awak klik saya happy =)

Tuesday, March 1, 2011

tips kuruskan badan

Assalamualaikum
my dearest readers, friends and followers

mintak maaf banyak2 sebab biarkan blog ni berhabuk terabai tanpa khabar berita..
fuhhhh!!!!
ok memang banyak kerja sampai kurang free nak update entry2 panas..
so sekarang ni saya nak update laju2 dan cepat2 yer..

kalau da nama perempuan tu mesti la nak sentiasa nampak chantek ye tak?
angguk2 kepala sendiri.
so bukan je chantek luaran tapi dalaman pon maw chantek gak taw..
bagi polish sampai berkilat + bersinar2 = cun melecun
yang ni la kita nak..
barulah sejuk sikit mata yang memandang.

ok tak maw membebel panjang lebar..
skunk ni nak i nak share tips kurus untuk korang semua..
hopefully lepas ni berat badan ideal yang korang impikan tu akan tercapai la hendaknya..
amin..
aku doakan untuk diri aku sendiri gak..^_^

Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  • Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  • Jangan skip hidangan.Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  • Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  • Roti canai ... hmm berapa kalori tu?Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. 
  • Elakkan kalori daripada minuman.Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Hanya perlu kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip mudah ini.
  • Minum air mineral.Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  • Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan.Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  • Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Juga perlu diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  • Kawal nafsu makan!Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

Supplement


  • Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  • Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  • Ingin kurangkan 1kg?Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  • Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  • Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  • Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.

yang penting kesihatan kena jaga taw...
ape guna chantek tapi tak sihat..^_^

p/s: kalau makan VCO pon ok gak..saya makan yang tu..memang best banyak khasiat.lain kali share yang tu plak ok ^_^



sumber dari iluvislam.com
memang terbaek la kan...
haha..

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

keinginan berdiet ad..tapi malas nk berusaha,mknn mgoda.hahahha

✿...fazilahpajil...✿ said...

mkanan sntiase mncemburui kte kan..^_^

fatin said...

wow..!
erm,pas ni g mane2 order air kosonh je tau

✿...fazilahpajil...✿ said...

haha betoi2..jimat2..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...