awak klik saya happy =)

Tuesday, February 8, 2011

Kursus kahwin

Setelah seminggu berlalu rasanya ini entry diri aku yang da agak lapuk..haha..dengan ketiadaan internet dan juga keadaan diri yang agak sibuk menyebabkan  kekangan-kekangan terhadap diri sendiri.hehe..okei mesti korang da taw orang pergi kursus kahwin bila da nak kahwin kan..tidak bagi aku..kalau nak ikutkan memang terlalu awal untuk pergi kursus kawin tu tapi da memang rezki aku agaknya memang da takdir pergi dengar ceramah tu dari 29/1/11 – 30/1/11.. agak menarik la juga kursus tu sebab yang datang kebanyakan dari UKM sendiri dan penceramah juga dikalangan ustaz2 yang berpengalaman dari segi rumah tangga. Ramai juga kawan2 seperjuangan dan kenalan yang sertai kursus ni walaupun hujan turun selama dua hari tu.MC pon pandai mainkan peranan dan juga majlis berjalan dengan lancar sekali. Tak rugi rasanya ambil kursus kat UKM sebab boleh pergi dengan harga serendah RM35 je.kalau kat luar tu mesti da berganda-ganda. Kalau pergi kat UKM berbaloi-baloi siap boleh dapat jodoh lagi macam pakej lak..haha..
Co00p2!!tapi bukan aku la yer orang len..hehe..macam entry aku yang lepas aku ada cita pasal bercinta sampai syurga kan..so aku pon nak macam tu gak.maksudnya kalau la lelaki tu nak serius dengan aku kena la merisik terus.merisik je pon bukan nak suh kawin terus kan.tu baru la nampak kesungguhan dia.then aku nak berchenta selapas kahwin baru la ada keberkatan disitu..hehe..
Kalau korang berminat boleh lah baca buku yang aku nak suggest kan ni, ‘murabbi cinta’. Buku ni best gak mengenai kecintaan kita pada Tuhan, pada nabi, pada keluarga. Erm bila baca rasa macam masuk dalam alam rumah tangga lak tapi tak salah kan kalau kita nak belajar awal cara nak manage keluarga bila da kahwin nanti. Ini lagi membantu kita untuk lebih bersedia menghadapi alam rumah tangga.baru la hidup harmoni ,saling hormat menghormati dan sayang menyayangi antara satu sama lain hingga ke syurga  =))
Mesti korang boring baca kan.tak ape lar xnak baca biar aku baca sowng2.heh2..
Okei la hopefully korang dapat serba sedikit input dari entry aku ni walaupon aku taw ianya banyak bebelan daripada info..haha
Gambar kat bawah ni adalah gambar aku beristirehat sebentar kat Alamanda..sempat lagi tu…ish3!!!

Senyum jangan tak senyum…..=)

Saye majuk dengan awak la!!

p/s : ok itu je...nantikan pos banjir dari aku...coming soon !!

Monday, January 31, 2011

pedulikah kita??

.. Assalamualaikum..

siapa nak blajar or melancong ke Mesir sila angkat tangan!!!
ok sapa yang nak boleh contact saya pasni..
tapi korang tahu tak apa yang jadi pada orang kita kat sana?
korang alert ke pasal benda-benda ni? korang kisah ke or sekadar tidak ambil peduli..
atau korang hanya fikir pasal keselamatan korang je kat sini tanpa hiraukan sahabat-sahabat kita kat sana?
renung-renungkan lah ye maksud tersurat dan tersirat saya disini.
kita selamat di sini tetapi mereka sengsara disana.
apa tindakan kita?
pernah tak kita doakan rakan-rakan kita di sana?
atau kita hanya cakap 'bukan ada sedara mara aku kat sana'
kita semua bersaudara dari asal yang sama dari moyang yang sama.
tak salah kalau kita prihatin dengan nasib mereka semua di sana.tak luak pon harta kita.
tak salah kalau lepas terbaca entry ni kita sama-sama doakan keselamatan mereka, saudara-saudara kita.
agama kita.
mudah-mudahan Allah mendengar doa-doa kita semua.
doa tulus ikhlas dari hati untuk saudara-saudara kita.
semoga mereka semua selamat
dan berada dalam lindungan Allah.
InsyaAllah.

p/s: nak tahu lebih lanjut sila pergi SINI

Sunday, January 30, 2011

fasa baru

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoret sepatah dua kata..
rasanya da sampai masanya untuk saya berubah ke arah yang lebih baik..
untuk diri sendiri untuk keluarga dan juga untuk masyarakat.
InsyaAllah niat kerana Allah..
doakan saya istiqamah ye..
semoga diri ini berguna di masa hadapan
syukur kepada Allah kerana memberi saya peluang sebesar ini
salam
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...