Salam reader…sila senyum dulu sebelum baca entry ni =)
Ok mesti korang pelik kan nape aku cakap kenangan terindah..wahh bajet indah la sangat kan bila banjir.haha.memang indah sangat dan korang yang tak pernah merasa banjir kat umah korang sendiri memang tak kan faham perasaan aku yang sangat teruja ni..acehhhhh!!
Opkos la memang penat bila melalui proses banjir ni. Mula-mula proses hujan lebat2..then rumah jiran tetangga banjir.pastu tunggu giliran rumah kita pulak banjir.sibuk ukur air naik berapa cm setiap jam.proses seterusnya bila keliling rumah da ada air mula la sibuk kemas2 barang.pikir nak pindah ke tak nak bawak barang apa semua tu kena pikir taw.proses tu da lepas,proses banjir rumah kita pulak.yehh!!!! boleh wat swimming pool dalam rumah..itu adalah ayat adik aku yang happy bila banjir..dush2!!!ok tak dapat dinafikan kanak-kanak,remaja,orang dewasa dan juga orang tua memang suka main air.termasuk aku..haha..memang best main air masyuk gler bro!! main sampan, bot pelampung segala bagai lagi.sampai adik aku yang tak suka mandi boleh mandi sampai 3 or 4 kali sehari..membazir air betul.ish3..
Persoalan kat sini kenapa banjir best??tu la aku nak cite.pernah tak kalau hari-hari biasa jiran tetangga datang rumah korang jenguk korang wat apa?jarang-jarang kot.pernah tak kalau hari-hari biasa korang jalan sama-sama dengan orang kampung sampai hujung kampung? Kadang-kadang kot.masa banjir ni la korang dapat melalui saat-saat macam tu.sampai orang yang korang tak kenal pon sanggup datang menjengah,tolong kemas barang,jalan sesama,borak-borak tentang banyak perkara dan macam2 lagi.pada hal korang tak kenal pon orang tu.bila balik rumah tanya mak korang sape orang tu mesti mak korang jawab, “ala tu kan anak pak cik Leman ko yang tinggal kat sinan sinun tu” korang pon jawab ,”ooooo iye ke?nape hensem beno die tu..”haha..ini la realiti..Allah turunkan ujian tu ada hikmahnya.then sekarang aku da nampak hikmah yang tersembunyi.masa mula-mula memang aku rasa nak nangis bila dengar kg nak banjir.rasa ujian ni berat sangat.padahal dalam kepahitan tu pasti ada kemanisan. Ada pepatah menyatakan Allah beri kita mentari kemudian Allah uji kita dengan hujan ribut petir semua sebab Allah nak bagi kita pelangi terindah selepas hujan. Sweet kan??
Tak dinafikan memang penat la nak kemas,nak pindah, nak bersihkan semua lumpur banjir tu.tapi kita kena redha.iye redha adalah jalan terbaik untuk kita. Aku pernah melalui saat sukar sebegini 5 tahun yang lepas.tapi masa tu tengah cuti sekolah boleh tolong bersihkan paper yang patot. Tak macam keadaan sekarang.aku hanya mampu tolong kemaskan barang2 yang nak diselamatkan tapi aku tak mampu nak tolong bersihkan. Kekangan belajar menghalang aku untuk berbakti lebih pada mak ayah aku.aku harap ada hikmah disebalik ujian yang kami semua terima ni.untuk kawan2 terima kasih sebab sentiasa mendoakan keselamatan aku.aku sayang kalian ketat-ketat.
p/s :takziah kepada cg zana atas pemergiaan ayahanda tercinta.alfatihah .
No comments:
Post a Comment