yang menarik sangat tu.serius sangat comil okei tapi aku hanya mampu melihat dengan jelingan-jelingan manja sahaja..

kalau korang nak taw bukan hospital je ada gambar Hello Kitty tapi make up pon ada gak.dari cermin muka sampai la palettes 4 lips,eyes, nail lacquers,minyak wangi, brushes, compact dengan clutches skali pon ade..wahhh sweet giler..i pon nak jugak la set ni..(baby2 belikan la i set hello kitty ni) dengan gaya gedikss terlebih..
awwww!!!!!!!!

Hello tak main la gedik2 ni okei...i ni brutal tak men gesel2,xmen manje2 suare ni sumua yer..ini hanyalah lakonan semate-mate supaya anda tergoda dengan product nie...
hahaha..

cerita panjang-panjang pon tak de guna kalau xde bukti ye dakk..okei nak sangat bukti meh sini kita terjah jiran kat bawah nie...
fuhhhhh!!!!

set brushes tuk korang wat lukisan y cantek kt muke..


yang ni tuk touch up2 kale tambahan...

botolnye pon da menggambarkan kecomelan org y memakainye..
(sila abaikan kerana metafora y terlampau)
haha..

ni tuk kaler mane2 part y tak ade kaler

wow mcm alatan untuk menyanyi plak..
sape guna gerenti suara terus da bomb..

buat ketuk orang pon bestttt!!!

cik cermin siapakah yang paling santek skunk ni?

jadikan bibir anda seseksi lisa surihani...
muaxxxx!!

ni isi la pape y patot ey...

tengok grand tak grand?nak gojess korang beli la..nak order kat aku pon boleh gak tapi cap ayam punya ye.ayam brand lagi...

adiosss!!!!

p/s: cik Barbie tak ada buat promosi ape2 ke new year ni?sape2 ada info sila berhubung dengan saye yer...
i like benda2 kiut miut nie..=)

Tuesday, January 4, 2011

Marathon Movies Bersama fazilahpajil!!!

...Assalamualaikum...

Hari ini aku sangat rajin untuk menonton cerita-cerita yang fresh dan best dari ladang. Ops sebelum tu aku nak bagi taw aku tak la rajin sangat nak mendownload cerita-cerita ni sumua tapi aku lebih rajin untuk jalan-jalan kat kolej,ketuk pintu bilik orang dan tanya, "assalamualaikum(kena buat baik dulu) ada movie pape tak yang baru2?ala download free ke..tak kan tak da kot...meh sini aku tengok lappy ko" wah baik punya dialog nak tengok lappy orang kan..by the way kawan aku semua gila tengok cerita so aku pon terikut sama.ishh pengaruh betul..haha..(yang belum terpengaruh sila jangan terpengaruh okei)

back to our story, sekarang ni aku pon sangat rajin nak bagi taw ape cerita yang best-best untuk korang tengok time malas nak study tu..erkk jangan la malas selalu eyy kang aku pulak yang dipersalahkan atas kegagalan korang mase exam nanti.damn ape aku merepek ni??aku taw korang semua pandai2 belaka tak macam aku yang tak berapa nie..sob3..

first aku nak suggest cerita Resident Evil 4 Afterlife.ni cerita yang wajib ditonton kalo korang memang suka cerita action. 1, 2, 3, action!!!!!kira macam tembak2,bunuh2,perang2 semua la yang berdarah2..cerita ni memang best sangat serius aku tak tipu..aku tengok pon sampai terkujat2 kot sebab sound effect dia best sangat and jalan cerita dia pon ok.tapi aku suggest korang tengok la dari resident evil 1-3.baru tengok yang da latest punya ni.kalau tak memang korang tak bape nak paham la eik.

3D punya gerenti gempak kalau tengok kat wayang

cerita yang kedua pula adalah cerita Rapunzel The Tangled Tale.name pon da menunjukkan yang cerita ni watak karton and sesuai kalau korang nak tengok dengan adik2 ke family ke coz tak ada unsur ganas yang keterlaluan. jalan cerita dia pon bes jugak.cerita tentang puteri raja yang mempunyai kesaktian pada rambut emasnya.masa dia lahir tu ada ahli sihir yang curi dia dan sembunyikan kat tower yang jauh dalam hutan.nak naik tower tu kena panjat guna rambut dia bukan guna tangga ke kren..then cuma ahli sihir tu jela yang taw tempat tu.part yang best bila dia lilit rambut die kat tempat yang luka,then dia nyanyi terus luka tu sembuh dengan sendiri.metefora gilak kot..huhu..nama pon karton.

kuda tu sangat lawak..guling-guling aku ketawa..

Cerita seterusnya adalah...jeng3!!! Narnia 3:The Voyage of The Dawn Treader..serius aku tak tipu cerita ni memang best sangat.memang la metafora juga tapi best je tengok. cerita ni pasal pengembaraan 3 wira tuk cari 7 pedang Narnia yang hilang, Lucy,Edmund dan Caspian.Eustace tu watak sampingan je.sepupu kepada Lucy dengan Edmund.Lucy dengan Edmund ni memang dari dulu da ada.kiranya tuk Narnia 3 dia dipanggil balik tuk bantu dalam misi nak cari pedang tersebut.masa tengah belayar tu macam-macam la yang jadi kat kapal dierg .memang tunggang terbalik tapi atas bantuan Eustace padang yang ketujuh tu dapat dijumpai kat pulau yang sangat misteri.korang tengok la sendiri best ke tak.lain orang lain citerasa ye dak?hehe..

kapal tu yang namanye Dawn Treader
cukup tak korang nak tengok 3 cerita tuk hari ni?cukup la tu ye dak...hehe..banyak lagi cerita yang ada dalam lappy aku ni..malas je nak explain satu2..tunggu aku rajin lebih sikit baru aku update laju2 yer..the wimpy kids pon best..serius lawak..tak tipu..aku tulis yang benar2 belaka je...

ok adioss ye uolz!!!!

p/s: Meet the Parents: Little Fockers tak cerita lagi....
muahahaha....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...