assalamualaikum
selamat pagi semua..
hari ni baru ada kesempatan nak berblog. cerita pasal pengalaman pertama ni mesti korang tertanya2 apa pengalaman aku kan.ok actually da seminggu lebih benda ni berlaku. bile ingat balik aku rase nak ketawa ada, cuak ade macam2 lagi perasaan ada. lari bertempiaran terus tension2 aku.
ok aku sambung cite. korang pon tak suke kan nak dengar aku membebel2. hik3. lepas je dapat lesen P (lesen pandai) phew2!! aku tak berani lagi nak bawak kete. then satu hari yang tenang ni, aku, akak, mak, adik, nenek dengan auntie aku pergi bandar. saje nak release2 tension. kat dalam kereta tu semua perempuan taw jangan tak tahu..
mase nak otw balik tu tetiba je makcik aku cakap die sakit kaki tak boleh drive. semua dalam kete tu da pikir da macam mane nak buat. tak kan kete tu nak gerak sendiri kot kalo takder org nak drive..huk3..aku ketawa sendiri...dengan tak semena-mena semua org tetiba decided suh akak aku bawak. pada hal dierg taw macam mana akak aku bawak. maw masuk parit kami dibuatnye. so dengan muka selamba aku pon offer nak TRY bawak kete tu.. masa tu semua org macam nak tak nak je bagi aku bawak. yela aku dala kecik nak bawak sebemban org dalam kete tu...padahal bukan aku pikul dierg pon..huk3..
dengan kalimah bismillah aku pon tukar tempat duduk dengan pemandu..otak aku mula pikir apa yang aku kena buat dulu and seterusnya. perlahan-lahan aku berjaya bawak kete tu dengan kelajuan selaju siput baby..wahhh sila tepuk tangan untuk wa....^^..
nak pendekkan cerita, lepas kena ngutuk kata aku bawak macam siput, aku pon apa lagi terus tukar gear 4...amik kaw...pada aku laju la kot aku bawak masa tu..dalam 90-100..aku ni pantang kena cabar..terus laju je buat. and aku memang suka mencabar diri buat benda2 yang aku tak konfiden ni..nasib la jalan tu straight tak ada trafic light..kalo ada maw aku langgar semua..kih3..
yang tak boleh bla tu masa kat simpang nak masuk area kampung aku..aku terlupa nak slow kan speed kete. so aku terus cornar masuk jalan kampung tu...muahaha melambung2 orang dalam kereta..mak aku cakap rasa macam nak terkeluar je jantung...ouccchhh laju sangat kot..heeeee..
lastly before sampai rumah, aku ternampak ayah aku kat warong simpang depan..aku apa lagi tunjuk action terlebih r da boleh bawak kete..(hampehhh)..yela mana taw lepas ni ayah aku nak bagi myvi sejibik ke, viva ke xpon volkwagen sejibik..maw terbeliak mata aku...hehe...
akibat terlampau perasan dan kuat berangan aku terlupa step yang WAJIB aku ingat... kalo korang nak taw rumah aku ni macam turun bukit sikit so memang la kena slow and steady je bawak. yang aku ni da terlupa step blur la jadinye.. mase nak turun tu aku tekan break je tak tekan clach (xtaw eja betol ke tak)..kete pon mule la keluarkan bunyi yang pelik2 segala bagi..aku da cuak tekan jela break... nasib tak langgar rumah..fuhhhh..akhirnya kami semua selamat gak sampai kat rumah...see selamat taw aku bawak...(tangan ke bahu mata ke atas)...
itu je cerita aku tuk kali ni..korang punya pengalaman pertama bawak kete lepas dapat lesen macam mana pulok? ce citer kat aku...
p/s: agak2 aku boleh tak bawak lori pasni? sape nak cabar aku?huhu....
wow kereta ni sesuai dengan aku la uolz....
doakan aku dapat beli kete ni satu hari nanti...^^
No comments:
Post a Comment