awak klik saya happy =)

Monday, December 19, 2011

Sunday, December 18, 2011

rezeki

assalamualaikum...

hari ni nak cerita pasal rezeki.

on the way nak balik ukm tadi cousin aku asyik bercerita pasal musim buah.
kemudian kawan dia pon bukak cerita yang dia teringin juga nak makan rambutan walaupon semlam baru je beli. tapi harini dia rasa nak makan lagi.aku hanya mendiamkan diri sebab masih tidak berkesempatan nak balik kg makan buah tempatan. beberapa hari lepas mak tepon,mak cakap mangga kat tepi rumah da masak ranum.sedap katanya.aku suruh mak simpan sampai penghujung minggu ni. mak cakap takut busuk. aku pun diamkan diri lagi.
masa dalam perjalanan tadi memang banyak gerai jual buah tapi keinginan nak beli tu start masa tiba kat gerai terakhir. berkobar-kobar nak beli rambutan tapi hampa. rambutan seikat rm10 dan kulit da hitam pon.agaknya dia tengok aku ni macam budak2 kot.senang nak kena tipu. aku tak jadi beli.balik semula ke kereta dengan tangan kosong. cousin tanya kenapa tak beli.aku jawab tak selera nak beli.huhu...

sampai ukm, masuk bilik je cousin tegur durian la...aku tersenyum lebar..Allah tak nak aku beli kat semua kedai tadi sebab Dia da beri rezeki tu percuma =)
rasa nak menangis je.syukur Alhamdulillah.




doa untuk dimurahkan rezeki:
amalkan selalu insyaAllah akan diberi =)

ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.

Friday, December 16, 2011

segalanya milikmu...

assalamualaikum..

selamat tidur readers.
opss awat aku tak tidur lagi ni jadi burung hantu nampaknye
malam ni.
ok mud tengah baik nak siapkan assignment HPV perubatan..
hoyeahh2!
mengantuk,mata berat kena cari benda sampingan lain.
blogging!
since da lama blog ni tak dapat kasih sayang yang mencukupi daripada tuan tanah kedaun.
ok la syok2 wat assignment terdengar satu lagu nasyid yang syahdu lagi mendayu..
membuatkan hati ini tertanya2 siapakah gerangan putera raja
yang menyanyi di malam hari ini?
ochhh *pap*pap*
bangun jangan nak berangan je time buat assignment!

ok layan la lagu ni dan hayati liriknya elok2...
gudnite readers.
may Allah bless you!

segalanya milikmu-mestika

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan


p/s:happy bufday bestie!cian die kena baling dengan tepung.hopefully this is the most memorable in ur life
~ may Allah bless you~

p/s:thanx juga untuk bestie yg sama2 menjayakan prank ini ;) love you more!


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...