awak klik saya happy =)

Monday, December 19, 2011

Sunday, December 18, 2011

rezeki

assalamualaikum...

hari ni nak cerita pasal rezeki.

on the way nak balik ukm tadi cousin aku asyik bercerita pasal musim buah.
kemudian kawan dia pon bukak cerita yang dia teringin juga nak makan rambutan walaupon semlam baru je beli. tapi harini dia rasa nak makan lagi.aku hanya mendiamkan diri sebab masih tidak berkesempatan nak balik kg makan buah tempatan. beberapa hari lepas mak tepon,mak cakap mangga kat tepi rumah da masak ranum.sedap katanya.aku suruh mak simpan sampai penghujung minggu ni. mak cakap takut busuk. aku pun diamkan diri lagi.
masa dalam perjalanan tadi memang banyak gerai jual buah tapi keinginan nak beli tu start masa tiba kat gerai terakhir. berkobar-kobar nak beli rambutan tapi hampa. rambutan seikat rm10 dan kulit da hitam pon.agaknya dia tengok aku ni macam budak2 kot.senang nak kena tipu. aku tak jadi beli.balik semula ke kereta dengan tangan kosong. cousin tanya kenapa tak beli.aku jawab tak selera nak beli.huhu...

sampai ukm, masuk bilik je cousin tegur durian la...aku tersenyum lebar..Allah tak nak aku beli kat semua kedai tadi sebab Dia da beri rezeki tu percuma =)
rasa nak menangis je.syukur Alhamdulillah.




doa untuk dimurahkan rezeki:
amalkan selalu insyaAllah akan diberi =)

ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.

Friday, December 16, 2011

segalanya milikmu...

assalamualaikum..

selamat tidur readers.
opss awat aku tak tidur lagi ni jadi burung hantu nampaknye
malam ni.
ok mud tengah baik nak siapkan assignment HPV perubatan..
hoyeahh2!
mengantuk,mata berat kena cari benda sampingan lain.
blogging!
since da lama blog ni tak dapat kasih sayang yang mencukupi daripada tuan tanah kedaun.
ok la syok2 wat assignment terdengar satu lagu nasyid yang syahdu lagi mendayu..
membuatkan hati ini tertanya2 siapakah gerangan putera raja
yang menyanyi di malam hari ini?
ochhh *pap*pap*
bangun jangan nak berangan je time buat assignment!

ok layan la lagu ni dan hayati liriknya elok2...
gudnite readers.
may Allah bless you!

segalanya milikmu-mestika

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan


p/s:happy bufday bestie!cian die kena baling dengan tepung.hopefully this is the most memorable in ur life
~ may Allah bless you~

p/s:thanx juga untuk bestie yg sama2 menjayakan prank ini ;) love you more!


Thursday, December 8, 2011

perancangan

assalamualaikum....

semalam: yeah yeah nak balik rumah esok..cuti 3 hari,boleh balik hari isnin..(tersenyum lebar sampai ke telinga ^_________^)

hari ini:
lecturer akaun; ok saya da masukkan assignment baru dalam Connect(web subjek) untuk chapter 9 dan 10.due date next week. projek jgn lupa.due date da dekat.

lecturer design: berdasarkan apa yang kita da bincang hari ni,saya nak awak hantar latihan 6 dan 8 next week.latihan 7 awak boleh cuba balik kat bilik nanti.

lecturer perubatan: next week kita ada kuiz pada hari selasa.jangan lupa laporan projek dan juga presentation HPV.

penyelaras: next week kita ada taklimat teknologi maklumat di library.

pengarah program: prof CESMAX nak jumpa hari selasa.

ok tade la buzy sgt kan minggu depan.tapi nak arrange masa belajar tu yang kelam kabut,tenggelam timbul. baru ingat nak restkan otak sehari dua kat rumah.tapi terpaksa angkut semua kerja bawak balik rumah...=.=!..sabar jela.nak cansel balik macam tak boleh da, banyak sgt alasannye,antaranye :

1. homesick! (rindu family)
2.rindu anak sedara
3.tak lalu da nak ngadap makanan kafe
4.rindu kucing =.=!
5.wit poket da nak kering.

hehehe...da xbole nak ckp xjadi da..lgi satu adik asik tanya je bila nak balik .taw la boring duduk umah sorg2 xde geng nak wat gaduh..huhuhu.balik nanti kita gaduh ok!

so disebabkan perancangan awal untuk balik 3 hari da macam wujud tak wujud je,dengan ini aku da buat keputusan nekad! sebulat suara! sebulat hati untuk ......................................................................................................................................................................... tak balik ukm hari isnin!!!!!!!!!!!!
tapi balik hari ahad...huarggggggg!! sedih gila....

untuk hilangkan kesedihan aku ni,aku pon beli la keropok lekor dan makan sorang2 sambil taip entry kat blog..tengok walaupon aku ni tak sesibuk korang tapi aku masih ada masa untuk post entry ni tahuuu...walaupon aku terpaksa korbankan masa makan aku..sehari sekali je makan nasi..da rest,makan roti kat kuliah,minum milo mase wat assignment, makan jajan mase jumpa lecturer...owhhhmann...

lastly aku muhasabah diri aku sendiri.untuk mengelakkan aku daripada down dan menangis teresak-esak.huhuhu..aku cakap kat diri aku sendiri "inilah perancangan Allah yang terbaik untuk aku".

ok itu saja enrty hari ni...so sapa yang tension,stress bagai boleh la muhasabah diri jugak. ingat bahawa perancangan kita bukan selalu terbaik tetapi perancangan Allah adalah perancangan yang paling baik..

wasalam..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...