awak klik saya happy =)

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

raya @ MOA


Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas, aku dengan opismate telah dijemput untuk menghadiri open house di cawangan antarabangsa MOA. Kelass kaw jahh antarbangsa jemput kaw..kaw ado? ;p

Oppss jgn nak megah sangat ohkey..orang antarbangsa tu tak kenal aku pon.aku ni hanya menumpang praktikal pada yang sudi…tacing sangat kononnye..muahahha.

Keesokan harinya aku dengan opismate dijemput plak untuk menghabiskan makanan jamuan raya MOA..yg ni memang aku suke.banyak sungguh makanan fevret aku sampai perut aku tak muat nak masuk makanan dah..walaupun jamuan raya MOA tapi bukan buat kat MOA..tapi buat kat MAEPS Serdang…ni hah gambarnye kat bawah..aku amik kat google je sebab mane la ade mase nak snap2 ni…hik3
 
Besar maeps ni..boleh buat wedding very the vass punya..jemput sekampung katenye..

Kalau dari Putrajaya xda la jauh sangat.dalam 15min da sampai.sebab jalan tak jam langsung.langsung ok!

Sampai je MAEPS da terhidu bau-bauan makanan yg sedap-sedap belaka.wahhh mate bulat bersinar! Ibu mengandung pula teruja baby nak makan banyak.kaw ado?

Malas da nak tulis panjang2 baik hangpa semua layan jela gambar kat bawah ni.kalau rajin ceq explain sikit2 naaa….zassss!

Cuba anda bayangkan sebelum pergi da bambam begini,bagaiman pula hasilnya selepas puas melantak???
tsk tsk...

sebelum berangkat..1st time bergambar dgn logo agensi.bajet nak buat ucapan salam perantauan sekali tapi rase annoying lak.hoh!

 opismate...k.ira,seri,k.zira

 opismate lagi......sebelah seri tu Piang.Sabahan okeh..

 sampai di MAEPS Serdang...ade HAZIQ artis yg aku tak kenal sangat.wahh bajet macam kaw kenal semua artis kan jahhh...

 warga-warga MOA...masing-masing sibuk makan.aku kalau bole memang nak penuhkan satu meja dengan makanan..tapi....*harap sedar diri ye...hek3

 opismate..ibu2 mengandung..weeee ;)
tu die nom nom nom...yg ni aku da melepak kat meja orang lain sebab meja orang tu lagi banyak makanan dari meja aku...hohhooo tak senonoh punya budak.

 opismate lagi.....tudung biru tu k.seri...aka seri senior..hehe

finally FP dengan opismate..weee ;)
nak peace2 lagi budak ni..rase macam nak sekeh je si tudung hitam tu..pantang nampak kamera.macam jakun pon ade..hohh!

alhamdulillah ats rezeki yang Allah berikan.mudah-mudahan tahun depan dapat lagi merasa nikmatnya berhari raya.. thanx to my opismate yang sudi abadikan kenangan ini sepanjang berada di MOA...

Salam sayang

Monday, September 3, 2012

ukhuwah


Salam aidilfiti,,

Sebelum mula menulis kena tiup-tiup sikit bagi buang habuk.fuhfuhhhhhhh..da bersih baru la rajin nak menulis.acececehhh rajin ke ? ;p

Raya dengan family sudah, dengan kawan2 sudah dengan husband bila lagi..wahhhh gitewww…bese la umur da 22 tahun ni masing2 da bertanya bila nak makan nasi minyak sendiri, bila nak beraye rumah mak mertua,bila nak tu bila nak ni.waduhhh kecapean lor nak jawab……


dengan tuan rumah miss ajiq..
atas dari kiri: kamal,emy,ejan,zul
bawah dari kiri:ajiq,ain,didi,me..

kawan terbaekkk!

happy family...wahhh gitewww


Pape pun raye tetap raye, happy aid mubarak tuk kawan-kawan yang tak dapat jumpa. Next year jumpa ok? Deal…..

semoga tahun depan lagi ramai yang memeriahkan konvoi raye ni..actually mase mula-mula dulu ramai yang join.tapi makin lame makin sikit sebab masing2 da ade komitmen lain.yang keje la yg belajar la.so ini jela yang dapat dikumpulkan untuk tahun ini.ada lagi muka2 biasa yang takde dalam gambar ni. pika balik kg,mai balik kg,topek beraya dengan family,zehan MIA.
mereka ni la kawan-kawan aku sejak zaman bangku sekolah lagi.ada la dalam 10 tahun lebih berkawan..semoga ikatan ukhuwah ini kekal sampai bila-bila ok?

salam sayang....

Monday, August 13, 2012

raya dulu-dulu

assalamualaikum..

seriously aku rase jeles dengan budak-budak.aihh mental ape aku ni dengan budak pon  nak jeles? =.=! haha.jeles sebab masa ni la pada aku time kemuncak keseronokan nak sambut raya datang. kalo duduk kat area kampung lagi la meriah jemah oii... main mercun tak hengat dunia. lawan-lawan main meriam boom kebaboom. pastu siap lawan-lawan lagi rumah sapa paling banyak pasang pelita..pastu kalau beli bunga api maw kongsi satu kampung.main kat umah jiran-jiran.ronda-ronda tengok pelita kat kg orang lain..oii rindu nokss.sekarang ni aku duduk kat putrajaya.suasana macam tu memang tak ada.tak ada orang main mercun or meriam.tak ada orang pasang pelita.tak ada nak sibuk-sibuk buat kueh raya kat dapur malam-malam. pastu tak ada nak kecoh-kecoh pasal langsir la,karpet la,sarung kusyen la.pastu kumpul adik-beradik tengok sape paling banyak dapat kad raya.kad raya yg best2 kitrg akan bce kuat2 pastu tampal kat dinsding rumah.haha .tapi sayang noks kad raye yang aku simpan semua da hilang dilanda banjir beberapa tahun yang lepas,sob3..kalo tak bole la gak bace semula time nak raye ni. nak harap ada orang bagi kad raye lagi memang tak la....alahai rindu sangat nak rasa suasana tu lagi.

yg tu time dekat-dekat nak pose.kalo da raya kurang sikit orang main mercun meriam sume.nak2 pas hari raye ke-4...paling best masa raya bila dapat melantak makan banyak2 pastu dapat lak duit raya seguni..sehari sebelum raya mesti ramai orang yg hantar ponjongan makanan kat rumah.ponjongan tu macam kte hantar lauk kat rumah orang.so waktu berbuka nanti banyak la lauk pauk kadang2 sampai tak muat nak letak kat meja noks...wahwahwah memang bahgia sokmo ler...perut kenyang hati pon senang nokss..

sekarang ni nak makan banyak2 pon xboleh sangat.nak kena jaga badan jaga kesihatan.kecik-kecik dulu rugi la sape yg tak melantak banyak2.sekarang ni makan lebih sikit je naik nye da berkilo-kilo.aisshhh.duit raya pon kalo ade yang sudi nak bagi ade la.kalao tak gigit jari jela tengok adik-adik dapat diut raye..keh3..

lagi 6 hari je nak raya.mud nak raya dah meletop-letop ni uolss..pergi pejabat pon otak asyik ingat nak balik raya je..dok putar-putar lagu raya 24 jam...keh3.

ok la tu saje kisah raye dulu-dulu..
kbai ~ wasalam


Wednesday, May 9, 2012

melbourne part 3: our journey

assalamualaikum...

harini aku akan kongsikan gambar-gambar masa pergi ke melbourne hari tu..serius rindu suasana kat sana and hopefully dpt  jejakkan kaki ke sana semula.amin.

sorry geng terlampau malas nak upload kat fb, so korang layan kat sini je k.*cc: bestie2 g merengek nak tengok gambar..hehe*

sila klik gambar untuk tumbesaran berganda


spencer street
baju,beg,kasut murah2 taw! *nampak tu $5 je  bju kat situ*


la trobe university
tempat shooting dingin lavendar ;)


sciencework
untuk sesiapa yg sukakan sains. best!


maru mini golf...
owner maru bagi main free
*cayang uncle ;)*


MELBOURNE CITY
sejukkkkkkk !


MELBOURNE MUSEUM

konon-konon buat photoshotttt lettew!!


MELBOURNE AQUARIUM

mr.penguin sgt comell..rase nak picit2 jeeeeee....


SOUVEREIGN HILL, BALLARAT
perkampungan koboi, cultural village, gold museum
tempat paling aku suka ;))


sekitar melbourne museum,ballarat, melbourne library...
tetiba terasa nak baring2 atas rumput kat depan library PTSL...
haha 

ok readers tamat sudah our journey in Melbourne. next plan kita ke Singapore plak ok!
insyaAllah.

alam ini terlalu indah untuk dinikmati, merantau lah untuk melihat tanda-tanda kebesaranNya

Sunday, April 15, 2012

melbourne part 2: welcome to melbourne ;)

Welcome to melbourne ;)
Alhamduillah dengan izinNya sampai juga aku kat bumi mel ni.. sampai je di Melbourne Airport terus tengok mel dari atas kapal.seriusly sangat cantik. Bumi mel waktu malam umpama taburan emas dan intan berlian. Bercahaya bersinar2…untung la aku dapat seat yg kat tepi tingkap. Boleh tangkap gambar awan,sunset sekali.
Nak masuk mel bukan senang.rule dia sangat ketat dan banyak prosedure. Kebetulan waktu aku nak lepas imegresen tu dapat org yg agak serius. So terpaksa berpisah dengan kawan2 lain. Masa tu Allah jela yg tahu mcm mana jantung aku dup dap dup dap..rasa nak gugur jantung bila dia arahkan anjing yg ada kt situ untuk cium setiap beg dan org yg ada kat situ.aku  masa tu da rasa nak nangis sgt.aku mmg ada bad story dgn anjing ni.sampai sekarang aku fobia bila nampak anjing. Dengan troli beg rosak lagi.mmg ktrg ni jdi perhatian ramai. Tapi org kat mel baik sgt. Berkali2 die mintak maaf kat ktrg sebab troli tu.bkn slh dirg pon sebenrnya.kiterg yg tak reti guna.hahaha.
Lepas selesai semua urusan imegresen, ktrg pon bertolak ke homestay. Sampai je pintu keluar airport masing2 menggigil kesejukan…memang sejukk!tak sure suhu berapa degree tapi angin die memang la kusss semangat. Bertolak dari airport ke  homestay naik maxi taxi.macam van letak dan naik ukm punya ;) ada 10 seat dan sangat2 selesa.kebetulan org yg bwk tu org islam gak,so terus mintak num fon supaya senang bila nak balik mesia nanti.
Perjalanan dari airport ke Coburg xdala lama sangat.dalam 20min je da sampai. Malang tidak berbau,rupa2 nya malam tu kawasan Coburg terputus bekalan elektrik sebab ada angin kuat.pokok plak tumbang  menyebabkan wayar elektrik terputus. Banyak betul halangan . tuan rumah tu ktrg panggil abg bad dan kak amy. Abg bad ngan wife die student gak kat mel ni Cuma lain uni je. Abd bad belajar kat RMIT (Royal Melbourne Institute of Technology) then kak amy plak belajar kat Melbourne University.
Overall, rumah tu ok selesa gak la.Cuma part tandas je kurng sikit. Dierg memang style tandas xda pili.so, kalo nak buang hajat tu kena la berangkut air guna baldi dari shower.tandas plak nak sentiasa kering.kalo basah kita y kena lap sendiri guna mop…rasa macam cerewet gak owner ni..huuuu. kat sini memang abg bad suruh ktrg berdikari sendiri.da makan kena basuh sendiri,lap and simpan pinggan dalam rak. Bersihkan meja, sapu lantai,bersihkan dapur.k.amy tu masakkan je tuk kitrg. Untuk lunch plak ktrg kena bawak bekal guna tupperware.then tupperware tu kena bawak balik,cuci dan guna lagi untuk hari seterusnya. Jimat kononnya. So ktrg y terlebih rajin ni memang kadang2 malas la kan nak bawak bekas kotor dalam beg. Apa lagi pecahkan jela tupperware tu buang dalam tong..haha.settle tak payah nak bawak balik tupperware semula ;0
Lagi satu org kat mel sgt ramah dengan org luar. Dierg akan offer untuk amik kan gambar bila nampak kta..suke2! dierg akan lambai2 kat kta kalau kte tersenyum kat dierg..cute sgt lagi2 yg masih lagi budak2…serius rasa nak cubit,gigit cuping telinga kecilmu…huuuuuuu…public transport kat mel plak byk and senang sgt kalau nak gerak ke mana2..tren,trem semua ada setiap 5 minit. So kalau terlambat tak payah nak lari sangat lar..haha. lagi satu yg aku jatuh cinta dengan mel ni adalah bangunan nya..ya Allah cantik sgt.bangunan lama semua dijaga and pelihara dengan baik. Sampai ada satu bangunan lama ni tinggi mcm nenara tapi da xleh pakai lagi. Nak taw die buat apa? Govement situ buat mall kat sekeliling bangunan tu .bentuk mall die bulat and tgh2 ada lagi bangunan bulat.l.nice sgt.iye la negara maju memang semua cantik. Terjaga,bersih, udara pon nyaman. I luv mel ;) insyaAllah kalau ada rezeki lagi, nak jejak mel untuk kali ke-2. Xpon ajak mr.hubby tuk honeymoon ke mel.yeahhhh! Doakan ye kawan2..

layan sikit gambar2 di melbourne ;)


subahanallah cantik kan awananoo di waktu pagi ;)


depan homestay abg bad dan kak amy ;)

coburg station..stesen kereta api paling dekat dgn rumah


dalam trem ke Southern Cross


otw ke Coburg Station,,,muka happy je semua ;)
(padahal menahan sejuk)


Friday, April 6, 2012

melbourne part 1:packing

assalamualaikum,,
selamat malam.

saat entry ni tertulis,genap jam laptop aku pukul 1.01am...baru beberapa jam balik dari meronggeng mencari barang2 keperluan di TS (time square).arg tak perlu kot mention beli barang kat mana. ada kawan aku cakap shopping kat TS mcm shopping kat pasar malam.perhh gilo kaya die ;| ok just a silly joking.haha. actually enrty  ni aku tulis sebagai tanda kenangan antara aku dan melbourne. saat ni aku tak bertolak lagi ke melbourne. flight aku pukul 1.30pm hari jumaat bersamaan dengan 15 Jamadilawal 1433 hijrah ataupon dalam bahasa omputihnnya 6 april 2012 bersamaan dengan musim luruh di melbourne ;)

seriuslly aku memang tak pernah jangka akan dapat peluang macam ni .peluang yg dtg sekali seumur hidup. Allah bagi peluang kpd aku untuk merasai hidup diperantauan.terima kasih ya Allah. nak sampai ke tahap ni memang  byk sgt halangannya sampai aku down,lemah,merajuk,menyampah,meluat semua ada pada satu2 masa tu. sampai satu tahap yg kritikal,aku tak nak jumpa langsung dengan ahli kumpulan aku.aku melarikan diri drp mereka. jahatnya aku. tanggungjawab yang da diamanahkan kat aku,aku tak jalankan dengan baik.ampunkan aku ya Allah. ;( yg tu part kerja berkumpulan.memang sgt2 mencabar keprofesionalan aku. cukupla yg tu hanya aku dengan Allah je yg tau.

malam ni pula jam laptop aku menunjukkan pukul 12.45 am.. yerpp still tak tidur lagi sebab gigih menyiapkan assignment =.=! esok pagi da nak pergi tapi assignment baru nak siapkan.bagus betul budak ni..huargggg...
batch one da selamat naik flight pada pukul 9.30pm tadi.. curious nak taw kat mana la dierg sekarang.lenakah tido mereka. apa yang mereka buat. hanya doa dari jauh saja yang aku boleh kirimkan. insyaAllah esok malam giliran aku pula menyusul sampai ke sana..doakan kami semua selamat

dear coursemate, have a safe journey whereever you are..pulau redang or melbourne.. struggle for your holiday okiesss.. take the opportunities also chance given by God! last but not least, happy holiday guys!

lot of love,,
Melbourne City Night - Melbourne, Victoria

melbourne city during midnight ;)
subhanallah cantik ;))

Monday, October 24, 2011

kem bukit lebah melaka,,,

assalamualaikum...

beberapa minggu yang lepas Jabatan Mekanikal Politeknik Johor Bharu telah menganjurkan program kem jati diri di Kem Bukit Lebah Melaka.musykil tak kenapa plak tetiba aku ada kaitan.hehe..senang cite aku tolong jadi fasi la kononnya.xdala fasi sangat pon,tolong-tolong je pape yang patut.

actually tak taw menahu pape pon pasal kem ni.masa nak pergi tu la baru sibuk tanya cousin kem kat mane,sapa yang anjurkan,ingatkan kem untuk pelajar sekolah menengah sekali amik student poli kaww..dengan tak ada apa-apa preparation aku pon redah je.nak jadi apa pon jadi la.

otw ke sana da satu hal,tak tahu jalan.sesat je manjang.last-last sampai sana da dekat pukul 11 gak.briefing2 kejap,then masuk tido...next aktiviti jom kte cekedautt kat bawah...=)


kem ni cantik taw...mase ni tengah program kembara hutan.ni la gua bukit lebah ..kalau ikut cerita orang2 kampung kat sini,gua ni dulu pernah jadi tempat pemujaan..seram kan..


masa ldk hajarul aswad..cool je gambar nie..^^


ni la puncak bukit lebah.hooyeahhh berjaya juga mendaki sampai ke puncak!!


hukuman baldi untuk group yang kalah..haha basah lecun semuanya..
k.a.m.i!!!! piston.....boom meletuppp!!


lastly,keratan akhbar program dlm papar sinar ..first time kot masuk paper.rasa tak rugi join program ni...

neway thanx a lot kat korang semua yang sama-sama menjayakan program ni.pasni kena selalu keep in touch dan semoga jumpa lagi laen kali..^^

Thursday, September 22, 2011

takziah...

assalamualaikum...

takziah untuk k.anis(my roomate) yang bru saja kehilangan tok wan mlm tadi..aku juga pernah merasakan kehilangan yang sama dengan apa yang dia alami sekarang.
mengimbas kembali detik itu teras ingin menitik air mata.
arwah atok pergi pada bulan ramadhan, disaat kita semua ghairah menunggu ketibaan syawal..
terasa lemah tubuh badan mendengar perkhabaran tersebut tapi lebih terkilan kerna tidak dapat menatap wajah arwah untuk terakhir kalinya.
tidak sempat memohon maaf atas kekilafan diri ini.
tidak sempat mengucup sejuk dahi arwah.
tidak pernah mengurusi arwah sejak dia sakit....
terkilan dengan itu semua...
tapi apakan daya,takdir telah menentukan arwah diambil oleh Pencipta, aku redha..
merelakan pemergiannya walaupun sebak masih terasa sehingga kini...
kubur arwah tidak pernah kujejaki..
betapa bersalahnya ku rasakan..
arwah terlalu menyayangiku,terlalu memanjakanku
menjagaku sejak kecil...
tetapi apa yang aku  lakukan untuknya?
jasanya tidak sempat kubalasi.
setiap kali ramadhan tiba,hatiku sebak,tidak mampu melupakan saat itu..

yang termampu hanya kiriman secebis doa dari cucunda yang jauh..
~Alfatihah~

Sunday, June 19, 2011

holiday dulu sebelum exam..teehee !

assalamualaikum readers..

bangun pagi-pagi terus semangat nak update blog...tak sedar diri badan sakit2 segala bagai.tu la bila nampak air da tak ingat benda lain da..maw berenang puas-puas sampai lebam gamaknya.hamik kaw sekarang badan da sengal-sengal segala bagai.

bercerita pasal percutian kali ni,wa cakap memang terbaek la dari kawan-kawan wa...have fun sangat-sangat.hilang segala tension mention yang ada kat kepala ni..tak sia-sia cuba main banana boat untuk kali yang pertama.oucchh kesian kan sebelum ni tak pernah main pon. thanx to syu.dia yang beriya-iya nak main sampai jatuh-jatuh ni.kalo tak,, mesti tak merasa telan air laut masin tu kan..huhu..neway korang memang best sesangat..tak rugi nak pergi PD lagi tuk next,next and next time...^^

Lepas ni da boleh bodek-bodek mak,abah semua wat family trip kat sini....sebelum ni tak maw pergi sini sebab ada orang cakap air tak bersih la kotor la macam-macam lagi.tapi bila da pergi tengok sendiri dengan mata kepala ni,,baru la,,omjieeee!!! jernihnya air....serius tak tipu..siap boleh nampak lagi kaki kat atas pasir..see tak kan macam ni clear pon korang nak cakap air tak jernih kan..so tuk lebih yakin lagi korang boleh double cek sendiri...^^

ok da puas menbebel apa kata kite cekedaout sikit gambar2 yang kami snap2 kat sane...teehee ^^


ni masa round pertama tercampak dalam air..terkezutt beruk gamaknya..!


konon2 nak wat muka orang lemas...
tapi yat wat tak taw je...
sibuk ngan photoshoot die ;)


yang ni masing2 da boleh apungkan diri..so nak tunjuk bakat la tu..hik3

sweet!!! like sangat picture ni...thanx too aso the photographer ;)


candid pic,gambar curi terbaek dari yat ;)


ingat tak tempat ni?before ni pernah gak pergi mase otw ke bagan lalang..so this is my second time here ;)


awesome!! nice,gedik, cun sangat gambar nie..thanx to ain the photographer ;)

p/s: lepas ni exam da..then cuti,puasa, raya...woooaahaaaa!!! cuti ni kumpul wit banyak2 and waiting for the next holiday trip..sangat teruja nak pergi australia nov nie....doakan semuanya berjalan lancar yer friends ;)


till next post ya...
^^




Friday, June 17, 2011

ice skating at sunway

assalamualaikum readers...
ok pagi-pagi bangun terus ingat nak hupdate blog...
bajet excited semalam pergi main ice skating ^^
first time and last time kot..hehe..kalau pandai main nak gak saya pergi 2 tiga kali main sampai lebam =.="
ni main asyik pegang dinding lepas tu jatuh golek2 atas ais...tutup muka jela..kih3..
tu la saya,main ice skating sampai jatuh-jatuh segala bagai..bagun tidur je masih terasa ais kat pungguung..
sakit tu...gedebuk macam nangka busuk..anyway enjoy sangat dengan kawan-kawan yang join semalam.
korang memang best,terbaek!! lain kali kita pergi tempat lain pulak key ^^
okey la sapa2 yang belum lagi cuba kena cuba at least sekali seumur hidup ye dak...tak kan da tua nanti baru nak cuba semua benda..aishhh kang patah tulang temulang..
ok enjoy these pic yer ^^


gloves kami,,,cumilkan kaler die...^^


team ice skater ukm...acececech bajet je..=.="

yang baju ala-ala zebra tu la sifu saya...
thanx nas ^^


gaya macam skater handalan tak?? muntah hijau =.="

special edition punya cover bagi team kami..keh3..


lastly snap a pic dulu sebelum balik okey....
enjoy!!

p/s: kalau da diberi tanggungjawab tu sila-sila la buat dengan sebaiknya..jangan asyik nak tegakkan benang yang basah je..lama-lama orang naik muak dengan kerenah manusia yang macam tu...
(..pesanan untuk diri sendiri juga..)




Friday, November 12, 2010

cheritera aku,dia dan kamu

tengok tajuk kat atas macam tajuk2 novel je kan..memang aku nak wat novel pon.novel satu sem kat ukm..haha banyak sebenarnye yang aku nak cerita tapi malas la.kang semua orang bosan lak.bek aku letak gambar je korang discribe sendiri.mana taw blog aku leh jadi fofules macam blog Erine Nadia Marcellow tu..ala xkan tak kenal kot..pernah jadi cover girl majalah ape tah.lupe la.. orangnye cumil,bergaya,bijak dan yang paling penting gambar yang dia letak semua sangat2 menarik.yela abg dia kan photographer..mesti la dia yang jadi model..fotogenik lagi..ceh stalker glek aku ni..huhuhu..tak ada la suke tengok blog dia yang ceria meria tu..

tengok aku da melalut ni.tape2,berbalik pada blog aku..kat sini aku nak share kenangan2 terindah dengan yang tersayang dan disayangi oleh semua..aku la tu..haha (gelak orang perasan)..sila la jenguk2 mana2 yang berkenan yer..erk maksud aku gambar yang korang rasa cute..hehe (bukan orangnye)

pe lagi jom kte usyaaaaa!!!!
.
.
.
.
.
.

shopping time tuk anak-anak dara yang sangat cumil!!!


beli baju je,,


terbeli kasut pulak,,


tengok hasilnya semua kami borong sakan,,aisshhh..


hari pra statistik di UM


orang lain sibuk mencari bahan kiterg p bergambaq na..


setelah penat berjalan kesana kemari..xwat pape pon penat..


ni la mastermind kos kami,,ohh ayahanda!!



alamanda putrajaya...


teringin nak nek bende ni tapi tak muat pulak,,


aksi dalam tandas,,panas!!!
hahaha,,,



cehh anak sape yang rajin sangat tuu,,,


study kat PTSL...sejukkkk!!!


cik syuhada lapo saye tolong cuapkan,,,
nyamm2 ala2 secret recepi gitu...


orang belakang tu marah kat kite la,,,


jangan tiru aksi ini,,
huhu..

yer ini lah kehidupan saye selama satu sem..blajonye cume berape kerat je..laghanye berkerat2..
sem depan kena tingkatkan lagi ni usaha-usaha membanteras gejala2 lagha..
hahahaa..
pape pun student's life memang best ever after la...

p/s: sem depan nak pergi Genting, Sunway Pyramid, Sunway Lagoon, Pulau Redang,blablabla....
hahaha..perancangan awal,,,,

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...