awak klik saya happy =)

Thursday, August 16, 2012

raya

assalamualaikum,,

sempena sisa-sisa ramadhan ini,
aku susun sepuluh jari sekiranya ada yang pernah terguris dengan tulisan atau kata-kata yang aku ucapkan.
untuk yang pulang ke kg halaman,
berhati-hati di jalan raya.
untuk yang main mercun, jgn nak sakan sangat ok,
safety first =)
last but not least, selamat menyambut hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin.

Selamat Hari Raya

p/s:boss bagi balik awal..yippiyippi.tapi sedih plak nak tinggalkan opis awal.walaweiiiii sayu plak......

Monday, August 13, 2012

raya dulu-dulu

assalamualaikum..

seriously aku rase jeles dengan budak-budak.aihh mental ape aku ni dengan budak pon  nak jeles? =.=! haha.jeles sebab masa ni la pada aku time kemuncak keseronokan nak sambut raya datang. kalo duduk kat area kampung lagi la meriah jemah oii... main mercun tak hengat dunia. lawan-lawan main meriam boom kebaboom. pastu siap lawan-lawan lagi rumah sapa paling banyak pasang pelita..pastu kalau beli bunga api maw kongsi satu kampung.main kat umah jiran-jiran.ronda-ronda tengok pelita kat kg orang lain..oii rindu nokss.sekarang ni aku duduk kat putrajaya.suasana macam tu memang tak ada.tak ada orang main mercun or meriam.tak ada orang pasang pelita.tak ada nak sibuk-sibuk buat kueh raya kat dapur malam-malam. pastu tak ada nak kecoh-kecoh pasal langsir la,karpet la,sarung kusyen la.pastu kumpul adik-beradik tengok sape paling banyak dapat kad raya.kad raya yg best2 kitrg akan bce kuat2 pastu tampal kat dinsding rumah.haha .tapi sayang noks kad raye yang aku simpan semua da hilang dilanda banjir beberapa tahun yang lepas,sob3..kalo tak bole la gak bace semula time nak raye ni. nak harap ada orang bagi kad raye lagi memang tak la....alahai rindu sangat nak rasa suasana tu lagi.

yg tu time dekat-dekat nak pose.kalo da raya kurang sikit orang main mercun meriam sume.nak2 pas hari raye ke-4...paling best masa raya bila dapat melantak makan banyak2 pastu dapat lak duit raya seguni..sehari sebelum raya mesti ramai orang yg hantar ponjongan makanan kat rumah.ponjongan tu macam kte hantar lauk kat rumah orang.so waktu berbuka nanti banyak la lauk pauk kadang2 sampai tak muat nak letak kat meja noks...wahwahwah memang bahgia sokmo ler...perut kenyang hati pon senang nokss..

sekarang ni nak makan banyak2 pon xboleh sangat.nak kena jaga badan jaga kesihatan.kecik-kecik dulu rugi la sape yg tak melantak banyak2.sekarang ni makan lebih sikit je naik nye da berkilo-kilo.aisshhh.duit raya pon kalo ade yang sudi nak bagi ade la.kalao tak gigit jari jela tengok adik-adik dapat diut raye..keh3..

lagi 6 hari je nak raya.mud nak raya dah meletop-letop ni uolss..pergi pejabat pon otak asyik ingat nak balik raya je..dok putar-putar lagu raya 24 jam...keh3.

ok la tu saje kisah raye dulu-dulu..
kbai ~ wasalam


Thursday, August 9, 2012

semalam

assalamualaikum,,

selamat menyambut ramadhan ke-20. ini bermakna lagi sepoloh hari je lagi untuk kte beraya..yeeeeyyy! dan malam ni da masuk malam 10 yg terakhir dalam bulan ramadhan. ini bermakna kite kena tunaikan zakat dan buat amalan banyak2 supaya tidak menyesal bila ramadhan berakhir. setahun sekali je kita sambut ramadhan so apa salahnya kita korbankan banyak benda dalam masa sebulan ni ye dak. sekadar peringatan untuk diri sendiri =)

apa kisah semalam? sapa-sapa yg tak mengikuti perkembangan sukan olimpik meh sini ceq nak habaq kat hangpa2 sume..semalam BRtelah menawarkan satu scop aiskrim untuk semua rakyat Malaysia..amik kaw very da vasss ok.. UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.capital letters di situ..haha. so bermula dari 8 pagi sampai 10 malam panjang berjela la orang beratur semata2 nak dapatkan satu scop aiskrim BR yg berharga rm7 tuuu.untung la sape yg gigih sangat beratur tu kan..aku? tak sanggup haku..baik membuta dan menambah lemak dibadan huehuehue...

tamat kisah BR. yg ni kisah ukm plak. wahai rakyat jelataku sekalian ingin haku umumkan semalam haku pergi menjenguk ukm uolzz.rindu nak rasa udara ukm.hamik kaw belum lagi setahun tinggalkan ukm da rindu-rinduan.haha.. actually aku rindu ukm tu memang betul.tapi bukan la aku rindu nak pelok-pelok bangunan tu bagai.gila ape ko jah..aku rindu suasana ukm,aku rindu nak duduk stadi kat sana, aku rindu nak buka pose dengan rumate,housemate,clasmate,bestie dan aminian.aku jugak rindu nak makan nasi dulang kat masjid ukm.aku rindu nak terawih dengan kawan-kawan aku sume.aku rindu nak tengok muka lecturer.terlalu banyak yang aku rindu sampai tak tertulis dengan tangan.oppss tak tertaip dengan tangan actually. so semalam aku gigihkan hati pergi ukm untuk rase semua tu balik. aku cuma dapat makan nasi dulang kat masjid dan terawih kat masjid je untuk kali ni.alhamdulillah.mungkin next time Allah perkenankan doa aku yg tak termakbul kat atas tu.

untuk kamu,kamu,dan kamu.walaupun kamu jauh dimata tapi kamu tetap dihati aku.yang penting aku rindu kalian.sangat rindu!!

p/s: mak bagi tahu tadi ada orang datang bagi cincin.aku gelak,mak memangla orang yag bagi cincin tak kan monyet plak...muhahaha. hoii sape bagi cincin kat aku ni baek ngaku!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...