awak klik saya happy =)

Showing posts with label sihat itu chantek. Show all posts
Showing posts with label sihat itu chantek. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

tips kuruskan badan

Assalamualaikum
my dearest readers, friends and followers

mintak maaf banyak2 sebab biarkan blog ni berhabuk terabai tanpa khabar berita..
fuhhhh!!!!
ok memang banyak kerja sampai kurang free nak update entry2 panas..
so sekarang ni saya nak update laju2 dan cepat2 yer..

kalau da nama perempuan tu mesti la nak sentiasa nampak chantek ye tak?
angguk2 kepala sendiri.
so bukan je chantek luaran tapi dalaman pon maw chantek gak taw..
bagi polish sampai berkilat + bersinar2 = cun melecun
yang ni la kita nak..
barulah sejuk sikit mata yang memandang.

ok tak maw membebel panjang lebar..
skunk ni nak i nak share tips kurus untuk korang semua..
hopefully lepas ni berat badan ideal yang korang impikan tu akan tercapai la hendaknya..
amin..
aku doakan untuk diri aku sendiri gak..^_^

Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  • Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  • Jangan skip hidangan.Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  • Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  • Roti canai ... hmm berapa kalori tu?Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. 
  • Elakkan kalori daripada minuman.Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Hanya perlu kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip mudah ini.
  • Minum air mineral.Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  • Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan.Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  • Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Juga perlu diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  • Kawal nafsu makan!Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

Supplement


  • Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  • Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  • Ingin kurangkan 1kg?Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  • Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  • Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  • Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.

yang penting kesihatan kena jaga taw...
ape guna chantek tapi tak sihat..^_^

p/s: kalau makan VCO pon ok gak..saya makan yang tu..memang best banyak khasiat.lain kali share yang tu plak ok ^_^



sumber dari iluvislam.com
memang terbaek la kan...
haha..

Wednesday, December 22, 2010

petua untuk hilangkan batuk dengan pantas

Hello! Myspace Comments

salam......
resepi hari ni ialah....
cara2 hilangkan batuk dengan pantas dan berkesan..
memandangkan aku pon batuk sama dek kerana cuaca
kat uk yang tak berapa menentu ni,so ak pon decide nak
google je kat internet.cepat,mudah dan pantas tak macam rapid..
cara2 nya senang sangat sampai budak tadika pon leh buat la..
tak payah nak jumpa doktor,korang juz bace je aku pon blog tiap mase..
muahahahaa...
ok kite teruskan lagi agenda kita..
senang je..
amik la ubat sapu yang panas or senang guna minyak panas jer..
maksud aku minyak urut bukan minyak goreng ikan ye tuan puan..
sapu kat tapak kaki sebelum tidur ye..
then sarungkan stokin..
mudah-mudahan badan tak masuk angin dan batuk pon hilang dengan segera..
okei selamat mencuba....Get Well Myspace Comments


p/s: musim2 salji ni rajin2 la minum air suam..kalo tak suara anda akan bertukar menjadi lebih rockers dari biasa.

Monday, December 20, 2010

nescafe 3 in 1 merosakkan jantung dan buah pinggang

info ni aku terbaca masa blogwalking pepagi buta.memandangkan takda benda nak buat laju je tangan mengklik godak-godak pape yang leh digodak kat dalam lappy ni.hasil daripada kajian yang aku buat,hasilnya sangat memberangsangkan uolz,,dan hasilnya...........................................
..................
..................
..................
..................
nescafe adalah tidak baik untuk buah pinggang manakala krimer yang ada dalam nescafe itu adalah sangat2 merbahaya untuk kesihatan jantung anda.kalau nak tahu krimer ni sebenarnya diperbuat daripada kelapa sawit (non dairy creamer).oleh itu kalau sayangkan jantung anda makanlah quaker oat yer.

......sayangi diri anda sebelum menyayangi orang lain......

Tuesday, November 9, 2010

angin masuk dalam perut

perut kembung?rasa  tak selesa?terlampau banyak kentut?
baca petua ni nak iklan kan sikit..heheeh..

mula-mula kupas halia yang ada kat dapur tu..
tak taw macam ne bentuk halia?ok ni gambar halia untuk tatapan korang...heehee..

cumilkan..

ok seterusnya da kupas semua, potong kecik2 then tumbuk halaus2..ok sebenarnya tak payah halus2 sangat..sedang2 je..tak halus and tak kasar...huk3..
pastu masukkan dalam gelas and bubuh air masak yang suam2 kuku..erm godak2 sikit bagi sekata..da rase agak2 lama korang godak p amik penapis, tapis hampas2 halia tadi..
air yang korang dapat tu boleh la dibuat minum masa perot korang kembung..
hampas tu korang leh la bagi kat ayam yang kembung perot gak eik...hehe..


susah ke?
nak senang p kedai mai eno secawan...
huhu..

p/s: aku pon tengah kembung perot skunk ni....
owh angin p main jaoh2 ....
kesejukan anak2 cacing aku...

Sunday, October 17, 2010

relax sudahh,,,,

ermmmm stress nyer,,,,
keje banyak,nak exam lagi...
aishhhh...

Animated Pictures Myspace Comments

tension ker?
meh sini nak share sikit cara-cara yang aku guna kalo tengah stress tahap nak .....

first,
bila korang da rasa kepala berat tak boleh nak fikir pape lagi terus stop korang punya kerja okei..da xpayah nak paksa-paksa diri wat benda yang korang xmampu nak tanggung lagi..

second,
tarik nafas panjang-panjang then korang hembus kuat-kuat..biar beroksigen sikit otak korang tu..baru la fresh sikit otak tu kan...

third,
korang kena la jalan-jalan sikit bagi darah tu smooth,,xleh gak nak duduk je kat meja blajo tu 24 jam..kalau ikut fakta otak kita ni boleh fokus kat satu-satu benda cuma setengah jam je..sekejap kan..so lepas half an hour korang gerak-gerak la sikit wat air ke..ok..

fourth,
jerit kuat-kuat biar satu dunia dengor..haha..kalo xmaw jerit borak-borak ngan rumet korang ke ngan kucing pon ok gak..

fifth,
dengar muzik.benda ni selalu sangat aku buat..kos yang aku amik sekarang ni memang banyak calculation..so xda masalah kalo nak dengar lagu sambil belajar..baru la ada feel nak cari solution dia..

sixth,
yang ni pon aku selalu gak wat..ketawa sowang2..hahaha..aku ketawa sowang2 sebab aku dengor cerita yang lawak2 kat radio..dengan ketawa kita boleh jadikan perasaan kita yang sugul tu jadi ceria balik..xdala muke kelat je sepanjang mase kan..;p

senyum kat orang pon boleh jadi terapi jugak,senyum kan sedekah....;p
so xmaw stress2 lagi aw...


Animated Pictures Myspace Comments

p/s: actually aku pon stress gak kebelakangan ini...chill!!!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...