awak klik saya happy =)

Showing posts with label info berguna. Show all posts
Showing posts with label info berguna. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

rezeki

assalamualaikum...

hari ni nak cerita pasal rezeki.

on the way nak balik ukm tadi cousin aku asyik bercerita pasal musim buah.
kemudian kawan dia pon bukak cerita yang dia teringin juga nak makan rambutan walaupon semlam baru je beli. tapi harini dia rasa nak makan lagi.aku hanya mendiamkan diri sebab masih tidak berkesempatan nak balik kg makan buah tempatan. beberapa hari lepas mak tepon,mak cakap mangga kat tepi rumah da masak ranum.sedap katanya.aku suruh mak simpan sampai penghujung minggu ni. mak cakap takut busuk. aku pun diamkan diri lagi.
masa dalam perjalanan tadi memang banyak gerai jual buah tapi keinginan nak beli tu start masa tiba kat gerai terakhir. berkobar-kobar nak beli rambutan tapi hampa. rambutan seikat rm10 dan kulit da hitam pon.agaknya dia tengok aku ni macam budak2 kot.senang nak kena tipu. aku tak jadi beli.balik semula ke kereta dengan tangan kosong. cousin tanya kenapa tak beli.aku jawab tak selera nak beli.huhu...

sampai ukm, masuk bilik je cousin tegur durian la...aku tersenyum lebar..Allah tak nak aku beli kat semua kedai tadi sebab Dia da beri rezeki tu percuma =)
rasa nak menangis je.syukur Alhamdulillah.




doa untuk dimurahkan rezeki:
amalkan selalu insyaAllah akan diberi =)

ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.

Saturday, June 11, 2011

sharing ads with says.my

 assalamualaikum..
petang guys and babes....

sapa cakap nak cari duit senang angkat tangan???owchh memang susah pon kan..kekadang tengok mak ayah cari duit untuk kita, pasti tersimpan pelbagai perasaan kan...

so selain dapat duit dari hasil blogging kita juga boleh dapat duit dari share somethings kat facebook dan juga twitter je dak...

baru-baru ni saya terjumpa application yang bila kita share ads dia,kita boleh dapat duit. lebih kurang macam nuff dengan churp2 juga. so cara-cara senang saja.. kamu-kamu boleh sign in di SINI dan terus klik kat go application ..isi papa yang patut ok..=)

after siap semua..korang boleh terus share ads yang ada kat situ..ikut la nak pilih yang mana.semua best-best taw..follow instructions macam yang saya tunjuk kat bawah ni okei...

untuk tumbesaran berganda sila la klik kat gambar yer...=)




yang num 3 ni, kamu boleh la plan nak tulis apa kat box tu sebelum publish nanti..jangan lupa save sakali taw...=) terpulang la nak publish kat fb ke twitter ke boleh pilih yang mana2 ok..banyak pilihan tu...


bila da publish kat wall, boleh la promote kat kawan2 suruh mereka klik kat tulisan bold dalam box kaler merah tu yer....senang je kan..=) 



ok macam mana pula nak cek rewards kita ye? ok nampak tak kat profile atas sebelah kiri? scroll sampai nampak view your rewards history then klik kat situ taw..nanti nampak la macam saya punya history kat bawah ni...


 saya punya ni baru ciput je..almaklumlah budak baru belajar bertatih...hik3....ada yang dah beribu riban taw.. kalau nak dapat banyak klik kena la banyak promote juga...usaha sikit tak apa kan bukan kena bayar pun kan.....=)

rajin2 cuba la tengok ads kat bawah ni...mana taw ada yang berkenan nak join ke..hadiah lumayan taw..rugi tak tengok dulu....

1. trip to perth...
2. berminat main bungee jump?
3.betul ke ni prema yin yang dlm MV Gambit??
4. ingat x mse kte kecik dlu ada van milo slalu dtg skol kte bgi   milo free?sekarang milo nak bg gift free pula...try sini..


have a nice day guys!!!

Tuesday, May 10, 2011

sejarah hari ibu

assalamualaikum sayangs...
slamat malam semua..da makan belum,kalo belum makn cepat2 taw...
cian perot awak lapar...^^

readers sekalian tahu tak tentang sejarah hari ibu macam ne? ok benda ni sangat serius dan saye rasa saye patot kongsi benda ni dengan readers sekalian. apa yang saye nak tekankan kat sini adalah setiap hari adalah wajib untuk kita menyayangi ibu dan ayah kite sebagaimana mereka pernah menyayangi kite seumur hidup mereka.mak mana tak sayangkan anak? ayah mana tak tak kasihkan anak? even haiwan sendiri sayang dan kasih akan anak mereka. so wajib bagi kita untuk turut membahagiakan mak ayah kite kan =)

ok sekarang saye nak share satu artikel yang saya jumpa di fb rakan saye.artikel ini saling berkait dengan hari ibu yang kita baru sambut baru-baru ini. jom terjahhhh!!

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


so ape pendapat korang meh sini cte sikit......

musim kemarau...

assalamualaikum sayangs..
murning dear..
how your night?
did u sleep well?
hopefully yes...

reader-reader sekalian,ceq nak tanya ni, korang perasan tak sejak akhir-akhir ni cuaca sangat-sangat la panas? rasa tak macam ikan kena jemur kat tengah panas or ikan kena panggang? muahaha rase tak rase tak...kalau tak rase korang memang lemak nipis la...=.="

untuk pengetahuan korang cuaca panas yang melanda sekarang ni adalah disebabkan oleh Ribut Tropika Aere yang sedang melanda utara Filipina. disebabkan negara kita yang terletak berhampiran dengan negara tersebut,maka angin meniup dari arah Barat Daya ke negara kita. tapi kalau korang perasan suhu memang sangat tinggi iaitu menjangkau 36.2 darjah celsius. sampai malam pon ceq tido tak pakai selimut dah.terror tak terror..muahaha..siang lagi la ceq sibuk naa pegang kipas kertas pastu kipas2 sampai la besok dan besok..duduk dalam bilik pon rasa bahang je..

tapi korang jangan risau la next week insyaAllah semua ni akan berakhir..kita doa same-same k..mudah- mudahan hujan rahmat turun kat bumi kite ni. yela tengok pokok-pokok semua da layu.orang pon layu inikan pula pokok yang tak dapat air.korang sabar taw. ^^

nak berita lebih lanjut korang p kaunter jabatan meteorologi tanya pesal Mesia sekarang panas beno..orang Mesia banyak wat dosa ka? (hehe gurau je)..kat bawah ni ceq da tampal da kaji cuaca untuk semua negeri kat Mesia tuk hari ini.. 


Malaysia
Selasa, 10 Mei , 2011
09:00 AM

p/s: maaf naa gambar tak dapat nak muat semua..ceq pon tak taw la napa...
p/s: nak kluaq jgn lupa sapu krim2 kat muka..kang balik2 tengok cermin awat
      hitam macam bontot kuali muka ceq!! pape pon cantek bukan subjektif
      kata matlutfi....
p/s: hangpa semua banyakkan bersabar dan berdoa na...



HAPPY BLOGGING!!!!!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...