awak klik saya happy =)

Thursday, August 16, 2012

raya

assalamualaikum,,

sempena sisa-sisa ramadhan ini,
aku susun sepuluh jari sekiranya ada yang pernah terguris dengan tulisan atau kata-kata yang aku ucapkan.
untuk yang pulang ke kg halaman,
berhati-hati di jalan raya.
untuk yang main mercun, jgn nak sakan sangat ok,
safety first =)
last but not least, selamat menyambut hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin.

Selamat Hari Raya

p/s:boss bagi balik awal..yippiyippi.tapi sedih plak nak tinggalkan opis awal.walaweiiiii sayu plak......

Monday, August 13, 2012

raya dulu-dulu

assalamualaikum..

seriously aku rase jeles dengan budak-budak.aihh mental ape aku ni dengan budak pon  nak jeles? =.=! haha.jeles sebab masa ni la pada aku time kemuncak keseronokan nak sambut raya datang. kalo duduk kat area kampung lagi la meriah jemah oii... main mercun tak hengat dunia. lawan-lawan main meriam boom kebaboom. pastu siap lawan-lawan lagi rumah sapa paling banyak pasang pelita..pastu kalau beli bunga api maw kongsi satu kampung.main kat umah jiran-jiran.ronda-ronda tengok pelita kat kg orang lain..oii rindu nokss.sekarang ni aku duduk kat putrajaya.suasana macam tu memang tak ada.tak ada orang main mercun or meriam.tak ada orang pasang pelita.tak ada nak sibuk-sibuk buat kueh raya kat dapur malam-malam. pastu tak ada nak kecoh-kecoh pasal langsir la,karpet la,sarung kusyen la.pastu kumpul adik-beradik tengok sape paling banyak dapat kad raya.kad raya yg best2 kitrg akan bce kuat2 pastu tampal kat dinsding rumah.haha .tapi sayang noks kad raye yang aku simpan semua da hilang dilanda banjir beberapa tahun yang lepas,sob3..kalo tak bole la gak bace semula time nak raye ni. nak harap ada orang bagi kad raye lagi memang tak la....alahai rindu sangat nak rasa suasana tu lagi.

yg tu time dekat-dekat nak pose.kalo da raya kurang sikit orang main mercun meriam sume.nak2 pas hari raye ke-4...paling best masa raya bila dapat melantak makan banyak2 pastu dapat lak duit raya seguni..sehari sebelum raya mesti ramai orang yg hantar ponjongan makanan kat rumah.ponjongan tu macam kte hantar lauk kat rumah orang.so waktu berbuka nanti banyak la lauk pauk kadang2 sampai tak muat nak letak kat meja noks...wahwahwah memang bahgia sokmo ler...perut kenyang hati pon senang nokss..

sekarang ni nak makan banyak2 pon xboleh sangat.nak kena jaga badan jaga kesihatan.kecik-kecik dulu rugi la sape yg tak melantak banyak2.sekarang ni makan lebih sikit je naik nye da berkilo-kilo.aisshhh.duit raya pon kalo ade yang sudi nak bagi ade la.kalao tak gigit jari jela tengok adik-adik dapat diut raye..keh3..

lagi 6 hari je nak raya.mud nak raya dah meletop-letop ni uolss..pergi pejabat pon otak asyik ingat nak balik raya je..dok putar-putar lagu raya 24 jam...keh3.

ok la tu saje kisah raye dulu-dulu..
kbai ~ wasalam


Thursday, August 9, 2012

semalam

assalamualaikum,,

selamat menyambut ramadhan ke-20. ini bermakna lagi sepoloh hari je lagi untuk kte beraya..yeeeeyyy! dan malam ni da masuk malam 10 yg terakhir dalam bulan ramadhan. ini bermakna kite kena tunaikan zakat dan buat amalan banyak2 supaya tidak menyesal bila ramadhan berakhir. setahun sekali je kita sambut ramadhan so apa salahnya kita korbankan banyak benda dalam masa sebulan ni ye dak. sekadar peringatan untuk diri sendiri =)

apa kisah semalam? sapa-sapa yg tak mengikuti perkembangan sukan olimpik meh sini ceq nak habaq kat hangpa2 sume..semalam BRtelah menawarkan satu scop aiskrim untuk semua rakyat Malaysia..amik kaw very da vasss ok.. UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.capital letters di situ..haha. so bermula dari 8 pagi sampai 10 malam panjang berjela la orang beratur semata2 nak dapatkan satu scop aiskrim BR yg berharga rm7 tuuu.untung la sape yg gigih sangat beratur tu kan..aku? tak sanggup haku..baik membuta dan menambah lemak dibadan huehuehue...

tamat kisah BR. yg ni kisah ukm plak. wahai rakyat jelataku sekalian ingin haku umumkan semalam haku pergi menjenguk ukm uolzz.rindu nak rasa udara ukm.hamik kaw belum lagi setahun tinggalkan ukm da rindu-rinduan.haha.. actually aku rindu ukm tu memang betul.tapi bukan la aku rindu nak pelok-pelok bangunan tu bagai.gila ape ko jah..aku rindu suasana ukm,aku rindu nak duduk stadi kat sana, aku rindu nak buka pose dengan rumate,housemate,clasmate,bestie dan aminian.aku jugak rindu nak makan nasi dulang kat masjid ukm.aku rindu nak terawih dengan kawan-kawan aku sume.aku rindu nak tengok muka lecturer.terlalu banyak yang aku rindu sampai tak tertulis dengan tangan.oppss tak tertaip dengan tangan actually. so semalam aku gigihkan hati pergi ukm untuk rase semua tu balik. aku cuma dapat makan nasi dulang kat masjid dan terawih kat masjid je untuk kali ni.alhamdulillah.mungkin next time Allah perkenankan doa aku yg tak termakbul kat atas tu.

untuk kamu,kamu,dan kamu.walaupun kamu jauh dimata tapi kamu tetap dihati aku.yang penting aku rindu kalian.sangat rindu!!

p/s: mak bagi tahu tadi ada orang datang bagi cincin.aku gelak,mak memangla orang yag bagi cincin tak kan monyet plak...muhahaha. hoii sape bagi cincin kat aku ni baek ngaku!

Tuesday, August 7, 2012

indahnya ramadhan

assalamualaikum,,
indahnya ramadhan jika diserikan dengan ibadah dan keimanan.
alhamdulillah masih berpeluang untuk menyambut ramadhan sehingga kehari ini, 18 ramadhan 1433 hijriah.
semoga ramadhan tahun ini memberi sejuta keberkatan dan perubahan yang lebih baik.
jom kita intai2 ramadhan di seluruh dunia.


Kuala Lumpur,Malaysia



Sulawesi, Indonesia



London,UK



Kashmir, Pakistan



Makkah


sumber:amazingnara

Thursday, August 2, 2012

konvo dan budi

assalamualaikum,,

entry ni aku tulis masa kat dalam ofis.hehe..memandangkan bos xada p meeting so xda keje untuk pagi ni. hipphipphorreyy...ofis pon sunyi sepi je hari ni.. ofismate yg lain pergi ziarah org meninggal so aku selaku adik2 kena la jaga ofis.kang kene rompak sapo yg susah?den gakkk..muahehe.

bercakap mengenai konvo, insyaAllah aku akan berkonvo pada doposatu bulan sepoloh tahun duaribudoblas..bersamaan dengan hari ahad sidang pertama.alahai kejap je da nak konvo.calon pon xde lgi..hiks...gatalnyeee mkcik ni!

sebelum konvo tu pihak ukm da pesan awal2 suruh family beli jambangan bunga untuk yg berkonvo ari tu..owhhh mb 1st time dpt bunga dri family kot...tak sabar nak tunggu hari itu.xsabar nak memeluk makabah serta menagis tersedu sedan kerana sudah tamat belajar..hikss.tak sabar juga nak jumpa kawan2 seangkatan waktu konvo nanti dan memeluk kegembiraan sambil melompat2 kerana eksited.wahhh kau jahhh!tidak lupa juga gambar candid serta gedikss2 untuk tatapan sendiri...harusss laa yg itu ;D

semoga Allah memberi peluang itu untuk aku rasai sekali seumur hidup.atleast.paling penting tak sabar nak kerja bagus2 untuk balas jasa makabah yg da byk sgt berkorban.juga kawan2 seangkatan, family besar dan semua yang pernah menghargai diri ini.aku sangat hargai jasa kalian dan Allah saja yg mampu membalasnya.jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur akan aku balas jasa kalian semua walaupun hanya secebis jasa yg diberikan. aku terlalu menghargainya dan jutaan terima kasih aku berikan.

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

salam sayang dariku untuk kalian.
tatatataata ;)

Wednesday, August 1, 2012

Kisah 1 Ramadhan



Assalamualaikum…

Agak kelewatan nak cerita pasal kisah 1 ramadhan aku kat sini..sekarang da 12 ramadhan pajil oittt…nevermind atleast terisi gak blog ni dgn update entry aku yang panas lagi meletupp uolzzz..opsss bukan gossip ok..bulan pose ni xbek nak habaq yang bukan2 naaa…

Alkisah nye macam ni, first ramadhan yg lepas aku memang da plan nak balik rumah.iyela nak sambut puasa kat umah katekan. So ptg tu aku mintak bos bg kuo awal.pukul 4 aku da gerak dari tempat kerja aku nak p putrajaya sentral. Memandangkan sebelum ni aku p naik kete so aku agak2 jela betul ke tak jln pergi ke putrajaya sentral tu. Sampai sana aku terus amik erl pergi ke tbs. first time noks naik klia transit tu.laju kau jemah..sampai je tbs mak aii ramainye manusia..india,cina,melayu semua ade.sesak macam nak balik raya.padahal baru nak balik puasa..fuhhh. sampai je aku apa lagi terus pecut pergi ke kaunter kkkl nak beli tiket bas. Hamik kaw jemah panjangggnye org beraturrrr..aku terfikir ni mesti xda tiket.memang sah penat beratur tapi tiket semua habis dari subuh hingga ke tgh mlm…huarggg! Aku da tak leh pikir nak buat apa.naseb la kawan aku aso ada,die yg tolong pikir tuk aku..huhu.so mula2 die bg cadangan aku p beli tket kluang then benti kat r&r pagoh.malangnya tiket pon xde. So p kaunter lain kononnya nak beli tiket muo.tapi pastu aku tepon mysis then die bg idea suh tny myuncle dlu.dgr2 die nak blik kg gak. Sok aku pon cepat2 tepon die.memang rezki aku agaknya die nak balik kg ari sabtu.aku decide ok la blik ari sabtu so menapak p umah die dulu.sabtu baru balik kg. dengan gigihnya aku amik ktm trus p nilai. Kat ktm jgn cakap la ramai kau mak jemah…aku punya lepaskan tren sebab tak sanggup nak berebut2 dengan org lain. Memang sardine la dalam tren tu. Manpat bagaikan…..tak tahu nak describe.huhu..sampai Nilai da magrib.terus kol suruh amik after magrib.xkan nak suh amik mase nak solat ye tak…so magrib di nilai.sementara tunggu myuntie sampai jln2 kat mydin la hari2 la..tapi penat sgt.tunggu punya tunggu tak sampai gak sampai la da isyak.dapat kol myuncle ckp jemput after isyak.ohmyyyyy. aku da penat gila dan tak larat nak berdiri lagi.mymom pon telefon sbb risau.naluri ibu kan tahu je anaknye mcm ne. masa tunggu tu rasa nak nages pon ade.yela sakit badan semua berdiri lama.penat lagi dengan tak makan pape lagi. Aku terus decide nak pergi ukm. Dalam byk2 tempat ukm je yang aku rase tempat paling selamat mase tu :’) .naseb baik aku ada kawan yang masih lagi duduk di ukm..terima kasih k.roha I’m so touched. Aku pergi bilik die dgn apa yg ada pada aku masa tu.maksudnya tanpa towel,baju dan lain2. aku cerita kat die apa yg berlaku dan cerita gak pengalaman aku berpraktikal. Akhirnya aku ada seseorang yg sudi dengan semua luahan aku hari tu. Die jugak la yg tolong urutkan aku sebab aku letih sgt. Gonna miss u a lot.

Sedang aku bersenang lenang nak tidor tetiba ada call masuk.drp cousin aku.mulanya aku tak angkat sebab aku rasa macam aku merajuk.at last aku angkt juga sebab aku tak nak die risau pasal aku since selama ni terlalu byk yg die da tolong sepanjang aku hidup. ;’)
Aku bagitaw  yg aku tak jdi balik kg sebab penat sangat dan aku gtaw die aku selamat kat ukm. Tapi makcik ak ckp ktrg akan balik kg mlm tu juga bkn sabtu.so terus die nak amik aku kat ukm. Ak rase bersalah sangat sebab dah susahkan mereka. Myuncle sampai je terus die tanya mcm2.risau agaknya aku majuk..huhuuuu. lalu kami pon bertolak pulang ke johor pada pukul 11 malam. Mlm tu jalan memang jamm sgt. Dan lagi satu aku perasan ada yg tak kena dengan cara pakcik aku bawak kereta.mb sebab ngantok. Pukul 1 jugak la sampai Ledang dan singgah kat kedai makan isi perut since aku ckp aku tak makan lagi dri tadi. Sampai rumah dalam pukul 2stgah.dan trus tertidur sampai la pukul 4 stgah.bagun untuk sahur.penat rase tak hilang lagi mase tu…huuuuu. Keesokan paginya aku terus gerak pergi ke muar dalam pukul 10 dan amik bas balik pagoh. Sampai rumah dah tengah hari terus mengelepek sampai ke petang. Keesokan harinya terpaksa balik pagi2 kerana ketiadaan tiket. Kat rumah hanya beberapa jam je selebihnya dihabiskan semasa perjalanan.inila kisah ramadhan pertamaku.

Heheheehe…
itu saja nak cerita kbai ^_^
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...