awak klik saya happy =)

Showing posts with label ni baru aku pajil. Show all posts
Showing posts with label ni baru aku pajil. Show all posts

Friday, September 14, 2012

open house @PSA


Assalamualaikum…

Ok ini adalah entry yang aku tulis dua kali.tak tahu la kenapa dengan computer ni. Bila aku space die p delete plak apa yang aku taip.seriously tak dapat nak hadam kenapa jadi macam tu. Last2 aku close balik then buka yang baru.

Actually tak tahu nak bagi intro macam mane.mud macam ke laut je.lately ni banyak benda yang aku fikirkan sebenarnya tapi semua benda yang remeh temeh…yg remeh temeh tu yang aku dok fikir berulang kali? What the frog pajil??

Arghh lantakla jgn dikenang benda yang lepas ye dak? Walaupun otak kadang-kadang cerca merba tapi makan tetap makan noks..lagi stress lagi tinggi demand ko nak makan macam-macam kan? Yang sodap2 lak tu..hailaaaa..Stress sangat merugikan duit….haha
So, nasihat aku jangan nak stress sangat ok? Chill sudah.tapi chill tak semudah  c.h.i.l.l….

Aigooooo…..

Ok2 stop pasal intro cerca merba tu .kate nak cite pasal open house ye dak? Ni tajuk lain intro da lain..ke laut betul budak ni.;p

Hari isnin yg lepas ofis aku praktikal sekarang ni buat open house.. sepanjang minggu kaw aku makan banyak..adehhh.standard la bila open house mesti ade main dish dengan side dish ye tak..tapi aku tak makan main dish die aku makan side dish je..haha.. main dish die nasi hujan panas dengan lauk pauk die, ayam masak merah, dalca dan acar.nak lagi sodapp makan dengan papadom.perghh memang terangkat xnak bangun..
Malas nak tulis panjang-panjang ,korang layankan jela gambar-gambar yang aku tak berapa rajin nak edit ni.nak buat header baru pon amik masa yang lama nak kena siapkan.dan aku bukan la spesis yang rajin sangat nak berkretiviti ni…simple-simple je yer..












P/S: PSA tu perancangan starategik antarabangsa taw .

salam sayang,,,,, ;)

Monday, August 13, 2012

raya dulu-dulu

assalamualaikum..

seriously aku rase jeles dengan budak-budak.aihh mental ape aku ni dengan budak pon  nak jeles? =.=! haha.jeles sebab masa ni la pada aku time kemuncak keseronokan nak sambut raya datang. kalo duduk kat area kampung lagi la meriah jemah oii... main mercun tak hengat dunia. lawan-lawan main meriam boom kebaboom. pastu siap lawan-lawan lagi rumah sapa paling banyak pasang pelita..pastu kalau beli bunga api maw kongsi satu kampung.main kat umah jiran-jiran.ronda-ronda tengok pelita kat kg orang lain..oii rindu nokss.sekarang ni aku duduk kat putrajaya.suasana macam tu memang tak ada.tak ada orang main mercun or meriam.tak ada orang pasang pelita.tak ada nak sibuk-sibuk buat kueh raya kat dapur malam-malam. pastu tak ada nak kecoh-kecoh pasal langsir la,karpet la,sarung kusyen la.pastu kumpul adik-beradik tengok sape paling banyak dapat kad raya.kad raya yg best2 kitrg akan bce kuat2 pastu tampal kat dinsding rumah.haha .tapi sayang noks kad raye yang aku simpan semua da hilang dilanda banjir beberapa tahun yang lepas,sob3..kalo tak bole la gak bace semula time nak raye ni. nak harap ada orang bagi kad raye lagi memang tak la....alahai rindu sangat nak rasa suasana tu lagi.

yg tu time dekat-dekat nak pose.kalo da raya kurang sikit orang main mercun meriam sume.nak2 pas hari raye ke-4...paling best masa raya bila dapat melantak makan banyak2 pastu dapat lak duit raya seguni..sehari sebelum raya mesti ramai orang yg hantar ponjongan makanan kat rumah.ponjongan tu macam kte hantar lauk kat rumah orang.so waktu berbuka nanti banyak la lauk pauk kadang2 sampai tak muat nak letak kat meja noks...wahwahwah memang bahgia sokmo ler...perut kenyang hati pon senang nokss..

sekarang ni nak makan banyak2 pon xboleh sangat.nak kena jaga badan jaga kesihatan.kecik-kecik dulu rugi la sape yg tak melantak banyak2.sekarang ni makan lebih sikit je naik nye da berkilo-kilo.aisshhh.duit raya pon kalo ade yang sudi nak bagi ade la.kalao tak gigit jari jela tengok adik-adik dapat diut raye..keh3..

lagi 6 hari je nak raya.mud nak raya dah meletop-letop ni uolss..pergi pejabat pon otak asyik ingat nak balik raya je..dok putar-putar lagu raya 24 jam...keh3.

ok la tu saje kisah raye dulu-dulu..
kbai ~ wasalam


Friday, February 24, 2012

semester 6

assalamualaikum
salam hari jumaat

maaf tak dapat nak menupdate cerita-cerita cuti semester yang lepas.
ini kerana masa yang sangat mencemburui kite.ahakks.
komitmen kerja yang tidak pernah habis.
tanggungjawab is tanggungjawab.
semua kena buat dengan ikhlas,bersungguh-sungguh baru nampak hasil ye dak.
cuti yang lepas banyak digunakan untuk program yang akan datang.
bila ada masa yang sesuai saya akan cerita.
tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuu ! ;)

naik sem baru semangat kena baru.
ye macam-macam perancangan da ada dlm kepala otak
kajian kes ,projek ,program, semua tersusun dalam scheduler.
perancangan peribadi je tak masuk lagi..ehemmmm
ok la idea sudah kehabisan.

*masih lagi mencari tajuk kajian yang sesuai*
doakan saya berjaya ye kawan-kawan! lebiuuuuu ~

p/s:seriouzly rindu nak bw ;(

Friday, January 6, 2012

exam week

assalamualaikum readers...

salam jumaat semua...

ok untuk pengetahuan semua, aku tgh dlm exam week. 3 paper da jawab 3 more paper to go!
as usual, kalau da time -time nak exam byk la assignment,projek ,program yg nak kena setelkan ye dak.
back to basic, as a university student memang da jdi kewajipan kita untuk lalui benda-benda macam ni..sekarang ni kolej-kolej kat ukm banyak yang tak ada air.pehhh memang terbaek la nak tahan-tahan buang air segala.nak makan pon tak boleh yang pedas2 kena yang biasa-biasa je.takot sakit perot nak berry sapo nak tolong.air takde ni.=.=!...pergi exam pon ramai yang yang tak mandi cik kak oii.cik bang oii...bau semua same je...agak2 lalu sebelah bau perfume kuat semacam je tu konfem tak mandi..hik3..kalo mandi die pakai perfume biasa-biasa je tak dala sampai perhabis satu botol.air yang ada ni cukup untuk buang tahi mata ngan wuduk je. jadi kena bawak-bawak berjimat la ye cik kak cik bang oii.

yang tu masalah air.sekarang cuaca pula.dugaan exam week cuaca sgt la panas membahang.kalau kat dunia dah panas macam ni macam mana la kat Araffah nanti. subhanallah. moga dosa-dosa kita terampun dengan dugaan ini. pergi exam berpayung balik exam berpayung.dulu berpayung sebab hujan sekarang berpayung sebab cuaca panas. kalau yang gurlgirl tu konfem ada air masak dengan payung kat dalam hanbag die.benda wajib sekarang ni. bila da panas macam ni nak study kat bilik jdi stado atas tilam. kalau panas mcm ni nak study pon kepala sakit ye dak...baek-baek elok je mud nak study jdi mud berehat2...hik3..kalau tak boleh study dalam cuaca panas sila-sila la larikan diri anda ke library...elok je aircond tu.sejuk pon sejuk tenang je kepala nak pikir.

masalah seterusnya emosi terganggu.time-time exam ni la ramai yg nak sentap menyentap kan.biasa la masing-masing sibuk tension stress sampai terlupa nak jaga hati org lain..ade mase ke nak jge hati org laen?hati sendiri pon tak terjaga.....ayat biasa aku dengar....btw, walau kita sibuk mcm mana pon hubungan dengan manusia tu kena jaga juga. hubungan dengan Allah lagi la kan. berganda kena jaga. konklusinya saling menjaga itu penting.

lewat pergi exam..masalah bas lewat! yang ni kena kat batang hidung sendiri ^^..ade ke patut exam kul 3.30 tunggu bas kul 2.50??tak patot sungguh.da taw tempat exam jauh tunggu la kul 2.30.tak salah datang awal. boleh wat benda lain bila sampai dewan exam. ni sanggup turun lambat semata-mata tak nak tunggu lama kat luar dewan. bajet nak terus masuk dewan je..huuuuu...last2 kena jalan kaki then sampai lewat...nasib la ada lecturer baik hati nak tumpangkan sekali. sampai juga sebelum exam start. satu hal lagi nak cri tempat duduk. da kalut macam2 boleh jadi...haishhh..

ok lastly selamat menjalani peperiksaan untuk semua rakan-rakan dan taulan.do the best ok!


untuk rakan2 ukm jgn lupa tebus baucer buku rm200..
baucer boleh ditebus melalui fakulti masing2 okei ;)


salam sayang from library with love ;D

Wednesday, November 30, 2011

entry khas; selamat hari lahir mak!

assalamualaikum..
selamat malam readers and friends..


1.12.11
tarikh cantik kan..
dat my mum's birthday ^____^
alhamdulillah dapat lagi menatap wajah mak sampai sekarang....
selamat hari lahir yg ke --  acececeh..
walaupun mak da berumur tapi mak tetap muda dihati anak-anak mak..


mak,
sempena hari lahir mak,org  doakan semoga mak sihat selalu, bahgia disamping abah dan juga anak2
 mak.yang penting baahgia dunia akhirat.amin.
org taw,org nakal, tapi mak tetap sayang kan.lebiu more!
semoga Allah sentiasa menjaga mak dalam apa juga keadaan.
nak tulis panjang2 xmampu da.
rase nak tacing je...
*homesick*


p/s: 301111 dapat anak saudara baru..alhamdulillah...
tersenyum dimalam hari...



Wednesday, October 5, 2011

hakikat seorang student U...

assalamualaikum..
selamat petang readers and peeps..

rasa macam dah lama tak updates blog ye dak...tiap hari ada je task-task baru yang kena siapkan,assignment,study..gini ler life student tahun akhir.insyaAllah.. walaupun hari ni baru menjangkau hari rabu tetapi dah terasa tahap ke-stress-an sudah hampir sampai kemuncak..ekeleh baru rabu kot..booobooo!^^!

yang ada dalam pale skunk ni nak study bebetul,fokus,cemerlang,gemilang,terbilang untuk sem ni dan seterusnya.amin...benda lain kena tolak tepi dulu....trip yang kami da rancang sem lepas pon tak gerak lagi..rasa macam nak give up je.tapi hati cakap tak mahu...tak mahu!!nak gak p ober-c!!!duit da ada tapi tak cukup lagi..huargggggg....

disebabkan stress ni la,aku selalu sakit kepala sekarang ni..last-last tak boleh nak fikir apa.bukak lappy tengok movie ^^!..stress hilang mata mengantok terus tidur..haishhhh...

seriously sekarang ni rasa macam tak happy je..rasa nak nangis pon ada..korang pernah jadi macam ni?ala mesti pernah kan...homesickk!!!rasa macam da lama je tak tengok muka mak,abah,akak,adik2 sume...owh hati sila tabah...kuat2!da plan da nak balik this week but something has come up..kena pergi Melaka for 3 days.teman cousin jadi fasilitator.actually tak tahu sangat pon pasal program ni.join je janji jangan bagi stress. masa bagi tahu mak abah pasal tak jadi balik,suara mak sedih.mesti mak abah rindu kat budak degil ni kan...sob3...insyaAllah next week balik no matter how..even terpaksa ponteng kelas jumaat 3jam(xmaw sebenarnya)..untuk mak dengan abah,apa-apa pun orang sanggup..(tetiba kuo airmata)

tak nak tulis panjang-panjang sebenarnya tapi rasa rindu pulak nak tulis so layankan jela.hehe..ok la nak cari inspirasi lain..hopefully everything goes smoothly...
tatatatatata......


ada sape2 nak bagi inspirasi ?
;p

Saturday, May 21, 2011

pengalaman pertama

assalamualaikum
selamat pagi semua..

hari ni baru ada kesempatan nak berblog. cerita pasal pengalaman pertama ni mesti korang tertanya2 apa pengalaman aku kan.ok actually da seminggu lebih benda ni berlaku. bile ingat balik aku rase nak ketawa ada, cuak ade macam2 lagi perasaan ada. lari bertempiaran terus tension2 aku.

ok aku sambung cite. korang pon tak suke kan nak dengar aku membebel2. hik3. lepas je dapat lesen P (lesen pandai) phew2!! aku tak berani lagi nak bawak kete. then satu hari yang tenang ni, aku, akak, mak, adik, nenek dengan auntie aku pergi bandar. saje nak release2 tension. kat dalam kereta tu semua perempuan taw jangan tak tahu..

mase nak otw balik tu tetiba je makcik aku cakap die sakit kaki tak boleh drive. semua dalam kete tu da pikir da macam mane nak buat. tak kan kete tu nak gerak sendiri kot kalo takder org nak drive..huk3..aku ketawa sendiri...dengan tak semena-mena semua org tetiba decided suh akak aku bawak. pada hal dierg taw macam mana akak aku bawak. maw masuk parit kami dibuatnye. so dengan muka selamba aku pon offer nak TRY bawak kete tu.. masa tu semua org macam nak tak nak je bagi aku bawak. yela aku dala kecik nak bawak sebemban org dalam kete tu...padahal bukan aku pikul dierg pon..huk3..

dengan kalimah bismillah aku pon tukar tempat duduk dengan pemandu..otak aku mula pikir apa yang aku kena buat dulu and seterusnya. perlahan-lahan aku berjaya bawak kete tu dengan kelajuan selaju siput baby..wahhh sila tepuk tangan untuk wa....^^..

nak pendekkan cerita, lepas kena ngutuk kata aku bawak macam siput, aku pon apa lagi terus tukar gear 4...amik kaw...pada aku laju la kot aku bawak masa tu..dalam 90-100..aku ni pantang kena cabar..terus laju je buat. and aku memang suka mencabar diri buat benda2 yang aku tak konfiden ni..nasib la jalan tu straight tak ada trafic light..kalo ada maw aku langgar semua..kih3..

yang tak boleh bla tu masa kat simpang nak masuk area kampung aku..aku terlupa nak slow kan speed kete. so aku terus cornar masuk jalan kampung tu...muahaha melambung2 orang dalam kereta..mak aku cakap rasa macam nak terkeluar je jantung...ouccchhh laju sangat kot..heeeee..

lastly before sampai rumah, aku ternampak ayah aku kat warong simpang depan..aku apa lagi tunjuk action terlebih r da boleh bawak kete..(hampehhh)..yela mana taw lepas ni ayah aku nak bagi myvi sejibik ke, viva ke xpon volkwagen sejibik..maw terbeliak mata aku...hehe...

akibat terlampau perasan dan kuat berangan aku terlupa step yang WAJIB aku ingat... kalo korang nak taw rumah aku ni macam turun bukit sikit so memang la kena slow and steady je bawak. yang aku ni da terlupa  step blur la jadinye.. mase nak turun tu aku tekan break je tak tekan clach (xtaw eja betol ke tak)..kete pon mule la keluarkan bunyi yang pelik2 segala bagi..aku da cuak tekan jela break... nasib tak langgar rumah..fuhhhh..akhirnya kami semua selamat gak sampai kat rumah...see selamat taw aku bawak...(tangan ke bahu mata ke atas)...

itu je cerita aku tuk kali ni..korang punya pengalaman pertama bawak kete lepas dapat lesen macam mana pulok? ce citer kat aku...

p/s: agak2 aku boleh tak bawak lori pasni? sape nak cabar aku?huhu....

wow kereta ni sesuai dengan aku la uolz....
doakan aku dapat beli kete ni satu hari nanti...^^

Sunday, May 8, 2011

warkah untuk ummi,ibu,mama,mak, okasan,mummy n .....

assalamualaikum sayangs.....
selamat malam semua...


1st sekali nak wish slamat hari ibu tuk my beloved mum yang ada kat kampung.
mak, terima kasih untuk segalanya.
mungkin kte tak seberani macam orang lain yang cakap face to face dengan mak dierang.
mak mesti tahu kan anak mak tak sekuat orang lain.
tulis macam ni pon da rase nak nangis.
rindu sangat dengan mak walaupon baru je bape hari tak jumpa.
insyaAllah rabu  ni kte balik.
sambut hari ibu sama-sama ye.
walaupon lambat sikit tapi nak jugak sambut dengan mak.
anak mak ni bukan anak manje
tapi kte tak boleh nak bayangkan hidup tanpa mak.
kalau boleh nak je buat U kat sebelah rumah.
boleh balik rumah tiap-tiap hari.
tak payah nak suruh abah belikan tiket tiap kali nak balik sini.
tak payah nak merungut bila kolej tak ada makanan sesedap masakan emak.
tak payah nak pelok bantal lain bila mak ada.
tak payah nak cari doktor lain bila tak sihat.
sebab mak ada segalanya bagi kte.
mak dah bagi apa yang terbaik dalam hidup kite.
mak adalah insan yang kite perlukan sepanjang hayat kite...
mak,kite tak boleh tulis lagi..
sedih sangat..
rasa macam nak balik sekarang juga....
sempena hari ibu ni kite doakan semoga mak panjang umur dalam iman,dimurahkan rezeki yang halal, bahagia disamping abah dan kite adik beradik.kite sentiasa doakan mak sihat selalu..
amin

"selamat hari ibu, mak"
i love you so much



Sunday, March 20, 2011

entry without title..teehee ^_^

assalamualaikum
my dearest readers,friends and followers..
how are you peeps?
have you been well?
harap-harap semua sihat-sihat yer ^_^

tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry ni.pikir punya pikir taknak juga keluar.
last-last biarkan je tanpa ada title.boleh?
haha..

ok let's cekedaot apa aktiviti mengarut aku malam sabtu lepas..
taraa!!!


nampak tak nampak tak kat atas tu?kalau tak nampak maknenye nak kawin da...haha (gurau je)
tu adalah menu khas tuk dinner kolej aku yang bertemakan sparkling nature..nature la sangat.tengok takde pon orang yang pakai daun pisang laplip2...
kalau ada pon pengsan satu dewan..
ok sila serius semasa menulis yer ^_^
sila abaikan cincin bunga gedabak di atas.


ingatkan malas nak describe tapi memandangkan aku sangat la rajin hari ni,aku pon tulis sepatah dua kata.
(hakikatnye sebab malas nak study)
hasil daripada tak keprofesionalan kami,ini lah gambar  candid yang terhasil ^_^


my dearest gojes prens.
tema kami adalah sopan , cumil dan anggun.
(tema rekaan sendiri)



time ni masing-masing nak tunjuk kasut pinjam..
bukan kedekut tapi berjimat.
nak hujung sem ni duit sesak manjang.sob3..



yeahhh!!
akhirnya habis da photoshoot untuk kali ini..
peace ! muahhhzzz ! booo00 !
 sampai ketemuan lagi dinner tahun depan...^_^


p/s: dinner tahun 3 nanti kena jadi princess of the night..
kopak lagi ^_^

Tuesday, February 8, 2011

Kursus kahwin

Setelah seminggu berlalu rasanya ini entry diri aku yang da agak lapuk..haha..dengan ketiadaan internet dan juga keadaan diri yang agak sibuk menyebabkan  kekangan-kekangan terhadap diri sendiri.hehe..okei mesti korang da taw orang pergi kursus kahwin bila da nak kahwin kan..tidak bagi aku..kalau nak ikutkan memang terlalu awal untuk pergi kursus kawin tu tapi da memang rezki aku agaknya memang da takdir pergi dengar ceramah tu dari 29/1/11 – 30/1/11.. agak menarik la juga kursus tu sebab yang datang kebanyakan dari UKM sendiri dan penceramah juga dikalangan ustaz2 yang berpengalaman dari segi rumah tangga. Ramai juga kawan2 seperjuangan dan kenalan yang sertai kursus ni walaupun hujan turun selama dua hari tu.MC pon pandai mainkan peranan dan juga majlis berjalan dengan lancar sekali. Tak rugi rasanya ambil kursus kat UKM sebab boleh pergi dengan harga serendah RM35 je.kalau kat luar tu mesti da berganda-ganda. Kalau pergi kat UKM berbaloi-baloi siap boleh dapat jodoh lagi macam pakej lak..haha..
Co00p2!!tapi bukan aku la yer orang len..hehe..macam entry aku yang lepas aku ada cita pasal bercinta sampai syurga kan..so aku pon nak macam tu gak.maksudnya kalau la lelaki tu nak serius dengan aku kena la merisik terus.merisik je pon bukan nak suh kawin terus kan.tu baru la nampak kesungguhan dia.then aku nak berchenta selapas kahwin baru la ada keberkatan disitu..hehe..
Kalau korang berminat boleh lah baca buku yang aku nak suggest kan ni, ‘murabbi cinta’. Buku ni best gak mengenai kecintaan kita pada Tuhan, pada nabi, pada keluarga. Erm bila baca rasa macam masuk dalam alam rumah tangga lak tapi tak salah kan kalau kita nak belajar awal cara nak manage keluarga bila da kahwin nanti. Ini lagi membantu kita untuk lebih bersedia menghadapi alam rumah tangga.baru la hidup harmoni ,saling hormat menghormati dan sayang menyayangi antara satu sama lain hingga ke syurga  =))
Mesti korang boring baca kan.tak ape lar xnak baca biar aku baca sowng2.heh2..
Okei la hopefully korang dapat serba sedikit input dari entry aku ni walaupon aku taw ianya banyak bebelan daripada info..haha
Gambar kat bawah ni adalah gambar aku beristirehat sebentar kat Alamanda..sempat lagi tu…ish3!!!

Senyum jangan tak senyum…..=)

Saye majuk dengan awak la!!

p/s : ok itu je...nantikan pos banjir dari aku...coming soon !!

Wednesday, January 26, 2011

i'm statistician to be

..Assalamualaikum..

selamat petang semua..hari ni aku nak cerita sikit tentang statistik.iye aku memang 'budak' yang ambil kos statistik kat UKM. niat aku nak cerita pasal statistik ni bukan nak menunjuk-nunjuk yang aku terror bab-bab kira mengira or bangga dengan kos yang aku ambil sekarang ni.tapi niat aku lebih pada nak menjelaskankan apa sebenarnya statistik since orang asyik bertanya je pada aku pasal benda ni dan aku juga nak jelaskan tentang peluang pekerjaan yang bakal aku hadapi in future. 
InsyaAllah.

First sekali korang kena taw bahawa kita belajar adalah kerana ilmu itu milik Allah dan kita sebagai hambaNya kena ikhlas dalam apa juga ujian yang diberikan. kat sini aku bersyukur sangat sebab dapat kos yang betul2 masuk dengan jiwa aku iaitu jiwa numbor..huhu.since dari sekolah rendah lagi aku memang gila suka mengira segala macam num. tapi aku tak suka proving..hehe..

ok itu bab pengenalan je ye..haha.intro je dulu bagi briefing sikit pasal nape aku beriye-iye nak tulis pasal benda ni. seterusnya aku nak cerita pasal ahli statistik pula. ahli statistik ni sebenarnya kerjanya adalah untuk menganalisis dan juga mentafsir data yang telah dikumpulkam.ok contohnya masa kutip banci perumahan penduduk yang diadakan 10 tahun sekali tu. tu la kerja ahli statistik. selain tu data yang da dikumpul tu perlu ditafsir dengan mengkompilasikan laporan, graf dan jadual berdasarkan kaedah statistik yang da ditetapkan.erm yang ni memang agak rumit sebab kena menggunakan banyak perisian komputer macam SPSS,SAS atau MiniTab. ahli stat juga kena familiar dengan konsep dan juga prosedur dalam bidang tertentu. kira macan kena tahu semua benda kat tempat kerja tu.  

tapi sayang seribu kali sayang sebab kat Malaysia ni ahli Statistik, ahli Matematik mahupun Aktuari dipandang sebelah mata je.sedihkan. mungkin negara kita belum cukup membangun  dari segi mentality dan belum sedar lagi betapa pentingnya matematik dalam kehidupan seharian kita.

kalau karang tengok kat negara-negara membangun seperti UK,US,Japan dan lain-lain mereka memandang tinggi pada pekerjaan yang aku cakap ni.siap ada lagi award khas untuk ahli-ahli matematik ni.hebatkan. korang jangan terkejut la kalau aku tunjuk bukti gaji ahli statistik kat luar negara.memang tak tertanding dengan negara kita..tak caya meh terjah
....
....
....


hamik kau...setahun da leh beli Lamborghini..hahaha

neway aku memang berharap la dapat kerja dalam bidang ni suatu hari nanti.
InsyaAllah
and kalau ada rezeki nak juga kerja kat luar negara walaupon Bi aku memang hancuss ..haha
taper berangan-angan dahulu akan menghasilkan semangat yang berkobar- kobar tuk mencapai apa yang kita impikan..
itu adalah trademark aku yer..
hehehe..

last but not least aku harap korang faham serba sedikit dengan apa yang aku tulis ni.hopfully kita dapat apa yang kita impikan selama ini dan sama-sama la kita berdoa yer.
InsyaAllah..

p/s: korang kena doakan aku yer!!!!nak Holland bole?

Monday, January 10, 2011

Malaysia 4th Chocolate Fair 2011

...Assalamualaikum...

ok before baca entry ni mind set da cakap benda ni da lapuk..
tapi nak gak tulis sebab something happen there..
curious x??
hahaha...

macam tajuk yang da tertulis kat atas tu korang pon dapat agak kan mesti aku pergi tengok coklat fair kat Mid Valley tu an...haha..rugi sapa2 yang tak pergi.memeang best sangat coz dapat coklat free.haha.benda free semua orang suka..thanx kat Madi coz sangat sempoi melayan aku tuk cuba semua tester yang ada.



ok nak cerita sikit
masa kat sana jangan cakap la memang banyak umat manusia bertapak.
siap berkelah lagi kot kat depan pentas.tengok chef demo masak coklat agaknye.
then aku yang pendek ni pon sibok terkinjet2 nak tengok gak.
hello tolong sedar diri ko tu pendek yang ada tu semua setinggi2 galah.
ok aku pon fedupp nak tengok.terus masuk dalam exhibition hall tuk same2 merasa tester..
heaven gila muka aku bila nampak coklat banyak2 tu..
macam nak pilih calon suami je gamaknye.
dengan mata yang bersinar2 aku pon pergi dari satu gerai ke gerai yang lain
tuk dapatkan tester percuma..
OMJJJJJ!!!
sedappppppnye coklat ni!!!
rasa macam nak melompat2 je kat situ bahawa aku suka gila dengan coklat...

da rasa semua tester baru la aku wat keputusan nak beli barang sebemban duatuk bawak balik.
nak buat stok kat bilik..
da pikir2 mane yang best aku decide beli 2 jenis coklat.
tiramisu coklat dengan lolipop coklat.
tak caye meh kte terjah bawah
.
.
.
.
.taraaa!!!!

bukan tiramisu ni yer...=)
ok taw gambar ni xsantak pon...incik google y bagi..haha tapi aku punya yang coklat yer..=)
yang ni memang nampak sedap gila tapi xmampu aku nak beli lagi..
sob3..

member bagi..ada mashmellow kat dalam die..
muka heaven gila masa makan..

yang ni  aku rasa je..
xsangka ada gak kay dalam tu ada durian..
i miss durian v da much!!!
kesimpulannya coklat yang aku beli tiada dalam gambar...huarggg..baru nak tayang lebih kat korang..
muahaha..padan muka tu la niat jahat lagi..
neway nak story pasal something happen tu adalah
jeng3!!!
.
.
.
actually jumpa my ex roomate
cik pieyah kat sana..
even UM tu dekat je ngan UKM
tapi kiterg tak pernah lagi jumpa sejak
abes matrik..
sob3(sila jangan tacing)
ok tu je nak cerita...
nak p klas da ni..
papai!!!
adiosssss....

Monday, November 8, 2010

L.O.V.E

balik rumah dekat seminggu
study lepak study lepak tetibe demam,,,
muntah2 segala bagai...
perut kembung,kepala pusing,badan letih..
uhhh letihnya,,,,,,,
terpaksa cancel holiday ke pahang..
sob3,,
menangis-nangis malam tu...
mak pujuk xpe len kali ada...
mak urutkan perut,mak sapukan ubat,,
abah balik dari surau terus tanya,"da makan nasi? da makan ubat?"
semua geleng kepala...dushh xslera makan..tekak loya...
mak watkan ubat kampung,paksa minum gak..
wekkkk pahit kalahkan hempedu...minum gak sampai habis..
masuk tidur tapi xleh tidur pon sampai pagi..
bangun pagi,pening pale lagi..
mandi..hilangkan pening..
buat nestum..isi perut kosong..
sambung tidur...bangun da tengah hari..mak masak bubur..
sedap,,makan satu mangkuk,habis....
loya lagi...sambung tido sampai petang..
petang mak masak sup ketam...
sedap sangat tengok dierg makan,tapi xlalu nak makan..
makan nestum,makan ubat, mandi, lepak kat bilik..
mak urut lagi sampai tertidur..
..
.
.
.
.
bangun je da hari isnin..
kena balik ukm exam tak habis lagi..
mak cakap badan panas lagi..
xpe anak mak gagah lagi boleh jalan xkan pengsan..
balik mak bawakkan segala macam makanan tuk stok seminggu..
takot xlarat nak beli makanan..
salam mak,salam abah..
cium tangan mak,tangan abah mintak berkat mintak restu..
semoga dipermudahkan segala urusan..
adik2 yang kat sekolah tu belajar rerajin yer,akak balik dulu..sayuuu,,,,
terima kasih mak,,terima kasih abah sebab jaga anak gadis mak abah yang nakal ni..
thanx gak kat kawan2 yang sudi bertanya kabar & doakan supaya cepat sembuh,,,
sayang semua!!!!
Love Myspace Comments
~hidup ini penuh dengan kasih dan sayang,,,~

Love Myspace Comments



p/s: rase macam blog ni da ada jiwang-jiwang lak eikk,,,huhu ;p
Bye Myspace Comments

Friday, October 15, 2010

mr.H

blushing,,blushing,,,
makan bersama mr.H di bawah satu bumbung...
tu je pon..hahaha
tetapi sangat bermakna ok...

ngantok da xlarat nak tulis..
ini adalah enrty yang tah ape-ape okei..
suka hati aku la belog aku..
hahaha
tension pon tension la hati tetap happy...
kepada syu dengan ekin,,
pasni kita makan kat situ tiap ari jumaat yer,,,
please.......
ok daaaaaa...love hot chocolate,,,,yummy!!!!

Animated Pictures Myspace Comments
aku malu la..*blushing2 >.<

Wednesday, October 13, 2010

saya suka awak..=)

bila hati ni suka kat seseorang tu apa yang kita perlu buat?
tak kan nak sembunyi kot..
tapi tak kan nak terang2 cakap 'saya suka awak',,
awak suka saya?
uisssss mesti malu..
then nak wat macam mana ni?
hati da berkenan..
actually nak berkongsi sikit dengan apa aku taw..
sumber dari kawan aku..
tapi before tu nak mention sikit
ni bukan situasi aku..
agagagagaga...
mesti korang ingat aku da jatuh cinta kan....
ok straight to the point..
kawan aku cakap kalau kita da suka kat seseorang tu
kita kena ikhlas terima dia seadanya..
ikhlas disini adalah kita suka die bukan sebab die hensem ke,pandai ke,
perasaan tu wujud sendiri..
cinta adalah satu perasaan yang suci lahir dari hati..
ok to step pertama..
step ke-2....jeng3...
kena beranikan diri anda untuk beritahu kat dia yang anda menyukainya..
contoh ayat yang korang boleh bagi  macam ni,
"salam,nama saya labu binti labi,saya ikhlas suka kat awak..
saya harap kita boleh berkawan.."
lebih kurang macam tu la yerp...
tu ayat starting je...
then, kalau dia dapat rasakan korang betol2 ikhlas dia akan terima korang seadanya juga...
jangan risau kalo die reject korang,
jodoh tu ada dimana2..
so korang berusaha yer untuk cari yang terbaik untuk diri korang sendiri..
nak suruh aku cari kan pon boleh jugak..
no biggie la..hahahaha..
selamat mencuba jerp....

p/s: jodoh pertemuan,ajal maut semuanya ditangan tuhan..sebagai hambanya kita perlu berusaha sendiri untuk mencari apa yang terbaik..bukan sekadar terima qodo' dan qada' nya tanpa berusaha pape...kredit tu mr.azam coz tenangkan hati yang gundah-gelana ni..=)

Sunday, October 10, 2010

mamat gay nie,,

pape tah mereke ni..
konsert mamat gay wat besar-besaran kat Malaysia..
konsert Maher Zain buat kat tempat sesempit tu..
kenapa sempit sangat otak mereke ni?
macam nak galakkan orang kat Malaysia sokong si gay ni pulak..
tolong la sedar,,,
benda ni bukan bawak kebaikan pon..
menambah dosa adalah..
sesape yang sponsor konsert memang la..
ish xtaw nak cakap ape...
da besar kan..
pandai fikir kan...
wasalam....

p/s:jiwa tak tenang .......sedih.

Thursday, October 7, 2010

saye xsuke....

saye xsuke exam!!!!
tapi kena gak jawab exam....
mulai sekarang saye da bertekad dalam hati xmaw malas-malas lagi..
nak jadi student yang rajin...
hikhikhik..
harap-harap berkekalan la yer semangat yang ada sekarang ni..
jangan hangat2 taik ayam sudah lah..
doakan saye yer kawan-kawan!!!!
sayang kamoo!!!! 

Monday, October 4, 2010

kerana seketul 's'

salam readers,,
hari ni mud hati xbpe baek...
tah nape rase down sangat..
banyakkan bersabar yerp hatiku..
ni semua gara-gara kelas english tadi..
aku bukan wat salah besar pon cuma tertinggal 's' je kt STATISTIC
tapi madam wat aku macam aku tak buat langsung keje yang die bagi..
memang kecewa gila dengan madam yang macam racist sangat tu..
pilih kasih!!!!
saje nak bikin aku malu!!!!
orang lain yang berlambak-lambak salah eja semua x ade lak die nak bagi tahu kat satu klas macam aku...
die cakap kat aku macam ni "basic pon u tak tahu ka?"
lebih kurang la...
sori terpaksa luahkan kat sini..
tahu xkan ada yang paham perasaan aku..
korang mesti cakap aku mudah terasa pasal benda kecik macam ni kan..
pada aku benda ni besar sebab aku sorang je yang kena macam ni..
orang lain yang wat kesalahan macam aku ni,
dia xda pon nak kecoh2 kat satu kelas..
siap tolong tuliskan lagi kat whiteboard besar2...
ye aku taw aku tak pandai english macam anak murid dia yang lain..
at least tolong jangan wat macam seorang yang sangat tak pandai dalam kelas tu...
ok thanx sebab wat aku sangat xda mud nak wat ape2 pon kerja berkaitan
 ENGLISH..

Thursday, September 30, 2010

tak perlu rase sedey




nak express perasaan dari gambar je...
kalau faham,faham la apa yang aku rasa skunk ni..
kalau tak paham sile p ke google yerp...;p

p/s: esok nak pulang ke rumah..perasaan pasti berbeza dari hari ni..yeaaahaaa!!!!

Monday, September 27, 2010

wahai hati tolong tabah

malam dah nie..
nape sedih ni fazilah?ermm....
tamaw sedih-sedih yerp..
kuatkan semangat,kuatkan hati..
duhai hati,nape rasa nak menitis air mata ni?
something wrong somewhere nie..
may i borrow your shoulder?erm....
someone please hug me!!
tak mampu nak menahan perasaan nie..
beban sungguh..
haru biru...
serabut kalahkan wayar-wayar kat bilik tu..
tenang wahai hati..
tenang..
nak cakap homesick,memang bukan...
memang sah da kena masuk wad..
tak taw apa masalah jadi macam ni..
doakan yang terbaik untuk diri ini...
wasalam...



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...