awak klik saya happy =)

Monday, June 13, 2011

oreo cheese cake untuk orang tersayang =)

assalamualaikum readers sekalian...
masa-masa macam ni pon sempat lagi nak update kan..

actually da lama saya plan nak buatkan kek untuk family..tapi asyik tertangguh je dek kerana kekangan masa dan lain-lain faktor yang menghalang..lagi-lagi masa short sem ni, mana la ada masa nak balik rumah buat kek ni semua..balik rumah je ingat nak makan masakan mak puas-puas pastu terbongkang atas katil..ish3 anak dara sekarang memang laguni ka?? ^^

so sempena nak habis short sem ni ,saya da plan baik-baik punya untuk bagi suprise kat family..nak buatkan depa semua oreo cheese cake kalau ikut perancangan..insyaAllah...lagi satu memandangkan masa hari ibu, ngan bufday my adik hari tu tak dapat sambut sesama so ingat combine jela sekali buat majlis makan kek...nak mantap lagi sambut sekali untuk father day..hihihi..menjimatkan duit kalau buat macam ni selalu...

ok malas da nak bebel panjang2..so korang layankan ajelah resipi oreo cheese cake saya ni....

bahan dasar untuk loyang 8 inci
300gm biskut oreo
75g mentega cair

bahan filing
500g philladelphia cheese
110g gula kaster (kalau suka manis boleh lebihkan)
2 biji telur
1/2 esen vanila
150 ml whipping krim
1 sudu jus lemon (tak letak pun xpe)
20 keping oreo patah 4

cara membuatnya:

  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil krim keju dan tuangkan kesemuanya ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.
tengok simple je kan.ni yang semakin berkobar-kobar nak buat..anyway hasilnya tadi akan jadi seperti ini....


nampak yummy sangat kan..=)
selamat mencuba...!!!

kredit to:home sweet home


1 comment:

syaz@rozelt said...

sedapnye cheese cake~

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...