awak klik saya happy =)

Monday, December 19, 2011

Sunday, December 18, 2011

rezeki

assalamualaikum...

hari ni nak cerita pasal rezeki.

on the way nak balik ukm tadi cousin aku asyik bercerita pasal musim buah.
kemudian kawan dia pon bukak cerita yang dia teringin juga nak makan rambutan walaupon semlam baru je beli. tapi harini dia rasa nak makan lagi.aku hanya mendiamkan diri sebab masih tidak berkesempatan nak balik kg makan buah tempatan. beberapa hari lepas mak tepon,mak cakap mangga kat tepi rumah da masak ranum.sedap katanya.aku suruh mak simpan sampai penghujung minggu ni. mak cakap takut busuk. aku pun diamkan diri lagi.
masa dalam perjalanan tadi memang banyak gerai jual buah tapi keinginan nak beli tu start masa tiba kat gerai terakhir. berkobar-kobar nak beli rambutan tapi hampa. rambutan seikat rm10 dan kulit da hitam pon.agaknya dia tengok aku ni macam budak2 kot.senang nak kena tipu. aku tak jadi beli.balik semula ke kereta dengan tangan kosong. cousin tanya kenapa tak beli.aku jawab tak selera nak beli.huhu...

sampai ukm, masuk bilik je cousin tegur durian la...aku tersenyum lebar..Allah tak nak aku beli kat semua kedai tadi sebab Dia da beri rezeki tu percuma =)
rasa nak menangis je.syukur Alhamdulillah.




doa untuk dimurahkan rezeki:
amalkan selalu insyaAllah akan diberi =)

ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.

Friday, December 16, 2011

segalanya milikmu...

assalamualaikum..

selamat tidur readers.
opss awat aku tak tidur lagi ni jadi burung hantu nampaknye
malam ni.
ok mud tengah baik nak siapkan assignment HPV perubatan..
hoyeahh2!
mengantuk,mata berat kena cari benda sampingan lain.
blogging!
since da lama blog ni tak dapat kasih sayang yang mencukupi daripada tuan tanah kedaun.
ok la syok2 wat assignment terdengar satu lagu nasyid yang syahdu lagi mendayu..
membuatkan hati ini tertanya2 siapakah gerangan putera raja
yang menyanyi di malam hari ini?
ochhh *pap*pap*
bangun jangan nak berangan je time buat assignment!

ok layan la lagu ni dan hayati liriknya elok2...
gudnite readers.
may Allah bless you!

segalanya milikmu-mestika

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan


p/s:happy bufday bestie!cian die kena baling dengan tepung.hopefully this is the most memorable in ur life
~ may Allah bless you~

p/s:thanx juga untuk bestie yg sama2 menjayakan prank ini ;) love you more!


Thursday, December 8, 2011

perancangan

assalamualaikum....

semalam: yeah yeah nak balik rumah esok..cuti 3 hari,boleh balik hari isnin..(tersenyum lebar sampai ke telinga ^_________^)

hari ini:
lecturer akaun; ok saya da masukkan assignment baru dalam Connect(web subjek) untuk chapter 9 dan 10.due date next week. projek jgn lupa.due date da dekat.

lecturer design: berdasarkan apa yang kita da bincang hari ni,saya nak awak hantar latihan 6 dan 8 next week.latihan 7 awak boleh cuba balik kat bilik nanti.

lecturer perubatan: next week kita ada kuiz pada hari selasa.jangan lupa laporan projek dan juga presentation HPV.

penyelaras: next week kita ada taklimat teknologi maklumat di library.

pengarah program: prof CESMAX nak jumpa hari selasa.

ok tade la buzy sgt kan minggu depan.tapi nak arrange masa belajar tu yang kelam kabut,tenggelam timbul. baru ingat nak restkan otak sehari dua kat rumah.tapi terpaksa angkut semua kerja bawak balik rumah...=.=!..sabar jela.nak cansel balik macam tak boleh da, banyak sgt alasannye,antaranye :

1. homesick! (rindu family)
2.rindu anak sedara
3.tak lalu da nak ngadap makanan kafe
4.rindu kucing =.=!
5.wit poket da nak kering.

hehehe...da xbole nak ckp xjadi da..lgi satu adik asik tanya je bila nak balik .taw la boring duduk umah sorg2 xde geng nak wat gaduh..huhuhu.balik nanti kita gaduh ok!

so disebabkan perancangan awal untuk balik 3 hari da macam wujud tak wujud je,dengan ini aku da buat keputusan nekad! sebulat suara! sebulat hati untuk ......................................................................................................................................................................... tak balik ukm hari isnin!!!!!!!!!!!!
tapi balik hari ahad...huarggggggg!! sedih gila....

untuk hilangkan kesedihan aku ni,aku pon beli la keropok lekor dan makan sorang2 sambil taip entry kat blog..tengok walaupon aku ni tak sesibuk korang tapi aku masih ada masa untuk post entry ni tahuuu...walaupon aku terpaksa korbankan masa makan aku..sehari sekali je makan nasi..da rest,makan roti kat kuliah,minum milo mase wat assignment, makan jajan mase jumpa lecturer...owhhhmann...

lastly aku muhasabah diri aku sendiri.untuk mengelakkan aku daripada down dan menangis teresak-esak.huhuhu..aku cakap kat diri aku sendiri "inilah perancangan Allah yang terbaik untuk aku".

ok itu saja enrty hari ni...so sapa yang tension,stress bagai boleh la muhasabah diri jugak. ingat bahawa perancangan kita bukan selalu terbaik tetapi perancangan Allah adalah perancangan yang paling baik..

wasalam..

Wednesday, November 30, 2011

entry khas; selamat hari lahir mak!

assalamualaikum..
selamat malam readers and friends..


1.12.11
tarikh cantik kan..
dat my mum's birthday ^____^
alhamdulillah dapat lagi menatap wajah mak sampai sekarang....
selamat hari lahir yg ke --  acececeh..
walaupun mak da berumur tapi mak tetap muda dihati anak-anak mak..


mak,
sempena hari lahir mak,org  doakan semoga mak sihat selalu, bahgia disamping abah dan juga anak2
 mak.yang penting baahgia dunia akhirat.amin.
org taw,org nakal, tapi mak tetap sayang kan.lebiu more!
semoga Allah sentiasa menjaga mak dalam apa juga keadaan.
nak tulis panjang2 xmampu da.
rase nak tacing je...
*homesick*


p/s: 301111 dapat anak saudara baru..alhamdulillah...
tersenyum dimalam hari...



Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah

assalamualaikum..
salam maal hijrah readers sekalian.
semoga tahun ibadah kita tahun ini diterima olehNya dan dapat mempertingkatkan lagi kualiti ibadah kita ditahun seterusnya..
bagi sesiapa yang belum membaca doa akhir tahun,
mari kita sama2 membacanya dibawah.

Doa Akhir Tahun Hijrah
doa akhir thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Doa Awal Tahun Hijrah
Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
doa awal thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

Monday, November 21, 2011

selamat pengantin baru cikgu,,,

assalamualaikum,,
ahad yang lepas faz ada attend wedding cikgu masa sekolah menengah dulu.
tema ala-ala pink purple gituu.
memang nice and gojes sangat .
bila tengok lama-lama rasa macam nak kawin pon ada.
tetttt ^_____^


wishes untuk beloved teacher:
happy wedding!
selamat pengantin baru untuk cikgu zana dan hubby terchenta.
semoga alam baru ni dapat ditempuhi dengan sabar dan tabah.
kami anak-anak sardin cikgu berharap dapat tengok cikgu timang baby cepat2...
^_^
kbai!!!!

Wednesday, November 2, 2011

midsem,,

assalamualaikum..
hooyeah hooyeah midsem da abis ^____^
lapang sikit dada bila satu paper da lepas..
paper killer plak tu..
lepas ni bertawakal jela supaya result cantek-cantek xda cacat cela..
 bila bukak fb tadi ternampak satu wall post ni..
terus tergelak...
macam terkena kat batang hidung sendiri plak...

amacam???
ala da taw mesti korang tak macam ni kan....
^____________^
kbai!

Monday, October 31, 2011

our life,,

assalamualaikum...
fikir-fikrkan dan selamat beramal
~pesanan untuk diri sendiri~


klik gambar untuk pembesaran maximum

daily life

Wednesday, October 26, 2011

tettt......

Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya. 

Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).

Tuesday, October 25, 2011

husband should read this...

assalamualaikum...
entry kali ni nak khususkan pada laki-laki yang kat luar sana..
my future hubby too =)
semoga lepas je baca entry ni dapat memahami jiwa kami dan menerima kami seadanya..

entry dalam english sebab copy paste dari tumblr kenalan...

“Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she “pushes” you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not “make” them on her own.

Love her…when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her…when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she’s beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She’s yours so appreciate her.

Love her…when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don’t like. Smile and tell her it’s what you’ve always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don’t ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don’t need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman’s Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives.”


Monday, October 24, 2011

kem bukit lebah melaka,,,

assalamualaikum...

beberapa minggu yang lepas Jabatan Mekanikal Politeknik Johor Bharu telah menganjurkan program kem jati diri di Kem Bukit Lebah Melaka.musykil tak kenapa plak tetiba aku ada kaitan.hehe..senang cite aku tolong jadi fasi la kononnya.xdala fasi sangat pon,tolong-tolong je pape yang patut.

actually tak taw menahu pape pon pasal kem ni.masa nak pergi tu la baru sibuk tanya cousin kem kat mane,sapa yang anjurkan,ingatkan kem untuk pelajar sekolah menengah sekali amik student poli kaww..dengan tak ada apa-apa preparation aku pon redah je.nak jadi apa pon jadi la.

otw ke sana da satu hal,tak tahu jalan.sesat je manjang.last-last sampai sana da dekat pukul 11 gak.briefing2 kejap,then masuk tido...next aktiviti jom kte cekedautt kat bawah...=)


kem ni cantik taw...mase ni tengah program kembara hutan.ni la gua bukit lebah ..kalau ikut cerita orang2 kampung kat sini,gua ni dulu pernah jadi tempat pemujaan..seram kan..


masa ldk hajarul aswad..cool je gambar nie..^^


ni la puncak bukit lebah.hooyeahhh berjaya juga mendaki sampai ke puncak!!


hukuman baldi untuk group yang kalah..haha basah lecun semuanya..
k.a.m.i!!!! piston.....boom meletuppp!!


lastly,keratan akhbar program dlm papar sinar ..first time kot masuk paper.rasa tak rugi join program ni...

neway thanx a lot kat korang semua yang sama-sama menjayakan program ni.pasni kena selalu keep in touch dan semoga jumpa lagi laen kali..^^

Thursday, October 6, 2011

Apple iPhone 4S

assalamualaikum...

petang ni nak cerita sikit pasal iPhone 4s..iphone 4s ni merupakan iphone yang agak latest la buat masa ni kat Malaysia..kalau nak ikutkan iphone 5 da keluar tapi belum masuk pasaran Malaysia lagi...ok meh kita tengok sesama kecanggihan dan kecunnan iphone 4s ni....

iphone 4s ni sama je macam iphone-iphone yang lain iaitu hanya mengeluarkan 2 kaler je setakat ni.putih dengan hitam.tapi memang smart la iphone..nipis cun melecun...bukan cun je,tapi applicationnya pon not bad la.setakat ni iphone 4s ni ada 3 kapasity yang berbeza, 16GB, 32GB dan 64GB..makin besar GBmakin mahal la kan..iyela lagi besar GB,lagi macam2 boleh sumbat kat iphone 4s ni...walaweiiiii !


yang ni pula spesifikasi dari segi fizikalnya..tinggi,lebar,berat,ketebalan semua dia da bagi taw kat atas ni...tak payah korang gatal tangan nak google lagi..hehe..tinggal besarkan mata dan berangan-angan tuk beli iphone ni je...^^!

 8 ketul gambar kat atas ni pula cerita tentang ciri-ciri dalamannya pula.da ada luaran mesti ada dalaman ye dak...so aku akan explain satu demi satu kriteria-kriteria kat atas tu dengan penuh sabar dan tekun.harap-harap pembaca budiman semua dapat fokus dan bari perhatian sepenuhnya yer...;p

1.SIRI


ok siri ni lebih kurang macam kita bagi arahan kat orang. korang tanya je apa2 pun kat siri ni mesti dia boleh jawab semua..contoh soalan; apa soalan kuiz statistik esok? lecturer rasa nak batalkan kuliah atau tidak? cuba teka hari ini nak makan apa?grrrr...erk tapi aku tak sure la jawapan dia betul ke tak sebab aku tak ada iphone 4s ni..hehe..=.=!

2. DUAL-CORE A5 CHIP
mesti ramai yang suka kan dengan dual-core A5 chip ni.ok kelebihannya lebih pada gamer. A5 chip ni akan membuatkan kita punya grafik 7kali lebih cepat loading berbanding dengan telefon biasa.so korang tak payah nak tunggu sampai kucing bertanduk untuk tengok gambar dengan lebih clear.kalau main game pon gambar nampak lebih real la senang cite..yang gempaknya dual core ni adalah sangat efficient dan juga outstanding battery life...

3.KAMERA

wowoo cantik tak??cantikkan..memang lakan kalau nama pun 8Mpixel..kalau tak cantik rugi la kan..iphone 4s ni dah diimprovekan dari segi backside illumination sensor, excellent auto white balance, advanced color accuracy, face detection, dan boleh reduced motion blur..maksudnya tak kisah la berapa banyak orang ke,berapa banyak cahaya ke,berapa banyak aksi ke, gambar tu tetap maintain cun sama macam yang real punya...kalo ada jerawat pon nampak sebijik-sebijik...=.=!

4.VIDEO RECORD

ok yang ni best! 1080p HD video...nak buat shooting pendek pon boleh je...nak berlakon panjang-panjang pon boleh juga.dengan kecanggihan optik baru, membuatkan kaler yang lebih terang.pastu ada lagi video stabilization steadies shaky shots.memang tak nampak gegar la kalau record orang tengah buat bungee jump ke,flying fox ke...pehhhh best..

5. iOS
iSO pulak daa...apekebendenye tu??malas pulak nak tulis..hik3..apa kata korang p kat sini then cerita balik kat aku......;p

6. iCLOUD

ok yang ni aku akan cerita serba sedikit.icloud ni macam storage box korang la kan.semua benda nak simpan kat situ.nak bagi selamat. macam tu juga fungsi icloud.dia digunakan untuk menyimpan musik,gambar,dokumen,calendar dan lain-lain lagi.kalau kat henpon cyber-shot aku dipanggil file manager.haa kire lebih kurang macam tu la cuma nama je canggih sikit.heee...

sekarang korang da tahu serba sedikit tentang iphone 4s ni kan.so boleh la cerita-cerita kat kengkawan nanti.pastu promote blog aku skali bagi BE naik okei....=)

okei itu saje,c u next time...tatatatata!!!!


Wednesday, October 5, 2011

pray for this...

hakikat seorang student U...

assalamualaikum..
selamat petang readers and peeps..

rasa macam dah lama tak updates blog ye dak...tiap hari ada je task-task baru yang kena siapkan,assignment,study..gini ler life student tahun akhir.insyaAllah.. walaupun hari ni baru menjangkau hari rabu tetapi dah terasa tahap ke-stress-an sudah hampir sampai kemuncak..ekeleh baru rabu kot..booobooo!^^!

yang ada dalam pale skunk ni nak study bebetul,fokus,cemerlang,gemilang,terbilang untuk sem ni dan seterusnya.amin...benda lain kena tolak tepi dulu....trip yang kami da rancang sem lepas pon tak gerak lagi..rasa macam nak give up je.tapi hati cakap tak mahu...tak mahu!!nak gak p ober-c!!!duit da ada tapi tak cukup lagi..huargggggg....

disebabkan stress ni la,aku selalu sakit kepala sekarang ni..last-last tak boleh nak fikir apa.bukak lappy tengok movie ^^!..stress hilang mata mengantok terus tidur..haishhhh...

seriously sekarang ni rasa macam tak happy je..rasa nak nangis pon ada..korang pernah jadi macam ni?ala mesti pernah kan...homesickk!!!rasa macam da lama je tak tengok muka mak,abah,akak,adik2 sume...owh hati sila tabah...kuat2!da plan da nak balik this week but something has come up..kena pergi Melaka for 3 days.teman cousin jadi fasilitator.actually tak tahu sangat pon pasal program ni.join je janji jangan bagi stress. masa bagi tahu mak abah pasal tak jadi balik,suara mak sedih.mesti mak abah rindu kat budak degil ni kan...sob3...insyaAllah next week balik no matter how..even terpaksa ponteng kelas jumaat 3jam(xmaw sebenarnya)..untuk mak dengan abah,apa-apa pun orang sanggup..(tetiba kuo airmata)

tak nak tulis panjang-panjang sebenarnya tapi rasa rindu pulak nak tulis so layankan jela.hehe..ok la nak cari inspirasi lain..hopefully everything goes smoothly...
tatatatatata......


ada sape2 nak bagi inspirasi ?
;p

Sunday, October 2, 2011

#wordless sunday#

kita tidak mampu menjadi apa yang setiap orang inginkan..
terima orang lain seadanya dan orang akan terima kita seadanya.
what you give you get back ok!

Saturday, October 1, 2011

pesta konvo ke-39


Assalamualaikum semua?apa khabar anda disana?orang disini sihat2 belaka…;P..ok firstly nak wish selamat dtng kepada student2 ukm  y baru..agak lewat sgtkan…maafkan kakak senior ye adik2…almaklum la agak kebuzyan disini…banyak yang tak terurus dan masih lagi terumbang ambing….grrrrrrr…..
tak nak cerita pasal yang messy-messy tu lagi..nanti kang yang baca pun terikut messy…adoyai!so sekarang nak cerita yang best2 je…apa yang best eik? Pesta konvo ukm la kot….hehe..ok lets cekedaut apa yang ada kat bawah ni………
.
.
.
.
Pesta konvo tahun ni memang tak ramai artis tapi banyak persembahan-persembahan yang datangnya dari ukm sendiri. pelajar-pelajar ukm mostly memang berbakat especially yang pernah tergolong dalam artisukma.kira macam retiss la sikit..hehe.aku start datang tengok-tengok masa hari first lagi..kononnye excited la nak tengok apa yang ada.malam tu just ada perasmian and then pertunjukkan bunga api.siang tak tahu pulak sebab aku sibuk dengan kelas and tak sempat nak pergi.second time datang masa fourth day..malam tu ada competition sketsa hari raya intercollege.memang fun lawak pecah perut semua ada.masa tengah syok2 tengok tu tetibe ada retiss lalu wei depan aku..jeng jeng jeng…sapekah??blogger gak ..femess lagi..cetekeceteke….>.<! FL  yaww…..pehh macam orang jakun je aku tengok die..bukan dia yang jakun tapi aku yang jakun…kawan aku si Fan tu pon apa lagi..cepat2 grab tangan kiterang p dekat2 ngan FL..si FL tu memang la ukm gak tapi jarang kot nak datang kampus Bangi..ni first time aku jumpa face to face..pehh berdegup kencang jantung macam nak luruh..hik3..sembang punya sembang kamera pon bertukar tangan…kawan dia yan tolong jadi photographer tuk kami..nasib si FL tu ramah tamah mesra alam bagai…takdala kami segan beno…huhu..
Tu kisah kami dan FL..hari terakhir pesta aku p gak..konon2 nak cari baju polka dot..tapi hampeh la..harga mahal lari bajet aku…so terpaksa la xcansel plan asal…las2 kami p tengok konsert sofaz dengan al maulid…first time tengok sofaz face to face..selama ni memang satu family taw aku dok minat dengan amir sofaz..tapi mase tu tak plan pon nak tengok konsert.last2 melekat kat depan stage tengok si amir wat perfomance..rase berdebar-debar lak..lagi haru ada yang siap jatuh cinta lagi dengan si amir..ish3..>.<!
Sape tak kenal al maulid?angkat tangan!!!ok al-maulid ni kire macam gabungan daripada member2  V.E,Ruffedge dan juga ineundo(tak ingat ejaan)>.<! ahli-ahli al-maulid ni terdiri daripada amir ruffedge,azan ruffedge,lah v.e,zaff  v.e dan abg kandung zain, pott ineundo..dierang ni bergabung selepas masing-masing berhijrah kearah yang lebih baik.sejuk mata memandang lagi-lagi masa mereka menyanyikan lagu bidadari hibrid..wahh syahdu sangat..lagu ni khas mereka tujukan untuk kami-kami yang masih single dan tidak bercouple dengan tujuan untuk menjaga diri….sweetttttt!!!!!! ;))lepas dengar lagu ni rasa macam dalam hati ada taman,dalam taman ada bunga,dalam bunga ada madu..cewahhh!melebih plak ko jahhh…..
Takyah cakap ler memang banyak makanan-makanan best2 kat sini….da best part yang aku suka bila ada orang bagi tester percuma..omgggg omggggg sukenye !!! rasa macam nak amik semua tester,then masukkan dalam baju,makan puas-puas…(idea jahat grrr)..
 with FL...

 dapat bunga besooo..yeyyy!!!
 ok tu je!!bubai.....

Thursday, September 22, 2011

takziah...

assalamualaikum...

takziah untuk k.anis(my roomate) yang bru saja kehilangan tok wan mlm tadi..aku juga pernah merasakan kehilangan yang sama dengan apa yang dia alami sekarang.
mengimbas kembali detik itu teras ingin menitik air mata.
arwah atok pergi pada bulan ramadhan, disaat kita semua ghairah menunggu ketibaan syawal..
terasa lemah tubuh badan mendengar perkhabaran tersebut tapi lebih terkilan kerna tidak dapat menatap wajah arwah untuk terakhir kalinya.
tidak sempat memohon maaf atas kekilafan diri ini.
tidak sempat mengucup sejuk dahi arwah.
tidak pernah mengurusi arwah sejak dia sakit....
terkilan dengan itu semua...
tapi apakan daya,takdir telah menentukan arwah diambil oleh Pencipta, aku redha..
merelakan pemergiannya walaupun sebak masih terasa sehingga kini...
kubur arwah tidak pernah kujejaki..
betapa bersalahnya ku rasakan..
arwah terlalu menyayangiku,terlalu memanjakanku
menjagaku sejak kecil...
tetapi apa yang aku  lakukan untuknya?
jasanya tidak sempat kubalasi.
setiap kali ramadhan tiba,hatiku sebak,tidak mampu melupakan saat itu..

yang termampu hanya kiriman secebis doa dari cucunda yang jauh..
~Alfatihah~

Monday, September 19, 2011

2 september/4 syawal

assalamualaikum..


yeahhh da 21 tahun!!
w/pun entry ni agak kelewatan sangat tapi since masih lagi umor 21,ok what??
ada org kisah..hahaha
alhamdulillah dapat juga capai 21 tahun..
tahun ni rasa special sangat coz dapat sambut birthday masa hari raya..

actually tak sambut sangat  pon birthday kat rumah.
kebetulan masa birthday tu ramai orang datang beraya and then sibuk masak memasak untuk depa semua.
last2 mak ngan abah tak teringat pun nak wat majlis hari jadi..
sob3..

tapi tak kisah pon sebenarnya.
sempena umur 21 ni,org nak cakap
thanx to my mum and dad sebab telah banyak bersusah payah besarkan org sampai la umur 21 thun ni..
yela sume family taw kan org ni nakal,sweet (bluekkk),terejal sikit,ish3..
abah bagi wit belanja,belikan itu ini..
cari wit untuk org belajar..
bawak kesana kemari...
thnx abah!
mak pon...masakkan org sampai la perut da macam tong,
watkan baju raya cantik, selalu bagi nasihat kat org...
urutkan bila orang demam,bekalkan macam2 bila org balik kolej,
sayang mak ngan abah!

skunk umur da 21..
makcik2 cakap da leh cari jodoh..
phew2!!! ^______^
amik kaw senyum lebar bila cakap pasal jodoh..hik3!!!

semoga umor 21 ni memberi lebih banyak kebaikan dari tahun2 sebelum ni...
nak jadi anak yang baik,muslimah yang baik,kawan yang baik,akak and adik yang baik
doakan yer kawan2 semua ^____^
thanx a lot!!




Thursday, September 15, 2011

i'm back!

i'm back !!
cakkkk!!
ok sorry sgt sebab lama sangat menyepi..rasa macam reader pon da lari bertempiaran...
huargggg!!
rumah takde internet then busy dengan kerja..
i'm working as a baby sitter yaww..
neway,post hari ini adalah intro semata-mata since banyak lagi
urusan yang kena setel..
ok satu-satu xmaw kelam kabut k...
sampai ketemu lagi guys!!

jangan nakal-nakal taw !
jaga hati,iman dan amal selalu...^^

Sunday, June 19, 2011

holiday dulu sebelum exam..teehee !

assalamualaikum readers..

bangun pagi-pagi terus semangat nak update blog...tak sedar diri badan sakit2 segala bagai.tu la bila nampak air da tak ingat benda lain da..maw berenang puas-puas sampai lebam gamaknya.hamik kaw sekarang badan da sengal-sengal segala bagai.

bercerita pasal percutian kali ni,wa cakap memang terbaek la dari kawan-kawan wa...have fun sangat-sangat.hilang segala tension mention yang ada kat kepala ni..tak sia-sia cuba main banana boat untuk kali yang pertama.oucchh kesian kan sebelum ni tak pernah main pon. thanx to syu.dia yang beriya-iya nak main sampai jatuh-jatuh ni.kalo tak,, mesti tak merasa telan air laut masin tu kan..huhu..neway korang memang best sesangat..tak rugi nak pergi PD lagi tuk next,next and next time...^^

Lepas ni da boleh bodek-bodek mak,abah semua wat family trip kat sini....sebelum ni tak maw pergi sini sebab ada orang cakap air tak bersih la kotor la macam-macam lagi.tapi bila da pergi tengok sendiri dengan mata kepala ni,,baru la,,omjieeee!!! jernihnya air....serius tak tipu..siap boleh nampak lagi kaki kat atas pasir..see tak kan macam ni clear pon korang nak cakap air tak jernih kan..so tuk lebih yakin lagi korang boleh double cek sendiri...^^

ok da puas menbebel apa kata kite cekedaout sikit gambar2 yang kami snap2 kat sane...teehee ^^


ni masa round pertama tercampak dalam air..terkezutt beruk gamaknya..!


konon2 nak wat muka orang lemas...
tapi yat wat tak taw je...
sibuk ngan photoshoot die ;)


yang ni masing2 da boleh apungkan diri..so nak tunjuk bakat la tu..hik3

sweet!!! like sangat picture ni...thanx too aso the photographer ;)


candid pic,gambar curi terbaek dari yat ;)


ingat tak tempat ni?before ni pernah gak pergi mase otw ke bagan lalang..so this is my second time here ;)


awesome!! nice,gedik, cun sangat gambar nie..thanx to ain the photographer ;)

p/s: lepas ni exam da..then cuti,puasa, raya...woooaahaaaa!!! cuti ni kumpul wit banyak2 and waiting for the next holiday trip..sangat teruja nak pergi australia nov nie....doakan semuanya berjalan lancar yer friends ;)


till next post ya...
^^




Friday, June 17, 2011

perutku perutmu jua..

assalamualaikum readers...

semangat untuk berblogwalking da datang..bajet berkobar kobar la kan nak klik link2 orang lain..setelah seharian berhempas pulas memerah idea dan keringat akhirnya wa  mengaku kalah juga...

perut ni memang tak boleh nak tengok wa gembira sikit..tengah laju menekan nekan keyboard lappy tersayang, kedengaran suara yang tidak diundang....wa takut.serius tak tipu...dengar lagi..ish kenapa macam dekat je suara tu...wa tunduk bawah..cehh perut wa yang berbunyi rupanya...perutku sayang tolong la bertahan sikit..wa memang malas nak kuo p kedai beli makanan tapi wa da kirim kat kawan wa tadi..malam sikit baru dia balik..

arrgggg...kesian anak cacing wa kelaparan..apa wa nak buat ni??makanan semua wa da balun habis-habisan...tinggal kulit je yang tinggal .itu pon da masuk dalam tong sampah...badan wa je kecik cumil tapi perot wa macam2 boleh muat...kalah perut doremon...

perut lapooooo..nak setadi pon tak tenteram so wa men la tenet je...hihih..alasan wa tak boleh pakai kan..cakap jela wa malas nak setadi..exam wa ari khamis ni lambat lagi kot...sambil pelempang kat diri sendiri..ok wa janji pas makan wa setadi..ok x?hehe..^^

doakan wa jadi student yang rajin setadi, excellent, briliant, cool, macho, feminin, beriman ,beramal dan bertawakal okey....sayang uols semua.....^^

tetiba wa teringat tutti frutti yang sedap lemak berkrim tu!!!! nak bucket besar boleh?ada sapa nak belanja???


wa nak mangkuk paling besar pastu wa nak amik sume topping dia pastu wa nak makan sorang sorang...blurpppp!!kenyang dalam mimpi...

ice skating at sunway

assalamualaikum readers...
ok pagi-pagi bangun terus ingat nak hupdate blog...
bajet excited semalam pergi main ice skating ^^
first time and last time kot..hehe..kalau pandai main nak gak saya pergi 2 tiga kali main sampai lebam =.="
ni main asyik pegang dinding lepas tu jatuh golek2 atas ais...tutup muka jela..kih3..
tu la saya,main ice skating sampai jatuh-jatuh segala bagai..bagun tidur je masih terasa ais kat pungguung..
sakit tu...gedebuk macam nangka busuk..anyway enjoy sangat dengan kawan-kawan yang join semalam.
korang memang best,terbaek!! lain kali kita pergi tempat lain pulak key ^^
okey la sapa2 yang belum lagi cuba kena cuba at least sekali seumur hidup ye dak...tak kan da tua nanti baru nak cuba semua benda..aishhh kang patah tulang temulang..
ok enjoy these pic yer ^^


gloves kami,,,cumilkan kaler die...^^


team ice skater ukm...acececech bajet je..=.="

yang baju ala-ala zebra tu la sifu saya...
thanx nas ^^


gaya macam skater handalan tak?? muntah hijau =.="

special edition punya cover bagi team kami..keh3..


lastly snap a pic dulu sebelum balik okey....
enjoy!!

p/s: kalau da diberi tanggungjawab tu sila-sila la buat dengan sebaiknya..jangan asyik nak tegakkan benang yang basah je..lama-lama orang naik muak dengan kerenah manusia yang macam tu...
(..pesanan untuk diri sendiri juga..)




Wednesday, June 15, 2011

episod baru bermula....

assalamualaikum
selamat petang readers...

alhamdullillah segalanya berjalan dengan baik
assignment,presentation,paper work..
lepas ni prepare untuk final exam pulak..
ochh itu perasaan untuk sejam yang lalu..
sekarang perasaan baru muncul..
tanggungjawab baru saja bermula...
baru ingat nak bersenang lenang tiba-tiba datang tugasan baru..
150k
mana nak cekau tuuu???
bukan 150 hinggit...
ini adalah K.K adalah ribu..
150 000 hamik kaw...
kecik tak kecik besaw tak besaw...
ni la tanggungjawab saya yang baru..
nak kumpul wit sampai 150k ok...
bukan main-main tapi realiti..
tak caya sudah...

ok la nak rehat dulu..
penat belum hilang lagi ditambah dengan kesihatan yang tak mengizinkan...
next time i'll post about tutti frutti,sunway,port dickson etc...
see you next time keyyy...;) 

Tuesday, June 14, 2011

bibik jawab telefon

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...