assalamualaikum..
selamat tengah hari ..
da makan belum?
^^
beberapa hari yang lepas saye dengan geng2 yang lain decided nak tengok nur kasih.memang excited la kiterang bersiap knonnya lepas maghrib terus nak pergi GSC Alamanda.syok sikit tengok kat situ..yela tempat pon besar dan selesa.. tapi sebelum ni saye memang tak pernah lagi tengok wayang kat GSC Alamanda..pernah pergi kat Midvalley je dulu...ok yang tu kenangan lame..^^
da excited ni sampai sana memang kena beratur panjang la kot..tak taw napa ramai sangat oorang macam ada function..last2 tiket nur kasih pukul 8.30 da habis..huh frustnyer!! terpaksa beli tiket pukul 10.30...memang berjam la kami tunggu kat Alamanda tu..nak shopping paham2 jela, poket tengah kering..tengok je yang mampu..kih3..
sementara nak tunggu 10.30 tu kami pon plan nak wat itu ini beli itu ini..last2 kami decided nak beli sushi ngan big apple donut makan kat taman..sambil2 tu memang kami gambar sakan...haha..berangan nak jadi model kononnye..,.hehee...
yang ni nak cerita pasal review filem nur kasih plak ye...tak kan nak review pasal aktiviti kiterang je an..hik3.so selaku pengkritik tidak professional,saye pon da bagi beberapa topik yang kita perlu fokuskan bersama.bajet macam serius je an..
pelakon
mantap.adik miasara dengan abangnya juga pandai berlakon...wahh macam professional pulak tengok dierang.serius saya cakap mereka sangat menjiwai lakonan masing-masing.sampaikan meleleh gak air mata ni bila sampai part-part tertentu..serius sedih masa mak adam cakap dia memehami perasaan adam masa adam disahkan tak dapat hidup lama. sedih + terharu sangat masa adam bersungguh-sungguh nak cari cincin kawin nur yang hilang masa letupan kereta api...kalau yang belum tengok tu kena prepare 1 kotak tisu ok....
jalan cerita
menarik.tak terjangka kesudahannya macam tu.memang lain daripada yang lain. sebelum ni memang kita boleh jangka kesudahan cerita tu macam mana. bila tengok cerita nur kasih memang korang rasa korang tak kan terfikir penamatnya macam tu. so nak taw better tengok sendiri =)
persekitaran
saya suka sangat cerita ni buat pengambaran kat sawah padi..rasa tenang je tengok suasana kampung.walaupun saya sendiri duduk kampung tapi tak pernah merasai syoknya duduk rumah dikelilingi sawah padi...ouchhhh jatuh cinta rasanya...hehe..lagi satu suasana masa kat jordan. orang jordan memang tak kekok nak berlakon dalam cerita ni.nampak real dan professional.tempat bersejarah yang nur ngan adam pergi pon cantik sangat...
ok rasanya saya da fall in love with nur kasih the movie..kalau dapat link download ni mesti kena cepat2 download pastu tengok lagi dengan family...*berangan* untuk cerita ni saya rasa saya patut bagi 9.5 stars daripada 10...hehehe..nak 10 pon boleh gak tapi ada gak part yang tak berapa nak masuk dengan saya...hehe..lastly ni ost lagu nur kasih..korang dengar sendiri baru judge ok...lagu ni best sangat taw....!!!
a walk to remember wif friends....=)
p/s: teringat pesan mak, nak cari calon suami biar yang betul2 sayang kat kita.bukan kita yang sayang berlebih-lebihan kat dia...hanya perkongsian saja..=)
thanx for reading!!
see you next time peeps....