awak klik saya happy =)

Friday, April 20, 2012

dot dot



tak tahu nak bagi tajuk apa kat entry kali ni.
just a short entry okiesss..
untuk awak,sahabat saya,
terima kasih untuk apa yg kita da lalui selama ini.
terima kasih sebab kenalkan saya dengan
avenged sevenfold;dear god
saya suka lagu tu dari awak kenalkan kat saya
sampai sekarang.
even tulis entry ni pon saya dok ulang lagu ni.
saya rasa lagu ni sweet sgt..
insyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi.
kita lumba ok sapa yang kawin dulu =)


p/s:entry ni khas untuk awak, doctor to be.insyaAllah.

Thursday, April 19, 2012

rinduu

seriously miss my mom a lot...
rasa macam nak angkut mak bawak balik ukm skali..
da lama tak luangkan masa dengan mak.
actually before pergi melbourne, sebulan gak la tak balik rumah.
banyak komitmen lain.
sampai apa yang berlaku kat rumah pon tak berapa nak tahu.
hari khamis pagi sampai di Malaysia, petang terus memecut balik ke Johor.
walaupon tak sihat sangat tapi gigihkan jugak kaki ni.
sampai rumah dah petang and tak banyak pon berbual dengan mak.
jumaat pagi pergi ke Melaka dengan BFF sampai ke malam.
sabtu mak abah seharian ke JB.
ahad balik ukm.
seriuosly tak banyak pon masa dihabiskan dengan family. am i selfish?
sob sob.
bila di ukm hari-hari telefon mak saja nak dengar suara mak.
walaupun kadang-kadang da abis modal nak bercerita.
suara mak je yg boleh mengubat duka lara.
aduhaiiiii kalau la johor sekangkang kera dari ukm,,,,naek beskal pon sanggup.
ily n imydm mom..

Sunday, April 15, 2012

melbourne part 2: welcome to melbourne ;)

Welcome to melbourne ;)
Alhamduillah dengan izinNya sampai juga aku kat bumi mel ni.. sampai je di Melbourne Airport terus tengok mel dari atas kapal.seriusly sangat cantik. Bumi mel waktu malam umpama taburan emas dan intan berlian. Bercahaya bersinar2…untung la aku dapat seat yg kat tepi tingkap. Boleh tangkap gambar awan,sunset sekali.
Nak masuk mel bukan senang.rule dia sangat ketat dan banyak prosedure. Kebetulan waktu aku nak lepas imegresen tu dapat org yg agak serius. So terpaksa berpisah dengan kawan2 lain. Masa tu Allah jela yg tahu mcm mana jantung aku dup dap dup dap..rasa nak gugur jantung bila dia arahkan anjing yg ada kt situ untuk cium setiap beg dan org yg ada kat situ.aku  masa tu da rasa nak nangis sgt.aku mmg ada bad story dgn anjing ni.sampai sekarang aku fobia bila nampak anjing. Dengan troli beg rosak lagi.mmg ktrg ni jdi perhatian ramai. Tapi org kat mel baik sgt. Berkali2 die mintak maaf kat ktrg sebab troli tu.bkn slh dirg pon sebenrnya.kiterg yg tak reti guna.hahaha.
Lepas selesai semua urusan imegresen, ktrg pon bertolak ke homestay. Sampai je pintu keluar airport masing2 menggigil kesejukan…memang sejukk!tak sure suhu berapa degree tapi angin die memang la kusss semangat. Bertolak dari airport ke  homestay naik maxi taxi.macam van letak dan naik ukm punya ;) ada 10 seat dan sangat2 selesa.kebetulan org yg bwk tu org islam gak,so terus mintak num fon supaya senang bila nak balik mesia nanti.
Perjalanan dari airport ke Coburg xdala lama sangat.dalam 20min je da sampai. Malang tidak berbau,rupa2 nya malam tu kawasan Coburg terputus bekalan elektrik sebab ada angin kuat.pokok plak tumbang  menyebabkan wayar elektrik terputus. Banyak betul halangan . tuan rumah tu ktrg panggil abg bad dan kak amy. Abg bad ngan wife die student gak kat mel ni Cuma lain uni je. Abd bad belajar kat RMIT (Royal Melbourne Institute of Technology) then kak amy plak belajar kat Melbourne University.
Overall, rumah tu ok selesa gak la.Cuma part tandas je kurng sikit. Dierg memang style tandas xda pili.so, kalo nak buang hajat tu kena la berangkut air guna baldi dari shower.tandas plak nak sentiasa kering.kalo basah kita y kena lap sendiri guna mop…rasa macam cerewet gak owner ni..huuuu. kat sini memang abg bad suruh ktrg berdikari sendiri.da makan kena basuh sendiri,lap and simpan pinggan dalam rak. Bersihkan meja, sapu lantai,bersihkan dapur.k.amy tu masakkan je tuk kitrg. Untuk lunch plak ktrg kena bawak bekal guna tupperware.then tupperware tu kena bawak balik,cuci dan guna lagi untuk hari seterusnya. Jimat kononnya. So ktrg y terlebih rajin ni memang kadang2 malas la kan nak bawak bekas kotor dalam beg. Apa lagi pecahkan jela tupperware tu buang dalam tong..haha.settle tak payah nak bawak balik tupperware semula ;0
Lagi satu org kat mel sgt ramah dengan org luar. Dierg akan offer untuk amik kan gambar bila nampak kta..suke2! dierg akan lambai2 kat kta kalau kte tersenyum kat dierg..cute sgt lagi2 yg masih lagi budak2…serius rasa nak cubit,gigit cuping telinga kecilmu…huuuuuuu…public transport kat mel plak byk and senang sgt kalau nak gerak ke mana2..tren,trem semua ada setiap 5 minit. So kalau terlambat tak payah nak lari sangat lar..haha. lagi satu yg aku jatuh cinta dengan mel ni adalah bangunan nya..ya Allah cantik sgt.bangunan lama semua dijaga and pelihara dengan baik. Sampai ada satu bangunan lama ni tinggi mcm nenara tapi da xleh pakai lagi. Nak taw die buat apa? Govement situ buat mall kat sekeliling bangunan tu .bentuk mall die bulat and tgh2 ada lagi bangunan bulat.l.nice sgt.iye la negara maju memang semua cantik. Terjaga,bersih, udara pon nyaman. I luv mel ;) insyaAllah kalau ada rezeki lagi, nak jejak mel untuk kali ke-2. Xpon ajak mr.hubby tuk honeymoon ke mel.yeahhhh! Doakan ye kawan2..

layan sikit gambar2 di melbourne ;)


subahanallah cantik kan awananoo di waktu pagi ;)


depan homestay abg bad dan kak amy ;)

coburg station..stesen kereta api paling dekat dgn rumah


dalam trem ke Southern Cross


otw ke Coburg Station,,,muka happy je semua ;)
(padahal menahan sejuk)


Friday, April 6, 2012

melbourne part 1:packing

assalamualaikum,,
selamat malam.

saat entry ni tertulis,genap jam laptop aku pukul 1.01am...baru beberapa jam balik dari meronggeng mencari barang2 keperluan di TS (time square).arg tak perlu kot mention beli barang kat mana. ada kawan aku cakap shopping kat TS mcm shopping kat pasar malam.perhh gilo kaya die ;| ok just a silly joking.haha. actually enrty  ni aku tulis sebagai tanda kenangan antara aku dan melbourne. saat ni aku tak bertolak lagi ke melbourne. flight aku pukul 1.30pm hari jumaat bersamaan dengan 15 Jamadilawal 1433 hijrah ataupon dalam bahasa omputihnnya 6 april 2012 bersamaan dengan musim luruh di melbourne ;)

seriuslly aku memang tak pernah jangka akan dapat peluang macam ni .peluang yg dtg sekali seumur hidup. Allah bagi peluang kpd aku untuk merasai hidup diperantauan.terima kasih ya Allah. nak sampai ke tahap ni memang  byk sgt halangannya sampai aku down,lemah,merajuk,menyampah,meluat semua ada pada satu2 masa tu. sampai satu tahap yg kritikal,aku tak nak jumpa langsung dengan ahli kumpulan aku.aku melarikan diri drp mereka. jahatnya aku. tanggungjawab yang da diamanahkan kat aku,aku tak jalankan dengan baik.ampunkan aku ya Allah. ;( yg tu part kerja berkumpulan.memang sgt2 mencabar keprofesionalan aku. cukupla yg tu hanya aku dengan Allah je yg tau.

malam ni pula jam laptop aku menunjukkan pukul 12.45 am.. yerpp still tak tidur lagi sebab gigih menyiapkan assignment =.=! esok pagi da nak pergi tapi assignment baru nak siapkan.bagus betul budak ni..huargggg...
batch one da selamat naik flight pada pukul 9.30pm tadi.. curious nak taw kat mana la dierg sekarang.lenakah tido mereka. apa yang mereka buat. hanya doa dari jauh saja yang aku boleh kirimkan. insyaAllah esok malam giliran aku pula menyusul sampai ke sana..doakan kami semua selamat

dear coursemate, have a safe journey whereever you are..pulau redang or melbourne.. struggle for your holiday okiesss.. take the opportunities also chance given by God! last but not least, happy holiday guys!

lot of love,,
Melbourne City Night - Melbourne, Victoria

melbourne city during midnight ;)
subhanallah cantik ;))

Sunday, April 1, 2012

super duper cute stuff


i found cute stuffs and i really2 want it !
pliss pliss pliss
(buat muke cute2! *-*)


sunglasses,,,wootwoot nmpak stylo kan kalo pakai macam ni lagi2 bila pergi beach...



2 gambar diatas adalah dpn belakang purse hello kitty yang sangat comel...rase nak gigit2 je..bole x?
^______^



omoooo cantik sgt kasut ni...hello kitty pakai spec,,nampak macam nerdy sikit kan...
tapiiiiii cantik sgt
konfem org lain jeles bila nampak aku pakai kasut ni...
olalala...



this one ,i'm really2 in love with..
mug hello kitty! silap2 dengan mug ni skali aku hirup masuk dalam mulut..
banyak2 benda,paling suka kumpul mug yang comel lotey..
aiii xleh jadi ni kena cari gak ;)



yg ni xdala nak sgt tapi still namapak comel kan kalau letak kat meja study.
konfem lebih semanagat untuk belajar..



alololoooo cumil gak...even hanya pengepit kertas je...kawaiiiii ;)






yang dua atas ni memang tak dapat nak menafikan lagi kecomelan mereka.
benda ni dipanggil mimobot.
ala sebenarnya pendrive..
dala macam2 bentuk,macam2 kaler
beraneka macam lagiii.....
so selamat tinggal pendrive lama!



cuba teka apakah ini??
jengjeng.....
ni la sandwiches hello kitty...
lebih sesuai untuk orang yang suka makan sandwiches..
bila tengok je sandwich da berubah bentuk jadi hello kitty terus
mata bersinar-sinar nak ngapngapngap!
hahahahaah



ok yang ni last.
actually byk lagi cute stuff yang nak share dengan peminat hello kitty yang lain.
tapi tak larat da nak menahan mata..
hahhahaha..

next time kita share benda lain pula ok!
btw untuk sesapa yang minat gila kat cute stuff
yang macam ni boleh la singgah
SINI dan tengok la pape y patot ;)

p/s:counting days,,5days to go...
apakah?
kena tunggu next entry ;)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...