awak klik saya happy =)

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

rezeki

assalamualaikum...

hari ni nak cerita pasal rezeki.

on the way nak balik ukm tadi cousin aku asyik bercerita pasal musim buah.
kemudian kawan dia pon bukak cerita yang dia teringin juga nak makan rambutan walaupon semlam baru je beli. tapi harini dia rasa nak makan lagi.aku hanya mendiamkan diri sebab masih tidak berkesempatan nak balik kg makan buah tempatan. beberapa hari lepas mak tepon,mak cakap mangga kat tepi rumah da masak ranum.sedap katanya.aku suruh mak simpan sampai penghujung minggu ni. mak cakap takut busuk. aku pun diamkan diri lagi.
masa dalam perjalanan tadi memang banyak gerai jual buah tapi keinginan nak beli tu start masa tiba kat gerai terakhir. berkobar-kobar nak beli rambutan tapi hampa. rambutan seikat rm10 dan kulit da hitam pon.agaknya dia tengok aku ni macam budak2 kot.senang nak kena tipu. aku tak jadi beli.balik semula ke kereta dengan tangan kosong. cousin tanya kenapa tak beli.aku jawab tak selera nak beli.huhu...

sampai ukm, masuk bilik je cousin tegur durian la...aku tersenyum lebar..Allah tak nak aku beli kat semua kedai tadi sebab Dia da beri rezeki tu percuma =)
rasa nak menangis je.syukur Alhamdulillah.




doa untuk dimurahkan rezeki:
amalkan selalu insyaAllah akan diberi =)

ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah

assalamualaikum..
salam maal hijrah readers sekalian.
semoga tahun ibadah kita tahun ini diterima olehNya dan dapat mempertingkatkan lagi kualiti ibadah kita ditahun seterusnya..
bagi sesiapa yang belum membaca doa akhir tahun,
mari kita sama2 membacanya dibawah.

Doa Akhir Tahun Hijrah
doa akhir thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Doa Awal Tahun Hijrah
Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
doa awal thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

Monday, October 31, 2011

our life,,

assalamualaikum...
fikir-fikrkan dan selamat beramal
~pesanan untuk diri sendiri~


klik gambar untuk pembesaran maximum

Wednesday, October 26, 2011

tettt......

Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya. 

Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).

Tuesday, March 29, 2011

examination nervosa !!

assalamualaikum
my dearest friends, readers and followers
how are you peeps?
hopefully everything will be fine okei...

examination nervosa adalah kenervesan bila da dekat time nak exam.
pasni jangan rindu-rinduan yer bila lama tak hupdet blog.
haha
azam sem nie adalah maw study smart , buat yang terbaik , berusaha bersungguh-sungguh dan mahu rajin- rajin jumpa lecturer kalau ada benda yang tak paham. harap-harap Allah memberi kemudahan kepada saya dan rakan-rakan yang lain dalam menempuhi dugaan ini. juga dikuatkan hati untuk sentiasa istiqamah dalam mengerjakan amal makruf nahi munkar.amin.
insyaAllah kalau niat kita baik ,Allah pasti akan tolong.ye dak?

yang penting restu ibu bapa .kalau agak- agak jiwa kacau hati tak tenang, serabut-serabut slalu,balik la rumah sekejap.mungkin mak ayah kita rindu kan kita. sebab tu kita rasa tak tenang. jangan terlampau risau balik rumah nanti tak study.bila mak ayah kita gembira dengan kita, ilmu senang masuk. keredhaan Allah tu terletak pada keredhaan ibu bapanya kan. so gembirakan hati mereka dulu sebelum exam nie.mudah-mudahan pintu rahmat terbuka untuk kita dan memudahkan segala urusan kita.

ok tak maw tension2 yer. exam nanti jangan jawab soklan macam kat bawah ni pulak yer..
teehee ^_^










haha serius lawak tengok gambar ni sume..
ok jumpa lagi next time !!


p/s : doakan yang terbaik okei....

Friday, January 28, 2011

Aku Terima Nikahnya..

...Assalamualaikum...
selamat malam semua!!!
ye memang saya akan bernikah.
tapi bukan sekarang, tunggu masa dan ketika yang sesuai iaitu apabila jodoh 
dah sampai seru...
sekarang masih lagi dalam proses mengenali diri sendiri dan orang sekeliling
dan masih lagi mencuba untuk memahami pengertian Baiti Janati..
InsyaAllah..

sabtu dan ahad ni mencuba untuk lebih mendalami ilmu rumah tangga
dalam kursus kawin yang saya sertai..
moga dapat manfaat daripadanya..

lastly untuk mengenal diri bukan satu proses yang mudah.
kadang-kadang terkeliru juga dalam mentafsir hati dan pemikiran yang saling bercanggah..
mengenal orang lain juga memerlukan ilmu.
bukan main redah je judge orang macam tu macam ni.
sometimes benda ni nampak remeh tapi sebenarnya besar impactnya pada hubungan kita dengan manusia.
saya tidak pandai menulis mahupun meluahkan.
apa yang ada ni adalah peringatan untuk diri sendiri
supaya dapat manfaatkan segala ilmu dan pelajaran yang dikutip dimana-mana.

kalau berminat baca la buku ini
...
...

tajuk memang best..
isi lagi la berganda best + mantap = berkualiti
tak rugi rasanya mengutip secebis ilmu dari buku sebegini.
da baca baru taw nak mengenali seseorang tu senang atau susah
pokok pangkalnya 

" tepuk dada tanya iman "
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...