assalamualaikum...
hari ni nak cerita pasal rezeki.
on the way nak balik ukm tadi cousin aku asyik bercerita pasal musim buah.
kemudian kawan dia pon bukak cerita yang dia teringin juga nak makan rambutan walaupon semlam baru je beli. tapi harini dia rasa nak makan lagi.aku hanya mendiamkan diri sebab masih tidak berkesempatan nak balik kg makan buah tempatan. beberapa hari lepas mak tepon,mak cakap mangga kat tepi rumah da masak ranum.sedap katanya.aku suruh mak simpan sampai penghujung minggu ni. mak cakap takut busuk. aku pun diamkan diri lagi.
masa dalam perjalanan tadi memang banyak gerai jual buah tapi keinginan nak beli tu start masa tiba kat gerai terakhir. berkobar-kobar nak beli rambutan tapi hampa. rambutan seikat rm10 dan kulit da hitam pon.agaknya dia tengok aku ni macam budak2 kot.senang nak kena tipu. aku tak jadi beli.balik semula ke kereta dengan tangan kosong. cousin tanya kenapa tak beli.aku jawab tak selera nak beli.huhu...
sampai ukm, masuk bilik je cousin tegur durian la...aku tersenyum lebar..Allah tak nak aku beli kat semua kedai tadi sebab Dia da beri rezeki tu percuma =)
rasa nak menangis je.syukur Alhamdulillah.
doa untuk dimurahkan rezeki:
amalkan selalu insyaAllah akan diberi =)
ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.
No comments:
Post a Comment